Minggu
terakhir Ramadan ni, perasaan bercampur baur pulak. Satu gembira sebab dah nak
raya, kedua sedih terpaksa tinggalkan bulan Ramadan.
Ni nak cerita
sikit, pasal promosi Buffet Berbuka
Puasa Di Kuala Lumpur ni alang-alang dah minggu last ni, apa kata gunakan peluang yang ada untuk
berbuka puasa bersama keluarga dan insan yang tersayang.
PNB Perdana On The Park semestinya merupakan lokasi ideal
untuk juadah berbuka puasa pada bulan Ramadan ini. Bertemakan Nostalgia
Ramadan, abadikan saat indah korang bersama yang tersayang dengan seleksi
juadah aneka pilihan berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa.
PNB Perdana On The Park menampilkan kompilasi menu masakan
yang lazat bertemakan dekorasi kontemporari di The 39 Restoran dan dekorasi klasik di 10 Binjai Restoran. Pilih tarikh anda dari 18 Mei ini hingga 15 Jun, so ada 5 hari lagi untuk korang rasai sendiri
pengalaman berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan tidak menghampakan.
Live cooking pun ada. Ni stesten murtabak. Memang terbaik murtabak dia... |
Pakej harga Bufet Ramadan di The 39 Restoran kali ini sememangnya berbaloi dengan tawaran harga
bersih RM116.00 bagi dewasa dan RM69.60 bagi kanak-kanak yang berusia 4
hingga 12 tahun.
Sebut pasal buffet Ramadan ni, biasanya orang nak tengok tang
menu. So apa menu yang ada dekat PNB Perdana On The Park ni?
Menu utama
yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik,
Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dan Kacang Panjang goring taugeh
tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah
Pantai dan jugak seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.
Kalau korang
minat kerabu, di sini ada aneka
sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan.
Selain itulah kan, Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai juga memperlihatkan seleksi rangkaian masakan
berkonsepkan ala kampong. Antara menunya yang best adalah Nasi Beriani Kismis,
Ayam masak Beriani, Daging Rendang, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang sambal
bawang dan kobis masak lemak. Di samping itu, terdapat juga live cooking stall
yang menghidangkan makanan seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti Jala
yang sememangnya enak.
Ada live cooking jugak tau! Ini stesen carbonara. |
Harga Bersih bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai bagi dewasa
ialah RM92.00 manakala bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12
tahun ialah RM55.20.
PNB Perdana
On The Park yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi dan merupakan
salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.
Disamping
itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat
5.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-
- The 39 Restaurant : 03-7490 3939
- Restoran 10Binjai : 03-7490 3838
- Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.pnbperdanaonthepark.com/
0 Comments