Angkat tangan kalau korang terdiri daripada ‘kaki jalan’
yang lebih gemarkan hostel berbanding hotel? Kebiasaannya, sesiapa yang travel
secara solo, backpackers atau travel bajet mesti memilih untuk menginap di
hostel, tak kiralah ia berkonsep macam dorm, atau bilik individu.
Macam aku sendiri, aku lagi prefer airbnb atau pergi cari backpackers hostel ni. Macam last solo trip ke Kuching baru-baru ni. Aku pilih untuk stay dekat Loft Waterfront, Kuching. Rate untuk satu malam RM49. Bilik katil queen dan dia adalah unit individu, kau tak berkongsi dengan orang lain.
Sebenarnya, pengalaman menginap di hostel atau dorm ni lagi
best daripada korang menginap di hotel. Sebab satunya kalau korang jenis
habiskan masa diluar, buat apa nak bayar hotel mahal-mahal betul tak?
Kedua,
korang akan jumpa dan kenal ramai traveller dari luar yang korang boleh bawak
borak. Setidaknya, boleh bertukar-tukar pendapat.
Biasanya, bila kita tinggal di dorm atau hostel ni kan… ada
beberapa perkara atau etika yang digunapakai oleh majoriti hostel. Sebagai
seorang traveller, rasanya tak ada masalah untuk korang patuhi etika – etika
ni. Sebab pada kami, tak guna kalau korang travel tapi mentaliti dan pemikiran
dekat takuk sama.
Ada beberapa etika sebenarnya untuk korang ‘patuh’ sebagai
bagpackers atau lebih senang nak faham, syarat – syarat untuk menginap di
backpackers hostel atau undang-undang backpackers hostel secara general.
#1. Jangan Curi
Makanan Orang
Kebiasaannya, kalau korang masuk ke backpackers hostel, akan
ada pantry. Sama ada dia akan berada di satu tempat lain atau di bahagian ruang
makan. Korang kena tahu dan faham, bukan semua makanan dekat situ kepunyaan
hostel.
Maksudnya, masa korang masuk sila tanya atau biasanya ‘host’
akan bagitahu makanan mana atau minuman mana yang korang boleh guna dan mana
yang orang lain punya. Jadi, kalau bukan korang punya, jangan makan atau sentuh
okay?
#2. Teh, Kopi, Beras,
Roti
Selalu, memang hostel akan sediakan bahan-bahan ini secara
percuma ataupun complimentary. Jadi, korang boleh gunakan. Cuma, beringat dan
jangan tamak. Makan sekadar isi perut. Bukan habiskan sebuku roti atau bawak
lari roti ke air k eke dalam bilik korang. Ia untuk dikongsi, bukan ada hak
eksklusif.
#3. Melakukan
Hubungan Intim
Tolonglah. Kalau korang pasangan suami isteri, dan menginap
di hostel janganlah lakukan hubungan intim. Rasanya korang faham lah hubungan
macam mana kami maksudkan. Kalau nak jugak, hostel bukan tempat korang, sila ke
hotel atau Airbnb berdekatan.
#4. Kentut ‘Tak
Cover’
Ia, faham. Kentut ni memang tak boleh jangka bila dia nak
datang, tapi percayalah ia berbau. Jadi kalau korang ada rasa nak membuang
angin tu, sila lah ke lokasi atau kawasan yang open air sikit. Ini tidak, dah
la kongsi bilik empat orang, main lepas aje. Bau telur pulak tu! Wek!
#5. Penggunaan Lampu
Selalunyalah, setiap hostel ni ada ‘undang-undang’ tentang
penggunaan lampu atau bahan hiburan yang ada dekat sana macam contoh board
game, card ataupun tv. Sini kita fokuskan pada lampu ye.
Biasanya pengunaan lampu utama diterima sampai pukul 11
malam, selepas itu kalau nak guna jugak lampu, gunalah torchlight pada phone
korang. Jangan nyalakan lampu dorm, tak menghormati penghuni lain yang mana
tahu nak rehat sebab flight pagi dan sebagainya.
#6. Peraturan Selepas
Pukul 9 pagi
Kalau korang jenis susah atau nak tidur sampai tengah hari,
maaflah. Korang nampaknya kena tahan sebab biasanya lepas pukul 9, semua orang
akan bangun untuk keluar dan ada agenda masing-masing.
Jangan tulis review buruk pulak kalau korang kena hadap
situasi macam ni nanti.
#7. Peraturan Sebelum
Pukul 9 Pagi
Sama jugak macam peraturan selepas 9 pagi, kalau korang ada
aktiviti atau nak packing barang sebelum pukul 9 pagi, harap hormati waktu
‘senyap’ tersebut. Kalau ada flight pagi, kemaslah barang-barang malam sebelum.
Jangan ganggu waktu rehat atau tidur orang lain.
#8. Beg Plastik
Kalau korang ada beg plastik, pastikan ianya tak berbunyi
atau minumkan penggunaan plastik tu supaya dia tak kacau ketenteraman orang
lain. Sebabnya, dalam keadaan dorm yang sunyi, kecik, bunyi plastik ni sangat
annoying. Jadi, kalau boleh elakkanlah. Kalau korang shopping, pastikan balik
awal supaya bunyi geseran plastik tu tak mengganggu orang lain.
#9. Bercakap Telefon
Ini antara masalah utama atau biasa yang berlaku dekat
hostel. Tapi, dari segi pemerhatian aku sebagai traveller yang suka bermalam
dekat backpackers hostel. Tolong lah, ruang atau tempat tu bukan rumah korang.
Jadi, tak ada orang nak dengar ‘drama’ korang dengan boyfriend ke, sembang
bisnes juta-juta ke.
Carilah tempat yang terpencil atau keluar dari dorm untuk
bercakap.
#10. Unpack Beg
Kalau korang ada bilik sendiri, tak kisah tapi kalau di dorm
yang ruang nya berkongsi, almari bersebelahan dengan almari lain tolonglah
jangan buat sepah atau punggah beg korang atas lantai. Ini tidak, situlah
korang nak letak baju kotor, segala beg shopping dan sebagainya.
Lagi satu, jangan tumpang barang kita atas katil orang lain
terutamanya baju kotor dan tuala. Jangan marah lah kalau tiba-tiba baju korang
ke dalam tong sampah.
#11. Jadi
Bertanggungjawab
Selepas pakai pinggan, cawan atau gunakan apa sahaja yang
berkongsi dengan orang lain, tolong kemas. Hostel ni bukan hotel yang mana akan
ada orang kemaskan. Sudu, garfu pinggan lepas guna silalah basuh sendiri dan
letakkan dekat tempat yang korang ambil.
Kalau ada minuman tertumpah, lapkan. Dia tak akan bersih
secara sendiri.
#12. Jangan Jadi
Pengotor
Etika ni paling korang kena utamakan. Kalau korang jenis
tinggal sampai berminggu dekat hostel, pastikan tukar atau mintak cadar baru,
tuala baru dan jangan lupa bersihkan diri! Kita kadang-kadang tak sedar yang
badan kita atau pakaian kita dah berbau, tapi pada orang lain… hapak kot.
#13. Penggunaan
Laptop / Komputer
Ada sesetengah hostel akan sediakan komputer atau laptop
untuk kegunaan traveller. Kalau nak guna, beringatlah. Jangan buat macam harta
sendiri. Selesaikan hal penting korang sahaja macam contoh nak reply email, nak
print tiket dan untuk tujuan cari maklumat.
Sekarang ni, telefon sendiri pun dah boleh guna dah. Jangan
kedekut sangat nak belanjakan duit untuk beli simcard antarabangsa atau sewa
pocket wifi kalau tahu korang tu tak boleh hidup tanpa internet.
#14. Berhati-Hati
Ini paling utama. Pastikan korang sentiasa berhati-hati,
berwaspada setiap masa. Baik dari segi keselamatan diri mahupun barang-barangan
peribadi macam handphone, laptop, camera dan sebagainya.
Walaupun keluar sekejap, pastikan simpan semua barangan
berharga dalam ruang penyimpanan yang disediakan dan kunci.
Capsule Hotel Dekat KK |
0 Comments