Advertisement

The Hut, Serkam – Kampung Chalet Style Di Merlimau Melaka


Rasanya baru seminggu yang lepas aku kesini untuk ‘chillkan’ minda. Hehe. Apa yang aku suka tentang The Hut,Serkam ni ialah lokasi, konsep dan surrounding dia.

Berkonsepkan ‘kampung’, lokasi The Hut ni terletak di sebuah perkampungan di daerah Merlimau Melaka, iaitu Serkam. Sebab tu, nama dia The Hut, Serkam.

Aku bertolak dari KL lebih kurang pukul 11, gedebak gedebuk dalam kereta, dengan entah kenapa kereta overheat tengah jalan (terpaksa berhenti dua kali); aku sampai di The Hut dalam pukul 4 ke 5 petang kalau tak salah.


Overheat daa~ 


Kalau nak ikutkan, aku memang dah mental dah. Kereta overjeat, lepastu aircond tak function. Weh panas lit-lit weh dalam kereta. TAPI… semua tu hilang bila aku sampai dekat pintu masuk The Hut!




Mula-mula aku tak perasan jugak tempat ni, sebab pagar dia lebih kurang dengan rumah-rumah dekat situ, tapi bila pagar bukak… Fuh! Tersergam indah chalet yang dibina menggunakan kayu-kayu serta atap nipah ni. Memang sebijik macam rumah kampung lama.

Kadar Bilik Di The Hut , Serkam


Dekat sini, korang ada pilihan 2 jenis bilik, sama ada nak queen bed ataupun bilik dengan 2 katil single bed. Ada 2 bilik queen dan 3 bilik single bed. 




Disebabkan aku berkongsi bilik dengan FF; kitorang dibagi bilik single lah. Menandakan status kitorang yang single ni. Hahahaha. Single ke?

Musim Cuti (Holiday Season)
·         RM180 untuk hari biasa; RM200 untuk hari minggu

Musim Biasa (Normal Season)
·         RM160 Untuk hari biasa; RM180 untuk hari minggu

Kalau korang perasan, dia ada ‘flat rate’ tak kira jenis bilik. So, sama sahaja kalau korang amik single ataupun queen. Terpulang kepada keselesaan masing-masing.




Ni kawasan luar bilik korang~ 

Fasiliti Di The Hut

Fasiliti/Kemudahan yang ada dekat The Hut ni  :
  • Bilik berhawa dingin (Rumah kampung, tapi ada aircond tau!)
  • Pemanas Air
  • Kelengkapan asas (tuala, sabun mandi, shampoo, sejaddah,tv)
  • WIFI percuma (tapi slow sikit sebab kawasan)
  • Tempat BB
  • Dapur
  • Swimming pool (untuk budak, orang besar masuk paras lutut ajelah)
Ni nak cerita sikit pasal dapur. Yes, dekat sini konsep dia centralized kitchen. Maknanya 5 bilik ni boleh gunakan dapur ni pada bila-bila masa. Cuma, bahan-bahan korang kena beli sendiri kalau nak masak. Bahan asas untuk buat air disediakan.





Lagi satu, kalau nak request The Hut masakkan pun boleh, Cuma ini kena buat special arrangement dan kos dia lain lah pulak. Bergantung kepada jenis masakan dan sebagainya.

Untuk sesi BBQ pun sama, just korang bagitahu korang nak makan apa, nanti pihak The Hut akan sediakan.

Cara Tempahan : 


Setakat ni, korang boleh buat tempahan melalui :






Nak cuci mata lagi atau untuk dapatkan info lebih lanjut ; boleh ke Facebook ataupun Instagram The Hut,Serkam :

Facebook : The Hut
Instagram : @thehutmalaysia
Alamat : KM18, Jalan Serkam Pantai, Kampung Serkam Timur, 77300 Merlimau, Melaka



Sekian.

Post a Comment

20 Comments

  1. Suka tgk gambar-gambar masa Kak Min share...cantik semua design dia..bilik pun selesa luas je tgk

    ReplyDelete
  2. Cantik dekorasi The Hut ni. Biasanya saya tak suka dekorasi jenis kayu kayu ni tapi cara diaorang present the bedroom itself memang cantik even pakai kayu. And pool tu even nampak kecik, tapi bersih.

    ReplyDelete
  3. Bestnya chalet ala kampung tapi full accommodation dan yg paling best ada swimming pool. So kalau ke sini memang boleh chill sangat ^^

    ReplyDelete
  4. di melaka da byk da small chalet yg ohsem gini.
    hmmm fully booked setiap weekend! ha ha ha ha
    the hut ni pun rasa nyer for 2018 ada few weekends aje kosong.
    harga yg murah.
    cantik plak tu, ok la dgn harga.
    5 bilik, the whole family boleh lepak.
    aida ada survey for next year. utk family day.

    ReplyDelete
  5. cantiklah tempat ni, dah Serkam ni dekat dengan kampung kak lily ni ek

    ReplyDelete
  6. menarik juga tmpt ni kalo buat gathering..susana kampung...ada pool mmg tarikan utk bdk2 yg suka mandi manda kn

    ReplyDelete
  7. Cantik giler la...bleh la pi menginap kat sini kalau sesat2 area Serkam tu..dah dekat ngan muara ikan bakar tu kot..lagi senang nak cari tempat makan kan...

    ReplyDelete
  8. Dari luar nampak biasa je erk..bila masuk memang woww sangat tempat ni...macamhotel dah rupanya..ada swimming pool tu...best..nampak tenang je

    ReplyDelete
  9. Cantik sangat tempatnya. Harga agak pricy utk hujung minggu tapi okay la not bad dgn fasiliti yg ada kan! 👍🏼

    ReplyDelete
  10. Kat Melaka memang banyak konsep chalet macam ni kita pernah pergi satu kat sana juga tempat kecil tapi dijadikan satu kawasan cantik dan penuh dengan aktiviti walaupun hanya ada kolam renang jer..

    ReplyDelete
  11. Nampak selesa sekali Homestay ni, siap ada kolam renang tu, memang sesuai buat family mini gathering cantik tempat ni sy suka!

    ReplyDelete
  12. Not bad jugak ya tempat dia. Baru ni family ada cadang nak ke Melaka, bolehlah sis suggestkan tempat ni. Persekitaran pun damai n tenang je..anak2 pulak boleh terjun pool

    ReplyDelete
  13. Cantik dan nyaman The Hut mmg sesuai bercuti bersama family

    ReplyDelete
  14. Cantiknya tempat ni. Kalau dijadikan tempt gathering family dan kengkawn mmg best. Apatah lagi fasiliti dia semua complete ada

    ReplyDelete
  15. Nampak menarik dan kemas. Cantik dan suasana pun aman je bolehlah kalau nak bercuti kat Melaka bolehlah bermalam di sini kan.

    ReplyDelete
  16. Wah seronoknya! The Hut ehhh. Tempat camni sesuai lah kalau nak bersantai dgn family. Tenang jeee. Harga dia pun not bad lah maximum RM200 je haa.

    ReplyDelete
  17. Wah..makin lama makin menarik la kt melaka ni..mcmw jenis hotel, home stay n chalet yg ada..cuma prepare duit ja kan..tpi rate the hut ni ok ja..murah n reasonable

    ReplyDelete
  18. cantik la konsep the hut ni. cute. interior lawa dan persekitaran pun bersih. banyak kemudahan yg aada.. kalau nak staycation memang sesuai sangat kat sini

    ReplyDelete
  19. Nampak best tempat ni, mesti bes kalau pergi dengan family. DOne follow, followback pls

    ReplyDelete
  20. cantik sangat tempatnya kalau nak escape from hectic life bandar sesuai sangat =D

    ReplyDelete

Leave a comment...