Advertisement

Anantara Kihavah Villa, Resort Paling Instagrammable Di Dunia!



Gambar ialah perkara pertama yang kita selalu kongsikan sewaktu perjalanan atau percutian. Macam aku, kalau tak buat review, aku selalu share gambar pemandangan sekeliling. Kalau ada pantai, semestinya gambar sunset, kalau ada banyak aktiviti best, aku akan share gambar pasal aktiviti.


Ini gambar sunset masa dekat Sandakan. Entry post dekat sini.


Sebut pasal gambar, ni aku nak kongsikan salah satu tempat yang memang instagramable dalam dunia! Sebabnya memang dia takyah nak edit-edit dah, snap gambar, post, settle. 

Ni cerita pasal Anatara KihavahVilla! 


Credit : Website | Anatara Kihavah

Anatara Kihavah Villa telah dinobatkan sebagai 'Resort Paling Instagrammable' di dunia dan dia sebenarnya terletak dekat Maldives. 




Diberi gelaran ‘Most Istagrammable Hotel’, hotel atau resort yang terletak di kepulauan Baa Atoll ini mendapat lebih daripada 45,000 undian dalam satu majalah travel.


Selain pada pemandangan yang cantik serta memukau, hotel ini mempunyai 80 villa yang mempunyai kolam renang sendiri. Sangat sesuai kalau nak berbulan madu.

Tengok lah betapa cantiknya air, kawasan pesisiran pantai yang memutih serta bilik hotel yang mewah serta sangat privacy nih. Tak hairan kenapa hotel ni mendapat undian yang sangat tinggi. 

Macam aku cakap tadi, kalau masuk Instagram ni, tak payah effort yang banyak, lokasi je dah cantik, warna pun cantik , tak payah edit-edit filter lagi dah.

Selain pada tu, resort ni juga ada tawarkan beberapa aktiviti yang sangat ekslusif dan boleh dijadikan ‘bahan’ untuk dikongsikan di Instagram iaitu makan malam di restoran bawah air, Menara tinjau atas air dan selaman skuba atau snorkelling di salah sebuah tapak warisan UNESCO.



Harga? Kalau dah eksklusif macam gini, tak hairanlah kalau harganya mencecah RM 3,600 untuk penginapan satu malam.

Nak try usha harga? Click sini

Ini antara gambar yang aku jumpa dekat hashtag #anatarakihavah


Credit - Instagram | @cyncitttyy


Credit - Instagram | @cyncitttyy

Credit : Instagram | @malak.a.f.s
Kalau satu hari ada rezeki, nak jugak sampai sini kan...
Kalau korang nak ke sini, try la survey harga Anatara Kihavah Resort dekat sini...

Survey Harga - Anantara Kihavah Maldives Villas, Maldives


All photo credit  : Website | Anatara Kihavah unless stated.

Post a Comment

0 Comments