Teruja! Itu je yang aku boleh cakap masa aku dapat
invitation untuk review The Settlement Hotel Melaka ni. Dengan jadual yang agak
padat, aku berjaya jugak dapat penuhi jemputan The Settlement Hotel untuk
review hotel yang terletak dekat Jalan Ujong Pasir, Melaka ni.
Walaupun tak lama, 2 hari 1 malam di Hotel Settlement ni; pada
aku, itu dah cukup sebagai retreat atau weekend getaway aku.
Meh aku kongsikan sedikit sebanyak pasal The Settlement
Hotel Melaka ni…
Terletak di tengah Bandar Melaka, The Settlement Hotel ni kalau nak diikutkan berada di kawasan yang
dikenali sebgai Portugese Settlement dan kalau dikaitkan dengan sejarah, memang
kita tahu Melaka pernah dijajah oleh Portugis dan peninggalan diorang kat sana
adalah banyak.
Bertemakan Culture & Hospitality, The Settlement Hotel
ni sangat menitikberatkan soal service.
Dapat anak patung, beserta ucapan Selamat Datang. =) Salah spelling je. Cis! Hehehe |
Selain daripada mengekalkan sejarah
yang ada di bangunan asal iaitu sebuah sekolah. Selain pada tu, dekat sini apa
yang nak diketengahkan ialah hasil seni, perabot-perabot lama yang sangat
terjaga, dekorasi dan lain-lain diorang memang nak setiap pengunjung mendapat
memori yang best bila stay dekat sini.
Padanlah baru-baru ni, The Settlement Hotel Melaka ni
memenangi anugerah Servis Hotel Empat
Bintang Terbaik (Bandar) untuk tahun 2016/2017.
Info Berkenaan Hotel
:
- Check in dari 3.00 petang
- Check out sebelum ja 12.00 tengah hari
- Kemudahan parking disediakan
- Wifi dalam bilik
- Semua major credit card diterima
Kawasan menarik
sekitar The Settlement Hotel Melaka
- Kota A’Famosa – 3km
- Bangunan Stadhius – 3km
- Jonker Walk – 3km
- Gereja St. Paul – 1km
- Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Ayer Keroh – 15km
Untuk bilik pulak, hotel ni sediakan 49 buah bilik jenis
luxury, 45 daripada tu disebut sebagai The Residences dan yang baki 4 lagi
adalah Private Malay-Style Villas. Pada aku, memang reka bentuk dan dekorasi
hotel ni sangat selesa dan mewah. Saat kau melangkah masuk lobby pun, kau dah
nampak setting café dia yang lain daripada yang lain.
Ada 3 jenis bilik yang korang boleh pilih iaitu, Deluxe,
Junior Suites dan Settlement Suites. Harga bermula daripada RM580 – RM880 untuk
satu malam. Selain tu, kalau untuk honeymoon kan, aku cadangkan kroang stay
dekat villa dia. Ada dua iaitu Junior Villa ataupun Luxury Villa. Harga bermula
RM780 –RM880.
Ni Bilik Aku. Hehehe... Yes, anak patung tu diorang memang bagi... |
Bath tub dia best weh... |
Untuk stay aku yang 2 hari tu, aku diberikan bilik Junior
Suites. Apa yang aku suka adalah, bilik ni sangat luas. Tak ada masalah kalau
korang nak kongsi 3 orang. Kalau korang nak cakap rate dia mahal, pada aku,
ianya berbaloi dengan setting hotel ni, dengan layanan yang korang akan dapat.
Setakat ni, aku travel walaupun baru beberapa kali ke hotel
sebab kebiasaannya aku lebih suka pilih airbnb. Satu, sebab murah. Lagi satu,
aku suka pengalaman yang aku dapat bila stay dekat airbnb.
Apa yang best, dekat hotel ni ada rooftop yang korang boleh
buat photoshoot atau event. Lagi-lagi kalau waktu malam. Sememangnya best
dengan berlatarbelakangkan Bandar Melaka lagi tu…
Meh, nak belanja sikit gambar hotel…
Ini villa yang aku cerita tadi... Bawah ni gambar interior dia... |
Yes, toilet villa ni ada kolah. And korang boleh request nak mandi bunga... |
Dan, kalau kroang nak kesini… ini infonya…
Alamat: THE
SETTLEMENT HOTEL MELAKA
No. 63, Jalan Ujong
Pasir, World UNESCO Heritage City Melaka, 75050 Melaka, Malaysia.
Koordinat GPS: Latitude:
2.187534 / Longitude: 102.268407
No Telefon: 06 –
2921133
Laman Web: http://thesettlementhotel.com/
atau korang boleh book melalui hotelscombined dekat sini :
Bukan semua gambar sempurna. Hehehe |
Media
Sosial:
Email:
·
enquiry@thesettlement.com
·
salesmanager@thesettlement.com