Advertisement

Tips Travel Bagi Anda Yang Mabuk Laut


Mungkin pada engkorang mabuk laut ni perkara biasa, tapi untuk sesetengah orang, mabuk laut ni perkara yang tak boleh nak dibawa berbincang. Sampai ada yang sanggup tak ikut atau cancelkan trip disebabkan kena naik bot atau ada kaitan dengan laut.

Kalau nak ikutkan satu penulisan di WebMD, pening atau mabuk kenderaan ni terjadi apabila sistem keseimbangan dalam badan seperti mata, telinga dan saraf deria tahu yang kita dalam perjalanan tetapi bahagian badan lain tidak. 




Dia macam mata nampak objek sekeliling jalan, tapi badan tak bergerak. Jadi, sistem badan kita 'terkeliru' sekejap dan inilah yang akan memberikan kesan pening atau mual-mual dalam kenderaan. 


Ada beberapa cara yang korang boleh gunakan untuk kurangkan atau hilangkan mabuk kenderaan antaranya :

#1. Makan Pil Anti Mabuk



Pil anti mabuk atau anti – nausea pill ini ada dijual di mana – mana farmasi dan seeloknya kalau korang sediakan dalam beg. Makan sebelum naik atau bila rasa pening atau mabuk kenderaan. Pil ini biasanya akan serasikan badan dengan pergerakan kenderaan.

Ikut pengalaman aku, aku kadangkala ada masalah mabuk laut kalau snorkeling. Hahaha. Jadi, apa aku akan buat, aku telan pill anti nausea ni, sepanjang perjalanan akan rasa tenang je.

#2. Pilih Tempat Duduk Yang Betul
Kalau anda menaiki cruise, pemilihan kabin yang betul memainkan peranan. Cari kabin yang ada tingkap supaya anda dapat melihat luaran kapal semasa ia bergerak.
Jika menaiki bot pulak, kalau ianya dua tingkat, pilih bahagian bawah dan berada di tengah kapal. Kawasan ini adalah yang paling kurang pergerakan.

Kalau korang naik bot pancung atau bot untuk island hopping tu, aku dapat tips dari kapten bot supaya duduk bahagian belakang. Lagi dekat dengan enjin bot lagi bagus. Sebabnya bahagian situ paling stabil dan kurang bergoyang. 

#3. Makan Makanan Yang Betul



Makanan yang bersifat masin atau masam sebenarnya boleh membantu untuk mengurangkan mual. Sebab itu, kalau perasan, kita akan beli asam kalau naik kereta untuk perjalanan jauh. Kalau nak alternatif yang lebih sihat, boleh pilih untuk makan epal hijau atau buah – buahan yang  masam.
Sifat masam ini boleh kurangkan kesemua jenis mabuk disebabkan perjalanan.

#4. Masa Yang Sesuai



Kalau pengangkutan udara, biasanya gegaran berlaku disebabkan ‘air pocket’ atau awan. Sama juga dengan kapal, faktor yang menyebabkan ianya lebih bergoncang atau lebih beralun adalah keadaan laut dan ombak.
Jika anda ingin menaiki cruise, kaji dulu laluan yang kapal tersebut akan lalui. Kena atau tidak dengan musim. Contohnya, jika anda menuju ke perairan Carribean, elakkan musim panas (summer) atau musim luruh (fall) ini biasanya adalah musim ribut.

#5. Pandang Garisan Langit



Garisan langit atau garisan horizon ini adalah ‘garisan’ yang memisahkan laut dan langit ketika anda berada di lautan yang terbentang luas.

Triknya disini adalah, jadikan garisan tersebut sebagai titik rujukan dan ini akan ‘mengingatkan’ otak kita yang kita tengah bergerak dan secara tak langsung akan elakkan berlakunya kekeliruan antara telinga dan mata.

Kalau tak ada, pandang benda yang paling jauh korang boleh nampak. Kalau pening jugak, kalau aku... aku tidur. Paksa diri untuk tidur. Hehe. 

#6. Pilih Kapal Yang Moden



Bukan disebabkan faktor ‘paras rupa’ mahupun keselamatan, tetapi biasanya kapal – kapal baru ini dibina siap dengan penstabil atau sistem penstabilan mereka tersendiri. Tidak pasti feri di Malaysia ada atau tidak, biasanya feria tau kapal – kapal di luar dah ada teknologi ini.

#7. Jumpa Doktor



Ini boleh dikatakan langkah pencegahan awal jugak sebenarnya. Pergilah berjumpa doktor anda seminggu atau sebelum menaiki cruise atau kapal. Ceritakan tentang mabuk kenderaan yang anda alami atau yang cuba anda elakkan.
Biasanya, doktor akan berikan dos yang betul dan ubat yang betul sesuai dengan keperluan diri kita.

#8. Postur Badan



Ramai yang tak perasan atau terlepas pandang sebenarnya, ada segelintir doktor berpendapat yang postur atau kedudukan badan semasa dalam kapal atau cruise ini juga boleh mempengaruhi tidakbalas badan terhadap pergerakan. Dalam kes ini, bagaimana badan bertindakbalas terhadap pergerakan kapal.
Tips dia adalah; kalau berasa mual, pening atau mabuk kenderaan, cuba tegakkan badan atau gunakan bantal travel untuk menyokong leher supaya kepala tidak bergoyang – goyang.

Jom tengok travel video latest aku ke Labuan =D 

Post a Comment

0 Comments