Galeri Diraja Tuanku Ja’afar merupakan sebuah muzium yang
dibangunkan untuk memperingati dan menghidupkan kenangan Duli Yang Maha Mulia
Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Memasuki perkarangan Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang terletak di Seremban ni, tersergam
bangunan putih berkonsepkan moden colonial yang terletak ditengah-tengah bandar
Seremban. Bangunan seluas 44ribu kaki persegi ini sebenarnya telah siap sejak tahun
2013 lagi dan ia menempatkan lapan buah ruang pameran utama dan satu ruang
pameran sementara.
Baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan ke-10 pada tahun 1967 dan telah memerintah Negeri Sembilan selama 42
tahun. Pada tahun 1993, baginda telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia
yang ke-10.
Pameran yang ada di galeri diraja ini berkonsepkan
perjalanan peribadi Almarhum Tuanku, yang mana pengunjung akan mengikuti susur
masa selain paparan perjalanan biografi Tuanku Ja’afar dalam 8 ruang pameran
berbeza, iaitu :
- Sejarah dan Raja-Raja Negeri Sembilan
- Mengenal Almarhum Tuanku Ja’afar
- Zaman Membesar
- Kerjaya Awal
- Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Ke-10 (1967 – 2008)
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-10 (1994 – 1999)
- Permaisuri Baginda, DYMM Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Tunku Burhanuddin
- Keluarga Diraja
Kalau nak diikutkan, pameran yang ada di galeri diraja ini berkonsepkan
perjalanan peribadi Almarhum Tuanku, yang mana pengunjung akan mengikuti susur
masa selain paparan perjalanan biografi Tuanku Ja’afar dalam 8 ruang pameran
berbeza.
Selain menempatkan pelbagai koleksi peribadi milik Tuanku Ja’afar,
koleksi ini dipersembahkan seiring dengan kisah perjalanan kehidupan DYMM
Tuanku Ja’afar daripada kecil, sehinggalah kemuncak kehidupan yang mana baginda
memerintah Negeri Sembilan sebagai Yang di-Pertuan Besar ke-10 dan kemudian
dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10 mengikut sistem
penggiliran dan pada waktu itu menggantikan Almarhum Tuanku Sultan Azlan
Muhibbudin Shah.
Kalau korang nak tahu, Almarhum Tuanku memang meminati bidang sukan. Salah satu koleksi 'rare' yang korang boleh tengok di Galeri Diraja ni adalah koleksi memorablia berkaitan sukan selain daripada koleksi kayu golf dan pelbagai sukan lain.
Berpeluang melawat ke galeri ini minggu lepas, memang ia
adalah sesuatu yang lain daripada yang lain. Bukan senang kita nak melihat
koleksi peribadi seseorang pemerintah. Selain itu, pujian harus diberikan dalam
penyusunan dan pengarapan cerita dari permulaan sehinggalah penghujung galeri.
Waktu Operasi : 10 pagi – 5 petang setiap hari, kecuali
Isnin (tutup).
Bayaran Masuk :RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kakak,
warga emas dan OKU.
Alamat : Galeri Diraja Tuanku Ja’afar, Jalan Taman Bunga,
70100, Seremban.
0 Comments