Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Bukan Sekadar ‘Port’ Insta-Worthy, Encore Melaka Menjanjikan Kelainan!



Terletak di Impression City @ Kota Syahbandar Melaka, Encore Melaka merupakan tarikan terbaru yang ada di bandaraya penuh bersejarah dan ianya belum sampai setahun pun dibuka. Lebih tepat, Encore Melaka dibuka pada 7 Julai 2018 dan di rasmikan oleh Y.A.B Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.



Struktur binaan bangunan ini sahaja boleh mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya, apatah lagi dengan bahagian luar yang berwarna putih. Kalau Encore Melaka ni dilihat dari dekat, ianya seakan-akan bersisik dan menjanjikan salah satu keunikan pada gambar di ‘feed’ instagram korang.



Ada beberapa tempat di Encore Melaka ini yang menjanjikan gambar canti, salah satunya di bahagian hadapan bangunan ini sendiri. Selain itu, semestinya di salah satu dinding dengan strukstur sisik, dan terakhir, di bahagian belakang.



Tapi, aku yakin, kalau korang memang mata jenis berseni, ada banyak jugak tempat best nak dapatkan gambar cantik.



TAPI… sebenarnya, Encore Melaka ni bukan sahaja tempat untuk mengambil gambar, ia merupakan bangunan yang didirikan bertujuan untuk mempersembahkan teater. Lebih tepat, Encore Melaka merupakan teater terbesar di Asia Tenggara dengan tempat duduk yang boleh berpusing 360 darjah dan sepanjang 240 meter.

 


Bahasa mudahnya macam ini, korang bayangkan korang berada di dalam bulatan, dan butalan tu dibahagiakan kepada empat bahagian. Semasa pementasan berjalan, setiap bahagian tersebut mempunyai set dan penceritaan tersendiri.

KELAINAN DI ENCORE MELAKA

Secara jujurnya, aku memang meminati persembahan teater dan dah pergi beberapa persembahan teater macam Ola Bola, Cuci The Musical dan lain-lain. Apa yang aku boleh perkatakan adalah persembahan teater di Encore Melaka ni sangat berlainan dan aku tak terfikir pun persembahan teater boleh jadi sehebat ini.


Mana tidaknya, sepanjang persembahan selama kurang lebih satu jam, korang disajikan dengan pelbagai cerita yang berkaitan dengan sejarah negeri Melaka, daripada kedatangan Parameswara, Laksamana Cheng Ho, Asal Usul Baba & Nyonya dan macam-macam lagi.





Storyline dia, ada 7 kesemuanya. Setiap satu mempunyai kelainan masing-masing dan nak diceritakan dengan perkataan, memang aku tak boleh nak gambarkan. Satu masa ruang pentas penuh dengan prop, satu masa lagi penuh dengan LED, ada kesan efek 3 dimensi, ada air hujan dan macam-macam lagi.







Sejujurnya, awal-awal aku sangsi yang persembahan di Encore Melaka ni begitu hebat macam ni sekali. Pada aku, ‘team’ yang menjayakan persembahan ini patut diberikan pujian dan kita di Malaysia patut berasa beruntung kerana sebenarnya Melaka dipilih sebagai satu-satunya daripada ‘Impression Series’ yang ada di luar negara asalnya.

Dari segi harga, pada aku sendiri, merasakan ianya berbaloi dengan apa yang dipersembahkan.



Untuk rujukan, ini adalah harga dan seating plan dalam Encore Melaka ni.







Persembahan ada dua sesi, dan korang boleh tengok masa dia kat sini : 
  1. Isnin – Sabtu : 5.30 petang & 8.30 malam
  2. Ahad : 2.30 petang & 5.30 petang

Jangan keliru, ini untuk persembahan teater, kalau bahagian luar, sentiasa dibuka kepada orang ramai untuk bergambar dan sebagainya.

Oh iye, di Encore Melaka ni jugak, ada pelbagai kemudahan untuk semua, ada lif untuk yang berkerusi roda, kedai cendera mata, kiosk beli jajan, dan untuk yang muslim, kemudahan Surau yang pada aku selesa dan besar jugak.




Dan, aku semacam jakun jugak bila masuk toilet dia. Cantik melampau weh!!




Jadi, adalah satu kerugian kalau kita yang ada dekat Malaysia ni tak hargai tempat menarik macam ni.. Untuk kaki insta tu, serious aku cakap... Banyak tempat nak amik gambar lawa, ada yang buat wedding photoshoot pun dekat sini...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 06-270 7777 atau masuk je laman web mereka iaitu www.encore-melaka.com

The Hut, Serkam – Kampung Chalet Style Di Merlimau Melaka


Rasanya baru seminggu yang lepas aku kesini untuk ‘chillkan’ minda. Hehe. Apa yang aku suka tentang The Hut,Serkam ni ialah lokasi, konsep dan surrounding dia.

Berkonsepkan ‘kampung’, lokasi The Hut ni terletak di sebuah perkampungan di daerah Merlimau Melaka, iaitu Serkam. Sebab tu, nama dia The Hut, Serkam.

Aku bertolak dari KL lebih kurang pukul 11, gedebak gedebuk dalam kereta, dengan entah kenapa kereta overheat tengah jalan (terpaksa berhenti dua kali); aku sampai di The Hut dalam pukul 4 ke 5 petang kalau tak salah.


Overheat daa~ 


Kalau nak ikutkan, aku memang dah mental dah. Kereta overjeat, lepastu aircond tak function. Weh panas lit-lit weh dalam kereta. TAPI… semua tu hilang bila aku sampai dekat pintu masuk The Hut!




Mula-mula aku tak perasan jugak tempat ni, sebab pagar dia lebih kurang dengan rumah-rumah dekat situ, tapi bila pagar bukak… Fuh! Tersergam indah chalet yang dibina menggunakan kayu-kayu serta atap nipah ni. Memang sebijik macam rumah kampung lama.

Kadar Bilik Di The Hut , Serkam


Dekat sini, korang ada pilihan 2 jenis bilik, sama ada nak queen bed ataupun bilik dengan 2 katil single bed. Ada 2 bilik queen dan 3 bilik single bed. 




Disebabkan aku berkongsi bilik dengan FF; kitorang dibagi bilik single lah. Menandakan status kitorang yang single ni. Hahahaha. Single ke?

Musim Cuti (Holiday Season)
·         RM180 untuk hari biasa; RM200 untuk hari minggu

Musim Biasa (Normal Season)
·         RM160 Untuk hari biasa; RM180 untuk hari minggu

Kalau korang perasan, dia ada ‘flat rate’ tak kira jenis bilik. So, sama sahaja kalau korang amik single ataupun queen. Terpulang kepada keselesaan masing-masing.




Ni kawasan luar bilik korang~ 

Fasiliti Di The Hut

Fasiliti/Kemudahan yang ada dekat The Hut ni  :
  • Bilik berhawa dingin (Rumah kampung, tapi ada aircond tau!)
  • Pemanas Air
  • Kelengkapan asas (tuala, sabun mandi, shampoo, sejaddah,tv)
  • WIFI percuma (tapi slow sikit sebab kawasan)
  • Tempat BB
  • Dapur
  • Swimming pool (untuk budak, orang besar masuk paras lutut ajelah)
Ni nak cerita sikit pasal dapur. Yes, dekat sini konsep dia centralized kitchen. Maknanya 5 bilik ni boleh gunakan dapur ni pada bila-bila masa. Cuma, bahan-bahan korang kena beli sendiri kalau nak masak. Bahan asas untuk buat air disediakan.





Lagi satu, kalau nak request The Hut masakkan pun boleh, Cuma ini kena buat special arrangement dan kos dia lain lah pulak. Bergantung kepada jenis masakan dan sebagainya.

Untuk sesi BBQ pun sama, just korang bagitahu korang nak makan apa, nanti pihak The Hut akan sediakan.

Cara Tempahan : 


Setakat ni, korang boleh buat tempahan melalui :






Nak cuci mata lagi atau untuk dapatkan info lebih lanjut ; boleh ke Facebook ataupun Instagram The Hut,Serkam :

Facebook : The Hut
Instagram : @thehutmalaysia
Alamat : KM18, Jalan Serkam Pantai, Kampung Serkam Timur, 77300 Merlimau, Melaka



Sekian.

The Settlement Hotel Melaka Review




Teruja! Itu je yang aku boleh cakap masa aku dapat invitation untuk review The Settlement Hotel Melaka ni. Dengan jadual yang agak padat, aku berjaya jugak dapat penuhi jemputan The Settlement Hotel untuk review hotel yang terletak dekat Jalan Ujong Pasir, Melaka ni.



Walaupun tak lama, 2 hari 1 malam di Hotel Settlement ni; pada aku, itu dah cukup sebagai retreat atau weekend getaway aku.

Meh aku kongsikan sedikit sebanyak pasal The Settlement Hotel Melaka ni…



Terletak di tengah Bandar Melaka, The Settlement Hotel ni kalau nak diikutkan berada di kawasan yang dikenali sebgai Portugese Settlement dan kalau dikaitkan dengan sejarah, memang kita tahu Melaka pernah dijajah oleh Portugis dan peninggalan diorang kat sana adalah banyak.
Bertemakan Culture & Hospitality, The Settlement Hotel ni sangat menitikberatkan soal service. 

Dapat anak patung, beserta ucapan Selamat Datang. =) Salah spelling je. Cis! Hehehe


Selain daripada mengekalkan sejarah yang ada di bangunan asal iaitu sebuah sekolah. Selain pada tu, dekat sini apa yang nak diketengahkan ialah hasil seni, perabot-perabot lama yang sangat terjaga, dekorasi dan lain-lain diorang memang nak setiap pengunjung mendapat memori yang best bila stay dekat sini.

Padanlah baru-baru ni, The Settlement Hotel Melaka ni memenangi anugerah Servis Hotel Empat Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.

Info Berkenaan Hotel :
  •  Check in dari 3.00 petang
  •  Check out sebelum ja 12.00 tengah hari
  •  Kemudahan parking disediakan
  •  Wifi dalam bilik
  •  Semua major credit card diterima


Kawasan menarik sekitar The Settlement Hotel Melaka
  •          Kota A’Famosa – 3km
  •         Bangunan Stadhius – 3km
  •          Jonker Walk – 3km
  •          Gereja St. Paul – 1km
  •          Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh – 15km


Untuk bilik pulak, hotel ni sediakan 49 buah bilik jenis luxury, 45 daripada tu disebut sebagai The Residences dan yang baki 4 lagi adalah Private Malay-Style Villas. Pada aku, memang reka bentuk dan dekorasi hotel ni sangat selesa dan mewah. Saat kau melangkah masuk lobby pun, kau dah nampak setting café dia yang lain daripada yang lain.



Ada 3 jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu, Deluxe, Junior Suites dan Settlement Suites. Harga bermula daripada RM580 – RM880 untuk satu malam. Selain tu, kalau untuk honeymoon kan, aku cadangkan kroang stay dekat villa dia. Ada dua iaitu Junior Villa ataupun Luxury Villa. Harga bermula RM780 –RM880.

Ni Bilik Aku. Hehehe... Yes, anak patung tu diorang memang bagi...

Bath tub dia best weh...



Untuk stay aku yang 2 hari tu, aku diberikan bilik Junior Suites. Apa yang aku suka adalah, bilik ni sangat luas. Tak ada masalah kalau korang nak kongsi 3 orang. Kalau korang nak cakap rate dia mahal, pada aku, ianya berbaloi dengan setting hotel ni, dengan layanan yang korang akan dapat.





Setakat ni, aku travel walaupun baru beberapa kali ke hotel sebab kebiasaannya aku lebih suka pilih airbnb. Satu, sebab murah. Lagi satu, aku suka pengalaman yang aku dapat bila stay dekat airbnb.

Apa yang best, dekat hotel ni ada rooftop yang korang boleh buat photoshoot atau event. Lagi-lagi kalau waktu malam. Sememangnya best dengan berlatarbelakangkan Bandar Melaka lagi tu…

Meh, nak belanja sikit gambar hotel…

Ini villa yang aku cerita tadi... Bawah ni gambar interior dia...




Yes, toilet villa ni ada kolah. And korang boleh request nak mandi bunga...






Swimming pool pun ada. Cumanya tak de lah besar mana. Hehehe...


Dan, kalau kroang nak kesini… ini infonya…


Alamat: THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA
No. 63, Jalan Ujong Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka, Malaysia.
Koordinat GPS: Latitude: 2.187534 / Longitude: 102.268407
No Telefon: 06 – 2921133 
atau korang boleh book melalui hotelscombined dekat sini : 

Bukan semua gambar sempurna. Hehehe

Media Sosial:
·         Facebook: @TheSettlementHotel
·         Instagram: @the_settlement_hotel
·         Twitter: @tshmelaka

Email:
·         enquiry@thesettlement.com
·         salesmanager@thesettlement.com

 Ok lah tu, nak gerak dulu. =D