Advertisement

[ Hotel Review ] – Indoluxe Rent Apartment Jogja, Yogyakarta



Trip ke Jogja ni sebenarnya aku buat sekitar bulan 2, sehari lepas birthday aku. Pada awalnya, aku tak sangka aku akan ke Jogja sebab aku beli tiket flight ke Jakarta tanpa sebarang plan nak lajak ke Jogja pun.



Nak dipendekkan cerita; aku ke Jogja; aku ada kongsikan itinerary3 hari 2 malam aku dekat sana dalam entri sebelum ini dan disana aku ada juga ceritakan betapa besarnya pengaruh Ada Apa Dengan Cinta 2 dan pengaruh filem Indonesia terhadap diri aku, dan sebagainya.


Dalam itinerary Jogja tu; aku stay dekat 2 hotel, malam pertama di Indoluxe Rent Apartment; malam kedua aku ke Indies Heritage Hotel di Prawirotaman, Jogja.

Macam biasalah; setiap trip yang aku buat… aku akan buat review pengalaman bermalam aku di hotel, hostel dan penginapan aku sepanjang trip. So; kali ini, aku ceritakan pengalaman bermalam di Indoluxe Rent Apartment Jogja, Yogyakarta.

Sebelum aku cerita lebih panjang, Indoluxe dekat Jogja ni ada dua, satu Indoluxe Hotel, satu Rent Apartment. Aku yang di Rent Apartment; bukan hotel.


Kalau korang follow review hotel aku sebelum – sebelum ni; sama je kaedahnya. Aku fokus 4 benda je iaitu hotel, tarikan & lokasi, pengalaman bermalam (kualiti tidur/rehat) dan terakhir value for money dalam erti kata lain, berbaloi tak harga yang perlu korang bayar dengan apa yang korang dapat secara keseluruhan.

Info Ringkas Hotel

Indoluxe Rent Apartment Jogja, Yogyakarta

Alamat : Jl Amarta no 1, Kledokan, Jl. Seturan Raya, Kledokan, Caturtunggal, Kec. Depok, Kabupaten Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta

Waktu Check in : 2 petang

Waktu Check out : 12 tengah hari

Jumlah bilik  : 100

Harga Permulaan – RM 46 untuk satu malam (Agoda)

Kemudahan : Wifi, kafe, kolam renang dan parking. Masuk perlu kad akses.

Okay, macam biasa markah penuh untuk semua kategori adalah 10.

Hotel – 10 / 10

Bagi aku jelaskan kenapa ia layak mendapat markah penuh.

Pertamanya; status dia sebagai ‘rent apartment’ dan bukannya hotel. Jadi. Untuk sebuah rent apartment untuk dijaga sebegitu rupa, bilik yang selesa, sesuai untuk backpackers dan ada kemudahan memasak, balkoni untuk yang merokok dan lain-lain.



Jadi atas sebab itu, markah penuh dekat sini. Servis dia pun terbaik okay, orang akan datang kemaskan bilik setiap hari dan… ada swimming pool! Agak besar jugak lah. Lagi best kalau korang dapat unit bawah, sama level dengan pool. Bukak sliding door, terus masuk pool.

Lokasi / Tarikan Menarik – 7

Yes, rent apartment ini memang best tapi lokasinya pada aku agak sukar untuk diakses. Plus point dia, dia dekat dengan Airport Adisucipto (3km +/-), cuma korang kena ingat, selepas bulan Mac, Airport Antarabangsa ditukar ke Kulon Progo.

Dari segi tarikan, yang terdekat adalah Upside Down World kemudian ada Candi Ijo (kira – kira 2km).


Mall terdekat dalam 1.5 km iaitu Hartono Mall, yang kurangnya adalah tempat makan. Cuma ada kafe yang aku sendiri malas nak pergi sebab kena jalan jauh. Lobi hotel ni terletak agak belakang sikit dari pintu utama untuk masuk kesini.

Walaupun kedai makan jauh, korang boleh order Grab Food atau Go Food, cuma memang peraturan apartment, korang kena collect sendiri dekat lobi. Itu je.

Pengalaman Bermalam / Kualiti Tidur – 8

Untuk solo traveler, bilik dia memang sesuai. Dia besar mana pun, satu bilik ada satu katil saiz queen, ada tv, aircond, wifi, kemudian ada diberikan air mineral dan kopi. Ada sinki, ada dapur untuk korang memasak jugak sebenarnya.



Bilik aku menghadap pool, jadi waktu malam cahaya lampu pool dia cantik! Nak cakap ganggu waktu tidur pun, tidak sebab once kau dah tutup tirai, cahaya tak masuk.



Cuma kurangnya dekat sini, bunyi agak bising dekat kaki lima bilik dan dari pool. Ini biasanya waktu pagi kalau ada budak – budak mandi lah. Lain pada itu, tip top! Aku pun dapat rehat yang secukupnya.

Value For Money – 10

A solid 10 for me! Kau bayar sekitar rate hostel, tapi dia macam versi upgrade sikit. Faham tak? Aku suka sini sebab bilik dia selesa, bersih dan cukup untuk aku sebagai solo traveler. In fact, kalau datang berdua pun masih selesa lagi bilik ini.


Dari servis, dia ada sediakan staff untuk sambut korang, ada staff yang handle bahagian kebersihan bilik, lif dengan butang keselematan, jadi kalau tak ada kad akses, tak boleh naik dan lain – lain.

Overall – 35 / 40

Well, 35 over 40 , aku recommend kengkawan yang nak ke Jogja tu untuk try stay dekat sini, tapi... macam aku cakap, tak banyak tarikan menarik yang berdekatan. Sebagai contoh; kalau let say korang nak ke Candi Prambanan, Ratu Boko dan Candi Ijo dalam 14 km lebih kurang. Kalau naik Go Car tu sekitar Rp 23 k (RM6) lebih kurang. Rate GoCar dekat Jogja Rp3,500 per KM. Ini selepas rate asas Rp9000 untuk 1km. Ini anggaran kasar ajelah.

Walaupun dia agak jauh ke dalam, dalam 1 ke 2 km dari jalan utama (mungkin lebih) dia jauh dari kesibukan jalan raya. So, tak adelah tidur malam korang terganggu, ada pun kapal terbang, tapi tak kuat mana bunyi dia. 



Aku rasa tidur aku malam tu nyenyak dan tak terganggu. Tapi, macam yang aku pesan sebelum ini, ini berdasarkan pendapat aku dan pengalaman aku. Mungkin korang rasa berbeza pulak nanti.


Post a Comment

0 Comments