Dalam pada masing-masing nak upload
gambar cantik di Instagram, sebenarnya masih ramai yang tak tahu menggunakan
kelebihan yang ada pada telefon pintar masing-masing mahupun menggunakan fungsi
kamera sepenuhnya.
Pada aku, ‘gear’ atau peralatan ini
sebenarnya perkara kedua. Yang utamanya adalah skill individu itu sendiri.
Skill ni termasuklah; mana nak letakkan subjek, pencahayaan dan lain – lain.
Dengan adanya smartphone yang
dilengkapi dengan kamera yang canggih, ditambah pula dengan pelbagai aplikasi untuk
mencantikkan gambar, kini semua dah boleh jadi ‘photographer’. Iya, boleh
dikatakan banyak gambar baik oleh jurugambar professional mahupun amatur, telah
disunting.
Sebelum jauh aku melalut, sebenarnya
ada beberapa tips mudah dan asas yang sering dikongsikan oleh photographer –
photographer yang dah baisa hasilkan gambar ‘perfect’. Macam aku, aku ada juga
ikut beberapa akaun di Insta dan Youtube.
Pencahayaan adalah perkara yang
sangat penting untuk mendapatkan gambar yang cantik. Kalau kita perhatikan,
mana-mana studio gambar, mesti ada banyak lampu untuk memberikan pencahayaan
yang sempurna.
Cuma, untuk dapatkan yang ‘sempurna’
tu bergantung kepada kita. Apa yang ingin kita sampaikan. Tapi, cahaya waktu
pagi nampak lebih ‘natural’ dan kalau nak tangkap gambar bangunan, nampak lebih
menyerlah.
Kalau tak pagi, waktu petang. Ini
biasanya dipanggil ‘golden hour’ waktu terbaik untuk tangkap gambar. Sebab
pencahayaan sangat natural.
Kalau cahaya, ia membantu mood,
kalau depth pula ia akan ‘tunjukkan’ kepada orang apa yang kita ingin diorang
tengok. Maksudnya, kalau gambar tu berkaitan dengan bangunan, garisan-garisan
bangunan tersebut perlu diselarikan.
Kebiasaannya, depth ini kita bahasakan
sebagai jarak antara objek yang paling dekat ke kamera dan yang paling jauh.
Cuba ambil gambar daripada satu sudut pandang, cara yang paling mudah adalah
‘on’ kan fungsi grid pada kamera.
Dengan ini, korang secara tak langsung akan
dapat depth dan jugak gambar yang sekata. Dekat telefon pintar pun ada grid ni.
Bahasa photographer ia dipanggil grid atau gridlines.
#3.
Main dengan perspektif
Sudut pandang sesuatu gambar ni ada
banyak, boleh jadi dari depan, dari kiri-kanan atau atas-bawah. Kalau gambar
dari sudut depan nampak biasa, cuba ambil dari bawah dan sebagainya.
Nak ambil gambar cantik, kita sekurang-kurangnya kena perhatikan keadaan tempat tu dari pelbagai sudut.
Nak ambil gambar cantik, kita sekurang-kurangnya kena perhatikan keadaan tempat tu dari pelbagai sudut.
Cuba rendahkan kamera ke permukaan
tanah untuk dapatkan efek yang lagi cun.
Kalau korang ada ‘mata seni’ korang
akan perasan yang pada setiap refleksi, tak kiralah pada cermin bangunan lain
atau pada lopak air, akan dapat shot yang cantik. Hasilnya kadang-kadang diluar
jangka.
Walaupun kadang – kadang, ‘refleksi’
ni kita boleh dapatkan menggunakan aplikasi, ia kadang – kadang nampak fake.
Kalau nak edit pun, biarlah logic, takkan korang bergambar dekat pasir, tiba –
tiba ada relfection pulak kan…
Sengaja aku letakkan rule of third
sebagai perkara terakhir walaupun inilah perkara ‘wajib’ yang akan membezakan
gambar biasa, daripada gambar yang luar biasa.
Menggunakan grid pada kamera korang,
korang letakkan subjek pada salah satu daripada kawasan dalam grid tersebut.
Maknanya 1/3 daripada keseluruhan gambar. Kalau taknak 1/3, korang boleh
letakkan juga subjek di salah satu lintasan garisan grid.
Tapi kadang – kadang, mengikut
sesesuaian, korang boleh jugak pilih untuk langgar rules ni untuk dapatkan
gambar yang lain daripada yang lain.
Ni contoh gambar aku ambil masa di Danau Toba, Trip dengan Malindo Air ke Danau Toba tahun lepas.
Ni contoh gambar aku ambil masa di Danau Toba, Trip dengan Malindo Air ke Danau Toba tahun lepas.
0 Comments