Advertisement

WEIL Hotel – Penginapan Serba Mewah Di Tengah Bandar Ipoh



Menjanjikan pengalaman penginapan yang luarbiasa, WEIL Hotel ternyata mempunyai tarikannya yang tersendiri. Terletak di tengah bandar Ipoh yang sangat terkenal dengan bangunan lama dan bersejarah; WEIL boleh dikatakan bersesuaian untuk mereka yang mahukan percutian dan penginapan yang bertaraf mewah.



Apa yang aku boleh perkatakan, selain mempunyai 313 buah bilik dan suites; dari segi rekaan dalaman, pemilihan perabot serta susun atur bilik, ia ibarat saling melengkapi. Bermula dari bahagian lobi, sehinggalah laluan ke bilik, korang boleh ‘rasa’ vibe hotel mewah tersebut.



Nak dijadikan cerita; aku dipanggil oleh pihak WEIL untuk membuat review. Pastinya; seperti biasa aku akan menggunakan kriteria – kriteria yang aku gunakan untuk menilai sesuatu hotel iaitu Hotel, Lokasi dan Tarikan, Pengalaman Bermalam dan Value For Money.

Macam biasa; markah penuh untuk setiap kategori adalah 10 dan ini berdasarkan pengalaman aku sendiri berada di sana selama 3 hari 2 malam.

Hotel – 10 / 10

Secara jujurnya, aku tak pernah dengar atau tahu kewujudan WEIL hotel dan lepas aku google, aku meletakkan expectation yang sangat tinggi atas beberapa sebab; pertama – ia hotel 4 bertaraf 4 bintang, kedua – mendapat rating yang sangat tinggi di Google, dan ketiga semestinya harga. Untuk bermalam disini, dalam RM300 jugak (website WEIL).


Macam aku sebutkan diatas tadi, memasuki lobi hotel memang korang dapat vibe yang hotel ini merupakan hotel yang bukan biasa – biasa. Maksud aku, dari segi hiasannya, penyambut tetamunya dan lain – lain.


Apa yang aku sukakan pasal hotel ini, ia bersambung dengan mall (ini aku akan ceritakan panjang lebar dekat tarikan nanti) tetapi, walaupun bersambung dengan mall, korang akan berasa eksklusif bila berada disini. Tak sibuk, tenang dan sangat chill. Jadi, kalau korang nak datang tenangkan fikiran sekali sekala, atau berbulan madu sekalipun, boleh dilakukan di sini.



Untuk pilihan bilik, korang ada 5 jenis bilik (tak termasuk bilik konsep) yang ada disini iaitu; bilik Superior, Deluxe, Premier, Studio dan Executive Suites. Beza antara satu sama lain semestinya saiz bilik, hiasan dalam dan macam – macam lagilah. Aku tak boleh nak cerita lebih pasal ini sebab aku tak ‘tour’ pulak bilik ke bilik.

Untuk bilik aku, aku diberikan bilik Deluxe dengan city view. Jadi, dari bilik aku boleh nampak bandar Ipoh. Hehe. 



Apa yang aku suka berkenaan bilik dia adalah pemilihan perabot. Paling win adalah almari dia lah. Konsep almari dia macam MUJI, menggunakan kayu tetapi korang boleh tahu yang material dia sangat berkualiti.



Tandas : Untuk tandas di Deluxe Room ni, agak luas dank orang boleh pilih untuk mandi di shower atau bath tub. 



Oh ye, dia punya sabun, shampoo dan conditioner bau best!

Kelengkapan di bilik ; kelengkapan asas macam biasalah. Ada iron, ada hair dryer dan saluran tv yang pada aku boleh tahan banyak jugak pilihan.

Lokasi – 9.5 / 10

Kenapa aku bagi 9.5? Sebab ia terletak betul – betul tengah bandar, bersambungan dengan Ipoh Parade sebuah shopping mall di Ipoh. 



Parking hotel adalah sama dengan parking mall, cuma dia ada level khas untuk pengunjung hotel iaitu di aras 5 kalau tak silap aku. Sebelum nak sampai aras 5 tu, korang kena naik jalan yang pusing – pusing satu bulatan tu sampailah ke atas. Jadi, kalau siapa yang mabuk kenderaan tu, standby lah plastik sesiap. Hehe.

Dalam 200 meter lagi, kalau korang berjalan, akan jumpa deretan kedai yang ada banyak kedai makan (selain yang ada di dalam mall). Mall dia pun besar dan menarik la pada aku. Ada wayang, ada bowling, ada karaoke ada Uniqlo dan macam – macam kedai lagi.

Di hotel ini juga ada 4 tempat yang korang boleh menjamu selera iaitu di TIFFIN, Tea Lounge, Restoran Yuk Sou Hin dan The Deck.

TIFFIN

Yuk Sou Hin

The Deck

Tea Lounge

p/s : Yuk Sou Hin dan The Deck ni makanannya halal, maksudnya tiada pork tetapi ada menjual alkohol.

Aku dah cuba semua; apa yang aku boleh cakap adalah; korang patut cuba dinner di The Deck, hi-tea dekat Tea Lounge dan breakfast dimsum di Yuk Sou Hin. 




Dimsum Breakfast 

TIFFIN ni, aku cuba buffet dinner dan breakfast dia; apa yang aku boleh cakap; boleh try lah. Nasi lemak dia best, roti dia freshly baked (pagi) dan untuk malam, korang makan seafood grill dia.



Swimming pool terletak di rooftop; sama aras dengan The Deck dan ia adalah infinity pool! Pemandangan quite good jugaklah.



Tambahan : WEIL Hotel adalah non-smoking hotel ye. Nak smoke, naik tingkat atas sekali atau turun di luar lobi.

Tidur – 9.5 / 10

Disebabkan aku dapat bilik deluxe dan diberikan katil twin, jadi aku tak payah kongsi katil. Untuk aku, selesa lah. Satu katil boleh letak beg, baju dan sebagainya. Hehe. 





Tapi jangan risau, bilik dia luas. Ada meja yang panjang. Jadi kalau korang nak susun barangan atas meja tu pun boleh.

Aku bagi 9 sebab kalau budak buat bising dekat hallway, korang boleh dengar dan disebabkan bilik aku berhadapan dengan jalan, kadang-kadang kalau kereta bunyi kuat tu, korang boleh dengar. Tapi ini tak menggangu tidur lah.

Value For Money – 10/10

Untuk RM300 korang bayar, aku rasa ianya sangat berbaloi. Dengan kemudahan yang ada dalam hotel sendiri seperti restoran untuk makan dan sebagainya, korang tak perlu risau untuk naik kereta keluar cari makan, Agak-agak bosan dengan makanan hotel, jalan je ke mall sebelah.



Untuk tarikan menarik; dalam 1 kilometer korang dah boleh sampai ke LOKEN atau weekend market dekat sini. Haritu aku berjalan kaki je. Kendian dari Loken tu, korang boleh ke Kong Heng Square dan dekat area – area situ banyak kafe hipster.

LOKEN ni adalah 'pasar' weekend untuk korang cari barangan terpakai. Pasat karat biasanya orang panggil, tapi versi ipoh, dia panggil Loken. Dibuka pada hari minggu sahaja. 
Sangat meriah! 



 Sekitar 500 meter dari hotel, ada satu kafe hipster iaitu Konda - Kondi ni, korang datang sini lepak malam-malam, kalau salah timing, memang packed~!



Oh ye, pasal Kong Heng Square tadi kan, dekat situ ada BookXcess, aku syorkan korang masuk sebab cawangan Ipoh ni dia menarik sikit. 

Apa yang menarik? Tengoklah gambar ni dulu; 




Tingkat bawah BookXcess Ipoh ni sebenarnya adalah peti besi sebuah bank!

Secara keseluruhan; aku bagi hotel ni  39 / 40. Sangat tinggi jugak markah tu. Setakat ni, paling tinggi lah. 

Tapi aku nak cakap awal - awal, ini berdasarkan pengalaman 2 malam aku disini lah. 



WEIL Hotel
292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia.
+605-208 2228


Post a Comment

0 Comments