Richard Mille adalah salah satu jenama jam tangan mewah
daripada Swiss yang wujud sejak tahun 1999 lagi. Bertapak di Les Breuleux,
Switzerland, model paling popular oleh jenama ini adalah Tourbillon RM 008.
Baru-baru ini, kecoh sekejap dunia hiburan luar negara
apabila Pharell Williams dikesan pakai jam tangan Richard Mille.
Walaupun
jenama tersebut sememangnya jenama mewah, namun apa yang Pharell pakai bukanlah jam Richard Mille biasa, tetapi edisi khas RM 70-01 Tourbillion.
Kalau ikutkan satu penulisan di Forbes, Richard Mille mengeluarkan jam
tangan edisi khas ini untuk memperingati juara dunia Formula 1 iaitu Alain
Prost. Disebabkan mereka berdua ini member rapat, Mille telah mengeluarkan jam
edisi khas ini yang mana hanya ada 30 unit sahaja dalam dunia!
RM 70-01 Tourbillion ini jugak sebenarnya direka khas
untuk aktiviti berbasikal dan merupakan salah satunya model untuk aktiviti
berbasikal secara mekanikal, bukannya digital macam kebiasaan jam-jam khas sukan lain.
Dia ada fungsi khas dimana ia boleh merekodkan
jarak aktiviti yang telah dilakukan, selain itu terdapat punat penekan di sisi
jam untuk si pemakai memilih daripada 5 pemusing odometer jam berkenaan.
Memang complicated!
Jam tangan ini sememangnya direka untuk terletak pada tangan
secara semula jadi dan tidak menggangu aktiviti berbasikal. Selain itu, ia
diperbuat daripada material yang sangat ringan dan mempunyai jangka hayat
bateri simpanan selama 70 jam.
Untuk tambahkan ketahanan jam ni, ia menggunakan titanium
gred 5 sebagai base jam serta skru Allen.
Dari segi sentuhan peribadi, seperti kebiasaan yang
dilakukan oleh Richard Mile, kotak jam ini diperbuat daripada karbon TPT® dan
jam ini dijual bersama sebuah road bike bespoke yang turut direka oleh Prost
dan Mille dengan kerjasama daripada pembuat basikal Colnago.
Setiap basikal pula akan dicatkan warna korporat syarikat
Richard Mille sendiri.
Jom kita tengok salah satu video 'unboxing' jam Richard Mille ni...
0 Comments