Setiap
kali pergi bercuti dan melancong, salah satu perkara yang paling utama adalah
tempat penginapan. Bila sebut tentang penginapan ni, ada pelbagai jenis
penginapan yang disediakan di luar sana.
Tak
kiralah kira jenis penginapan yang korang pilih, sama ada hotel, chalet,
homestay dan sebagainya; sebenarnya ada tip mudah untuk korang ikut untuk
mengelakkan daripada menyesal sebab tersalah pilih hotel.
Berikut
adalah garis panduan atau guideline mudah yang perlu anda ikut sebelum membuat
tempahan penginapan dan kalau korang tengok Netflix, korang kena tengok siri
bertajuk ‘Instant Hotel’.
Sedikit sebanyak, ada kriteria-kriteria utama yang
perlu ada pada sebuah rumah penginapan diceritakan dan dijadikan garis panduan
penting untuk pemberian markah iaitu; rumah, lokasi dan tarikan menarik
terdekat, pengalaman tidur dan berbaloi.
Jadi,
untuk pemilihan hotel atau penginapan; apa yang kita perlu berikan perhatian
adalah :
#1. Nilai
Nilai ini
termsuk dalam kategori berbaloi atau tidak. Ia boleh dikatakan sebagai faedah
atau kelebihan yang kita dapat, dengan harga yang dibayar.
Ini mengambil kira
pelbagai faktor seperti layanan hotel, servis yang diberikan, kemudahan ekstra
tanpa bayaran tambahan, keselamatan dan lain-lain.
#2. Kemudahan
Perkara kedua
yang perlu kita ambil kira adalah kemudahan. Tidak kiralah jika kita travel
secara solo mahupun dengan keluarga, perlu ambil kira faktor kemudahan.
Cari yang
memenuhi kehendak anda (jika secara solo), dan keluarga. Jika anda travel untuk
urusan bisness, semestinya anda mahukan kemudahan wifi dibilik, setereka,
perkhidmatan dry cleaning dan sebagainya.
Macam mana
nak tahu hotel atau tempat penginapan yang bakal kita tempah tersebut ada
kemudahan seperti itu?
Boleh rujuk ke laman web atau laman sosial mereka ataupun tengok di laman web yang tawarkan perkhidmatan perbandingan hotel seperti Trivago, Agoda dan lain-lain. Kebiasaannya, akan ada senarai lengkap kemudahan yang ada.
Boleh rujuk ke laman web atau laman sosial mereka ataupun tengok di laman web yang tawarkan perkhidmatan perbandingan hotel seperti Trivago, Agoda dan lain-lain. Kebiasaannya, akan ada senarai lengkap kemudahan yang ada.
Ambil kira
lokasi penginapan anda sesuai dengan keadaan dan kesesuaian dengan anda. Paling
penting, adakah ia berdekatan dengan tempat-tempat tarikan disana. Melainkan
anda tidak kisah untuk memandu jauh.
Tapi,
sekiranya anda bergantung kepada pengangkutan awam, pastikan lokasi penginapan
tersebut adalah dekat dengan stesyen keretapi dan sebagainya. Jika tidak, agak
sukar nak bergerak nanti.
#4. Mesra Keluarga
Jika anda bercuti dengan keluarga, pastikan dahulu sama ada hotel berkenaan mesra keluarga atau tak.
Jika anda bercuti dengan keluarga, pastikan dahulu sama ada hotel berkenaan mesra keluarga atau tak.
Ciri
yang korang perlu cari sebenarnya mudah. Jika ada anak kecil, cari hotel yang
mempunyai kolam renang atau taman permainan. Kalau tiada pun, cuba cari yang
punyai kawasan untuk beriadah. Taman atau pantai misalnya.
#5. Aktiviti
Kebiasaannya,
penginapan jenis hotel atau resort akan sediakan aktiviti menarik dalam tawaran
mereka. Jadi, ambil kira faktor ini juga.
Sekiranya ia
berdekatan dengan pulau, cuba tanyakan ada atau tidak pakaj snorkelling,
berkayak atau apa-apa yang sesuai dilakukan oleh anda sekeluarga.
Suka aku
ingatkan, rajinkan diri baca komen dan review di laman web seperti Tripadvisor,
Agoda dan sebagainya. Kebiasaannya, review orang ramai ni jarang yang tak
betul. Cari yang ada bukti bergambar dan sebagainya.
Lagi satu,
bila nak rujuk review, pastikan ianya masih valid. Dalam erti kata lain, komen
terbaru. Jangan pulak jadikan komen atau review dua atau tiga tahun lepas.
Mungkin dah berubah.
Pokoknya,
kena rajin buat reseach sikit. Kalau tak, memang akan kecewa lah nanti. Macam
aku sendiri, sebelum book satu – satu tempat, aku suka tengok review, baik
airbnb, hostel mahupun hotel. Kadang – kadang, ia menyediakan mental aku jugak
sebelum sampai ke hotel tersebut.
Oh,
nak tengok senarai hotel yang aku pernah review secara official sebelum ni?
Boleh baca di Hotel Review =D
0 Comments