Advertisement

Bukan Sekadar ‘Port’ Insta-Worthy, Encore Melaka Menjanjikan Kelainan!



Terletak di Impression City @ Kota Syahbandar Melaka, Encore Melaka merupakan tarikan terbaru yang ada di bandaraya penuh bersejarah dan ianya belum sampai setahun pun dibuka. Lebih tepat, Encore Melaka dibuka pada 7 Julai 2018 dan di rasmikan oleh Y.A.B Tuan Adly Bin Zahari, Ketua Menteri Melaka.



Struktur binaan bangunan ini sahaja boleh mempersonakan sesiapa sahaja yang melihatnya, apatah lagi dengan bahagian luar yang berwarna putih. Kalau Encore Melaka ni dilihat dari dekat, ianya seakan-akan bersisik dan menjanjikan salah satu keunikan pada gambar di ‘feed’ instagram korang.



Ada beberapa tempat di Encore Melaka ini yang menjanjikan gambar canti, salah satunya di bahagian hadapan bangunan ini sendiri. Selain itu, semestinya di salah satu dinding dengan strukstur sisik, dan terakhir, di bahagian belakang.



Tapi, aku yakin, kalau korang memang mata jenis berseni, ada banyak jugak tempat best nak dapatkan gambar cantik.



TAPI… sebenarnya, Encore Melaka ni bukan sahaja tempat untuk mengambil gambar, ia merupakan bangunan yang didirikan bertujuan untuk mempersembahkan teater. Lebih tepat, Encore Melaka merupakan teater terbesar di Asia Tenggara dengan tempat duduk yang boleh berpusing 360 darjah dan sepanjang 240 meter.

 


Bahasa mudahnya macam ini, korang bayangkan korang berada di dalam bulatan, dan butalan tu dibahagiakan kepada empat bahagian. Semasa pementasan berjalan, setiap bahagian tersebut mempunyai set dan penceritaan tersendiri.

KELAINAN DI ENCORE MELAKA

Secara jujurnya, aku memang meminati persembahan teater dan dah pergi beberapa persembahan teater macam Ola Bola, Cuci The Musical dan lain-lain. Apa yang aku boleh perkatakan adalah persembahan teater di Encore Melaka ni sangat berlainan dan aku tak terfikir pun persembahan teater boleh jadi sehebat ini.


Mana tidaknya, sepanjang persembahan selama kurang lebih satu jam, korang disajikan dengan pelbagai cerita yang berkaitan dengan sejarah negeri Melaka, daripada kedatangan Parameswara, Laksamana Cheng Ho, Asal Usul Baba & Nyonya dan macam-macam lagi.





Storyline dia, ada 7 kesemuanya. Setiap satu mempunyai kelainan masing-masing dan nak diceritakan dengan perkataan, memang aku tak boleh nak gambarkan. Satu masa ruang pentas penuh dengan prop, satu masa lagi penuh dengan LED, ada kesan efek 3 dimensi, ada air hujan dan macam-macam lagi.







Sejujurnya, awal-awal aku sangsi yang persembahan di Encore Melaka ni begitu hebat macam ni sekali. Pada aku, ‘team’ yang menjayakan persembahan ini patut diberikan pujian dan kita di Malaysia patut berasa beruntung kerana sebenarnya Melaka dipilih sebagai satu-satunya daripada ‘Impression Series’ yang ada di luar negara asalnya.

Dari segi harga, pada aku sendiri, merasakan ianya berbaloi dengan apa yang dipersembahkan.



Untuk rujukan, ini adalah harga dan seating plan dalam Encore Melaka ni.







Persembahan ada dua sesi, dan korang boleh tengok masa dia kat sini : 
  1. Isnin – Sabtu : 5.30 petang & 8.30 malam
  2. Ahad : 2.30 petang & 5.30 petang

Jangan keliru, ini untuk persembahan teater, kalau bahagian luar, sentiasa dibuka kepada orang ramai untuk bergambar dan sebagainya.

Oh iye, di Encore Melaka ni jugak, ada pelbagai kemudahan untuk semua, ada lif untuk yang berkerusi roda, kedai cendera mata, kiosk beli jajan, dan untuk yang muslim, kemudahan Surau yang pada aku selesa dan besar jugak.




Dan, aku semacam jakun jugak bila masuk toilet dia. Cantik melampau weh!!




Jadi, adalah satu kerugian kalau kita yang ada dekat Malaysia ni tak hargai tempat menarik macam ni.. Untuk kaki insta tu, serious aku cakap... Banyak tempat nak amik gambar lawa, ada yang buat wedding photoshoot pun dekat sini...

Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi 06-270 7777 atau masuk je laman web mereka iaitu www.encore-melaka.com

Encore Melaka
Alamat : No. 3, Jalan KSB – Impression 8, Impression City @ Kota Syahbandar, 75200, Melaka
Untuk belian tiket boleh klik di sini.
================== Tiket Persembahan Encore Melaka ==========================


Post a Comment

0 Comments