Bermula 29 Februari lalu sehingga 7 Mac 2020 nanti, AirAsia
menawarkan pas penerbangan tanpa had selama setahun berharga RM499 untuk semua
ahli BIG AirAsia di seluruh negara.
Syarikat penerbangan tambang murah itu menawarkan pas
penerbangan tersebut untuk ke negara seperti Australia, Jepun, Korea, China dan
India.
Ini semestinya berita baik yang ditunggu – tunggu untuk
mereka yang kerap keluar negara atas urusan kerja mahupun bercuti.
Ramai yang keliru bagaimana pembelian dan penggunaannya, tetapi
konsep pass ini ialah anda membeli pas dan penerbangan perlu ditebus. Perlu
diingatkan, ianya hanya eksklusif untuk Big Member. Jadi, korang perlu jadi
Member dulu.
Cara Pembelian Pas Unlimited AirAsia :
#1. Pergi ke airasia.com/deals atau masuk melalui aplikasi
AirAsia di telefon
#2. Log in / dafter masuk ke akaun BIG MEMBER.
#3. Cari dan klik banner ‘AirAsia Unlimited Pass’ untuk
mendapatkan tawaran tersebut.
#4. Baca dan fahamkan segala isi kandungan dan cara menebus Unlimited
Pass
#5. Klik ‘BUY NOW’.
Untuk pengetahuan, penjualan Pass Tanpa Had AirAsia ini akan
berakhir pada 7 Mac 2020 dan pembeli boleh menebus penerbangan berkod D7
atau XJ sahaja atau penerbangan yang melebihi 4 jam.
Antara destinasi yang dinyatakan termasuklah; Australia,
Jepun, China, Korea, India dan USA.
Perlu diingatkan, penerbangan perlu
dibuat sebelum 2 Mac 2021, tempahan perlu dilakukan dari 29 Februari 2020
sehingga 16 Februari 2021 dan tempahan perlu dilakukan 14 hari sebelum tarikh
bertolak.
Cara menggunakakan Pas Tanpa Had AirAsia :
#1. Lawati www.airasia.com/deals
atau cari bahagian ‘Deals’ di Aplikasi AirAsia
#2. Log in menggunakan akaun BIG MEMBER
#3. Klik ke bahagian ‘My Purchases’ dan cari AirAsia
Unlimited Pass
#4. Klik APPLY NOW untuk menggunakan kod promo unik dan ia
akan membawa ke laman tempahan.
#5. Cari penerbangan yang anda inginkan dan pastikan ia
bertanda ‘AirAsia Unlimited Pass’
#6. Buat Pembayaran
#7. Tunggu tarikh penerbangan
0 Comments