Port Dickson, lokasi yang tak adalah jauh mana dari KL, sejam setengah ke dua jam perjalanan. Atas faktor yang tak terlalu jauh ni lah boleh dikatakan PD ni lokasi pilihan ramai untuk habiskan cuti hujung minggu.
Kalau korang suka aktiviti berkelah, habiskan masa tepi
pantai, boleh lah korang ke PD. Sebabnya, kalau nak sesuatu yang ‘special’
mungkin bukan di PD. Baik di kawasan Teluk Kemang, atau ke belah-belah
waterfront tu. Atau mungkin aku je yang tak habis explore lagi.
Ada beberapa tempat di PD yang korang boleh habiskan masa
hujung minggu, antaranya seingat aku adalah Ostrich Farm. Ataupun korang boleh
ke 3D house dan kalau aku tak silap ada beberapa tempat baru. Selain tu, kalau
korang minat, boleh ke muzium-muzium yang ada.
Cuma, kalau ke PD pada hujung minggu, korang kena hadap lah
traffic jam sikit. Orang pun ramai, baik di hotel, atas jalan, tepi pantai dan
boleh kata semua tempat tarikan, akan ramai orang.
Ada beberpa benda yang best dan ada yang tak berapa nak ‘enak’
berkenaan hotel ni.
Hotel Langit Langi, Port Dickson
Hotel ni berdekatan area waterfront, kalau korang dari Teluk
Kemang, dia akan ada belah kanan, selepas stesyen minyak Petronas kalau aku tak
silap. Tapi, dia sebelum simpang untuk ke PD Waterfront.
Location wise, pada aku senang. Sebab boleh nak ke Waterfront,
tak sampai 10 minit, nak ke Teluk Kemang, dalam 20 minit camtu.
Nak kata baru, tak jugak cuma hotel ni pada aku, worth staying
in. Sebab kalau korang tengok dari luar, dia macam hotel-hotel ‘murah’. Mungkin
vibe deret bangunan yang nampak lama. Cuma hotel ni je yang meriah dengan warna-warni
di kawasan tu.
Sadly, untuk ke pantai. Agak jauh lah. So, kalau korang nak
ke PD bawak anak-anak main pantai, hotel ni bukanlah salah satu pilihan yang bijak.
Satunya, pantai terdekat pun korang kena naik kereta.
Overall, aku boleh cakap, aku impressed. Sebabnya, walaupun
dari luaran tak nampak mewah. Bila masuk, kau macam dekat satu kawasan lain.
Dengan design dia yang oriental, korang boleh tengok dari segi pemilihan warna
dan barang-barang perhiasan dalam hotel ni.
Untuk bilik, aku sangat berpuas hati. Sebab luas. Simple.
Toilet pun besar. Taknak cerita banyak pasal bilik, cuma kalau nak kesini,
korang mintak bilik jauh dari swimming pool kalau korang nak rehat tenang-tenangkan
fikiran.
Ye, dekat sini ada swimming pool. Cumanya, aku tak pasti
sama ada disebabkan hujan, atau pool ni tak cukup sistem pembersihan. Air dia
nampak keruh, dan ada stain dekat tepi-tepi kolam yang pada aku, tak patut
berlaku lah.
Pasal breakfast, sorry to say. Aku tak recommend korang amik
pakej bilik dengan breakfast. Satunya, makanan tak banyak sangat, dan kalau
nasib korang tak baik. Makanan akan habis kalau ramai sangat yang stay dekat
situ. Macam aku kena, aku rasa aku tak adalah turun lambat mana, tapi pinggan
mangkuk, sudu garfu, semua habis. Kena tunggu untuk diorang basuh.
Bab makanan, adalah beberapa jenis. Ada roti, nasi lemak
bungkus, sausage dan baked bean. Pasal baked bean, aku tak tahulah jenis dia ke
apa ke, cuma pada aku, dia macam tak masak. Bila aku complain dekat pekerja
dia, dia kata dah masak. Padahal, baked bean tu sejuk seolah-oleh bukak dari
tin, tuang dalam bekas and serve dekat customer.
So pada aku, baik lah tak payah amik breakfast dekat sini.
Banyak benda yang hotel ni kena baiki untuk ‘fight’ hotel-hotel besar yang ada
berdekatan dengan dia. Sebab orang akan fikir, spend banyak ni, tambah sikit
dapat hotel lagi best etc etc.
So Hotel Langit Langi ni, korang go for the stay, tapi don’t
stay for the breakfast lah. Itu je.
Berbalik kepada nak habiskan hujung minggu dekat sini; aku
akan ringkaskan macam ni :
Day 1 –
Gerak dari KL pagi, let say 8 (sebab taknak jam).
Sampai around 10 (kita genapkan kalau ada jam dan sebagainya)
Pegi breakfast dulu, sebab biasanya hotel boleh check in
lepas pukul 12. Korang lepaklah tepi pantai dulu ke, mandi-mandi.
Tengah hari – lunch.
Ada banyak kedai-kedai dekat area Teluk Kemang tu. Pilih je
mana-mana, tapi aku recommend ada satu ni nama dia, Asam Pedas Kasih Ibu. Ada
macam-macam menu nasi berlauk, nasi ayam, masak lemak dan lain-lain. Nak
coconut shake pun ada.
Dah kenyang, korang cuba lah call hotel tanya dah boleh
check in atau tidak. Kalau dah, terus ke hotel pilihan korang.
Petang – korang pergilah jalan area PD. Nak yang happening,
dekat Teluk Kemang lah, macam-macam aktiviti ada. Gerai-gerai pun banyak. Tapi,
macam aku cakap tadi, Teluk Kemang memang packed lah. Nak lain sikit, korang drive
ke atas sikit, cari ostrich farm atau 3D house. Dua ni korang boleh settle petang
tu jugak.
Malam –
Kalau nak best, ade je area-area sini jual ikan bakar etc.
Tapi nak adventure lagi, korang lajak lah ke Melaka. Ikut PD ni dah dekat dah.
Hikhik. Tapi balik nanti, korang lapar balik lah. Hikhik.
Option ke dua, korang lepak area PD Waterfront. Depan McD
tu, malam-malam happening. Macam aku pergi haritu, ada busking, ada orang jual
belon sabun tu dan sebagainya. Anak-anak suka lah. Korang pun boleh tenang-tenang
ambik angin pantai.
Hari ke-2.
Breakfast dekat Hotel. Kalau tak best, korang pergi ke area
pekan, carilah warung yang jual nasi lemak atau roti canai.
Lepas breakfast, kita mandi laut lah. Apa lagi. Nak
jalan-jalan pun, ada muzium dekat-dekat. Tapi aku suggest, muzium tu korang
pergi lepas check out lah, biasanya check out sebelum pukul 12. So, mandi dulu
puas-puas tepi pantai.
Oh, kalau korang jenis nak try camping pun ada jugak. Aku
tengok dekat sepanjang pantai on the way nak ke Teluk Kemang tu, ramai yang
pacak kemah, hammock dan sebagainya. Cuma aku tak pasti, tapak tu berbayar atau
tidak.
So, untuk selamat. Lepas mandi-mandi tu, korang gerak lah
keluar balik KL. Sebabnya, korang faham-faham lah, lambat sikit, highway ke KL
tu akan jam. Kalau korang tak kisah, silakan. Gerak lah lambat-lambat sikit.
Oh untuk hotel Langit Langi tadi, boleh usha dekat sini : Langit Langi Hotel @PD Waterfront
Atau nak cari hotel lain di PD, ada dekat sini : Senarai Hotel Di Port Dickson
0 Comments