Advertisement

Itinerari 3H2M Di Jogja, Mencari Destinasi Filem AADC2!




Seingat aku, waktu aku ke Bali sekitar bulan April 2018 merupakan solo trip aku yang pertama keluar negara dan faktor pemilihan Bali adalah disebabkan pengaruh cerita. Iya, aku ke Bali gara – gara menonton filem ‘Perahu Kertas’ yang mana pelakon utamanya Keenan (Adipati Dolken) telah membawa diri ke Ubud, Bali untuk mempelajari seni dan setibanya aku ke Ubud, aku faham, kenapa Keenan memilih Ubud. Boleh baca entri : Pengalaman Solo Trip 3H2M Ke Bali, untuk cerita penuh.



Jogja,2020.
Sama juga skripnya, namun kali ini aku ke Jogja disebabkan Cinta dan Rangga. Ada Apa Dengan Cinta 2, yang mana filem berkenaan sedikit sebanyak telah ‘mengangkat’ Dearah Istimewa Yogyakarta ke suatu tempat yang lebih tinggi, terutama dalam kalangan orang Malaysia.


Sejujurnya, aku mahukan itinerari AADC2 di Jogja. Aku nak pergi semua! Tetapi, hakikatnya, apa yang dibuat atau dilakukan Rangga dan Cinta itu, tidak boleh dilakukan dalam masa yang singkat, lagi – lagi aku yang punyai masa hanya 3 hari. Pastinya, ada banyak lagi tempat menarik yang boleh diexplore di Jogja ini dan untuk menikmati pesona Yogyakarta dalam masa 3 hari itu, tidak cukup ye kawan – kawan.

Malas nak cerita panjang, ini itinerari 3 Hari 2 Malam Yogyakarta aku.


Jakarta – Jogja

Aku sebenarnya tak bermula di Jogja terus. Aku menaiki flight ke Jakarta, kemudian bermalam disana satu malam sebelum berangkat ke Jogja.

Kenapa singgah Jakarta? Sebenarnya hajat nak tengok Noah perform malam tu, tapi disebabkan lambat cari tiket, aku dibawak ke Konsert Coklat, Glenn Fredly untuk memenuhi undangan kawan aku.

Selepas itu, balik ke hotel. Tidur.

Tepat 1.55 petang WIB, aku bertolak ke Jogja. Sepatutnya tiba lebih awal, dalam pukul 4. Tapi disebabkan keadaan cuaca, flight tak boleh nak landing. Seingat aku, dah dekat pukul 5 baru touchdown, dan Jogja sambut aku dengan hujan renyai. 



Check In – Indoluxe Rent Apartment, Jogja. RM60 satu malam. Nanti aku tulis review penuh pengalaman bermalam disini.




Destinasi pertama, pastinya tempat yang dah lama aku teringin pergi dan ia juga lokasi shooting AADC2 iaitu Klinik Kopi!



Dekat sini, ada macam – macam jenis kopi yang korang boleh cuba dan paling penting, semua kopi disini dipilih sendiri oleh diorang dan setiap kopi, ada ceritanya. Secawan kalau tak salah aku, secawan Rp.20,000 je. Dalam 6 ringgit! Tapi, dia kopi kosong, tanpa gula. Barulah menikmati rasa kopi sebenar…

Scene AADC2 Di Klinik Kopi

Klinik Kopi bukak jam 4 petang, tutup jam 8 malam, Isnin hingga Sabtu.

Kemudian aku ke Malioboro, disebabkan hujan, aku tak sempat nak pusing – pusing disitu. Cuma masuk mall untuk berteduh sebelum berjalan kaki ke Pasar Briharjo yang merupakan pasar 
tradisional Jogja. Menjual pakaian batik, kain dan lain – lain. Oh iya, Malioboro ni dia ibarat macam Jalan TAR di KL tu. Sepanjang jalan, ada peniaga – peniaga jual macam – macam benda dari makanan, pakaian, dan oleh – oleh. Memang waktu malam agak meriah.




Dari sini, aku berjalan hingga hujung jalan yang membawa aku melewati Vranderburg, Titik Nol Yogyakarta. Berdekatan Titik Nol ini ada sebuah Pejabat Pos pertama dan tertua di Jogja dan kalau korang berjalan kehadapan sedikit, akan jumpa Panggung Wayang Pertama Jogja di sebelah kanan.




Aku teruskan perjalanan ke Alun-Alun Utara, tapi disebabkan hujan, tak boleh nak bergambar. Aku decide untuk berhenti alas perut dekat kawasan tu, ada Martabak Partodiharjo, katanya sejak tahun 1965 lagi. Memang sedap! Hehe. Sambil tunggu hujan berhenti, layan Martabak dan secawan Kopi.



Lepas pada itu, aku terus ke Jogja Art Gallery yang kebetulan ada event. Dari situ, aku naik Grab untuk patah balik ke kawasan Malioboro dan makan di Lesehan Terang Bulan.


Uniknya tempat makan ni, korang akan makan di kaki lima dan konsep dia adalah makan bersila depan kaki lima beramai – ramai. Satu pengalaman yang lain daripada yang lain. 




Lesehan Terang Bulan ni paling famous dalam kalangan orang tempatan, dan dia pada sebelah siang merupakan kedai menjual pakaian, nama sama iaitu Terang Bulan. Disebabkan orang ni berniaga depan kedai tersebut selepas ia ditutup, dia amik je nama kedai asal tu. 



Jadilah Lesehan Terang Bulan. Dia bukak agak lewat, sekitar jam 10 kalau tak salah aku. Korang jangan risau, makanan disini HALAL.

Perbelanjaan Hari Pertama :
GoCar
Ke Klinik Kopi : Rp 25.000
Klinik Kopi – Malioboro : Rp 30.000
Malioboro – Hotel : Rp 26.000
Makan Martabak : Rp 10.000 + Kopi
Makan Di Lesehan : Rp 41.000
Total Hari Pertama : Rp 131.000 (RM39.00)

Hari Ke-2
Aku mulakan hari kedua agak lambat, sekitar jam 10. Aku breakfast di Soto Bathok Mbah Katro



Soto Bathok ni merupakan makanan tradisional Jogja yang korang kena cuba. Dia lain – daripada soto yang ada di Malaysia.



Ada macam – macam pilihan. Aku makan Soto Nasi Putih, Telur Puyuh, Tempe dengan Sate Perut. Minum, teh o ais, atau disana panggil Es Tea Manis.
Murah jugaklah, semua tu sekitar Rp 15.000 (RM 4.50).



Dari sini, aku ke Candi Prambanan, pada awalnya aku agak tak puas hati. Ceritanya, aku beli pakej Candi Prambanan + Situs Ratu Boko. Harga; Rp 75.000. Disebabkan muka aku yang unik ini, aku dapat rate itu. Tapi…. dekat pintu masuk, kena tahan. Diminta tunjuk ID, jadi aku keluarkan passport. Disuruhnya aku beli tiket untuk foreigner. 



Harga pelancong (pakai USD) : 45 USD (RM190). Mana tak mengamuk aku. Disebabkan dah sampai, aku belilah dan masuk.

Nasib baik puas hati.

Kalau beli pakej, dia akan bawa naik van ke Situs Ratu Boko dahulu, dah puas korang pusing – pusing dekat situ, baru dibawa ke Candi Prambanan.



Tips dia dekat sini, kalau boleh korang beli asing tiketnya, supaya tak terikat dengan jadual perjalanan van diorang. Macam aku, dibawaknya ke Ratu Boko sekitar pukul 12.30 tengah hari (1.30 petang waktu Malaysia). Memang panas teriklah cerita dia. Tapi, aku suka sebab gambar cantik. 



TAPI… Ratu Boko ni, sunset dia lagi cantik sebenarnya…

Kendian ke Candi Prambanan, Candi Hindu tertinggi di Asia Tenggara. 



Menurut cerita hikayatnya, Candi Prambanan ini didirikan dalam masa satu malam oleh Bandung Bundowoso sebagai syarat untuk dia menikah dengan anaknya Ratu Boko iaitu Roro Jongrang.  

Ada 1000 candi didirikan di Kompleks Candi Prambanan, cuma yang ditemui hanya 240 candi dan 5 daripadanya adalah candi utama yang didirikan bagi mewakili setiap dewa dalam kepercayaan agama Hindu. 



Kalau datang kesini, seeloknya waktu pagi. Sebab lantainya berpasir dan agak panas dan berdebu waktu tengah hari dan petang. Aku sarankan, korang bawak something untuk menutup muka.
Dari Candi Prambanan, aku balik ke hotel. Rehat, pesan makanan menggunakan Gojek aje. Kemudian, disebabkan hujan, aku terlelap sampai malam!

Malam, aku amik Gojek ke McDonalds! Hahahaha. Sebab kedai makan semuanya dah tutup.

Perbelanjaan Hari Kedua :
GoCar
Ke Soto Bathok : Rp 22.000
Soto Bathok - Prambanan : Rp 30.000
Prambanan – Hotel : Rp 21.000
Tiket masuk Prambanan + Ratu Boko : Rp640.000
Makan Soto Bathok : Rp15.000
Makanan dan Mcd aku lupa harganya.
Total Hari Kedua : Rp728.000 genapkan jadi Rp 750.000 + McD (RM222)

Hari Ke-3

Bangun seawal 4 pagi untuk kejar sunrise di Kebun Buah Mangunan. Seeloknya korang sampai awal. Aku sampai disini hampir jam 6 pagi kalau tak salah aku. Matahari baru nak keluar, dan view di sini…. Aduh. Meruntun jiwa beb!



Aku lepak sini sekitar sejam, kendian makan di kawasan situ jugak. Malangnya, waktu ni. Memori card kamera aku dah full, dan aku tak ada backup.

Sudahnya, balik ke hotel. Tidur sekejap dan check-out.

Dari Indoluxe ni, aku plan nak tengok sunset di Parang Kusumo dan main sand boarding di Gumuk Pasir. Langsung aku cari hotel yang berdekatan dengan kawasan ini iaitu Indies Heritage Hotel.


Walaupun bertaraf tiga bintang, tapi rekaan dalamannya, macam hotel mewah kot. Harga per malam RM150. Macam biasa, review penuh akan menyusul.





Rehat. Aku ke Jogjatronik, sebuah mall menjual barang elektronik di Jogja untuk dapatkan SD Card. Lepas itu, makan di Warung Masakan Omah Bu Ageng



Walaupun namanya warung, dia sebenarnya restoran yang sememangnya popular disini. Makanan disajikan adalah makanan asli Jogja dan apa yang menarik, hiasan dalamannya menggunakan hiasan Jawa Kuno.




Aku makan Nasi Campur Terik Daging Sapi (Rp 31.000), pesan bakwan Rp 10.000 dan Es Tea Manis. Kenapa aku ke sini? Pastinya salah satu scene AADC2 ada disini juga. Waktu Geng Cinta membahaskan pasal dia dan Rangga. 



Lepas pada itu, balik ke hotel untuk berehat. Sebab sebelah petang nak ke Gumuk Pasir dan Pantai Parang Kusumo.



Malangnya, petang tu, hujan lebat! Jadi, aku hanya habiskan masa di hotel.
Hujan berhenti sekitar jam 8, aku keluar ke Jalan Prawirotaman. Jalan ni ada banyak kedai – kedai makan selain tempat tumpuan para pelancong.




Aku lepak di Tempo Gelato, dan ini merupakan Gelato Terbaik aku pernah cuba dan ia adalah the best di Jogja. Sebelum ke Gelato tu, isi perut dulu lah, makan malam di Restoran Heru. Aku makan Mi Godog dan Rawon. Lapar punya pasal.




Harga, mintak maaf sangat – sangat, memang aku tak ingat dan tak teringat pulak nak ambil gambar menunya.

Selepas itu, aku balik ke Hotel dan berehat sahaja sebab besoknya flight ke Jakarta.

Perbelanjaan Hari Ketiga:

GoCar
Hotel – Kebun Buah Mangunan – Hotel : Rp 270.000 *aku mintak gocartunggu di Mangunan sebab sana susah nak dapat Gocar. Jadi aku bayar double plus upah tunggu dan belanja abang tu breakfast.
Tempo Gelato : Rp 40.000 Medium Cup – 3 Rasa
Makan Bu Ageng : Rp 50.000
Makan di Heru : Rp 40.000
Total : Rp 400.000 (RM120.00)

Jadi, begitulah serba sedikit itinerati aku 3 Hari 2 Malam ke Jogja.



Perbelanjaan agak banyak pada GoCar dan Masuk Prambanan.

Total Perbelanjaan (Tak Termasuk Flight) : RM 39 (hari 1) + RM222 (hari 2) + RM120 (hari 3) + hotel RM 120 + rm 150 : RM 651

Post a Comment

0 Comments