Advertisement

Itinerary 4H3M Palembang, Indonesia

Palembang merupakan kota kedua terbesar di Sumatra dan dari sudut pelancongan, ia mempunyai lebih dari 70 buah destinasi pelancongan dan ia merangkumi destinasi berasaskan alam sekitar, sejarah dan budaya dan destinasi keagamaan.



Februari tahun ini, kira-kira beberapa minggu sebelum pintu masuk antarabangsa ditutup, aku sempat ke Palembang. Kalau nak diikutkan, nama Palembang ini aku dengar - dengar dalam cerita hikayat dulu - dulu selain ada kaitan rapat dengan Parameswara. 

Pasal sisi sejarah Parameswara ni nanti dululah...

Tapi memang tak dapat dinafikan yang Palembang ini merupakan sebuah negeri yang kaya dan terkenal dengan sejarah. Pernah menjadi ibu kota kerajaan Sriwijaya suatu masa dahulu, Palembang merupakan kota paling tua yang ada di Indonesia iaitu berasal dari abad ke-7.


Secara geografi, boleh dikatakan yang Pelembang ini dipisahkan oleh Sungai Musi kepada dua bahagian iaitu Seberang Ulu dan Seberang Ilir. Seberang Ulu merupakan kawasan perumahan dan beberapa bangunan kerajaan manakala Seberang Ilir menempatkan bangunan komersil serta pusat sejarah Palembang.

Nak dijadikan cerita, aku diundang oleh Tourism Palembang untuk kesana selama 4 hari 3 malam. Secara rumusannya, memang untuk melawat ke tempat - tempat menarik di Palembang. 



Perjalanan disana, aku menggunakan bas khas. Tapi kalau korang nak bercuti kesana, GRAB atau GOCAR ada. Senang. 

Lebih kurang, inilah dia Itinerary Travel 4H3M Ke Palembang, Indonesia. 

Hari Pertama

Kuala Lumpur - Palembang

10 Pagi - Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Badaruddin II


Naik LRT dari Stesen LRT Bandara SMBII menuju ke LRT Bumi Sriwijaya.
LRT dekat sini harga dia rata, kalau anda bermula atau menuju ke LRT Bandara, harganya Rp.10,000. Kalau selain itu, Rp.5,000.



Naik bas catar menuju ke Hotel Emilia by AMAZING dan berehat sebentar. Hotel ini menjadi penginapan aku untuk 3 malam disini. Untuk review penuh hotel, korang boleh baca di sini [REVIEW] : Emilia Hotel by Amazing Palembang 


2pm – Makan Tengah Hari di Restoran Kapal Selam yang terletak di Jalan Angkatan 45, Demang Lebar Daun.



Restoran Kapal Selam ini menyajikan makanan asli kuliner padang dan salah satu menu ‘wajib’ cuba disini adalah Pempek yang merupakan makanan khas Palembang. Ia diperbuat dari daging ikan dan tepung kanji. Masa disini, kami dihidangkan dengan pelbagai jenis Pempek dan Nasi Assegaf.



3.30pm – Menuju ke Lamonde Palembang.
Lamonde ini merupakan pusat jualan oleh – oleh yang berbentuk makanan dan yang perlu anda cuba disini ialah kueh manis mereka atau biasa kita panggil kek.

5.00pm – Pulang ke Hotel untuk berehat. Kalau nak habiskan masa, boleh pusing – pusing sekitar Palembang tau.

7.00pm – Makan malam di Kedai 3 Nyonya.



9.00pm – Pulang ke Hotel dan rehat.


Hari Ke-2

7.30 a.m -  Musi River Tour. Menyusuri sungai Musi menaiki bot sehingga jeti Batu Ampar. 



Kemudian melawat makam bermula dengan Makam Sabokingking, Makam Ki Gede Ing Suro dan Kawah Terkurep.



Ketiga – tiga ini merupakan kompleks makam yang menyimpan pelbagai cerita bersangkutan dengan sejarah Palembang yang dahulunya terkenal dengan nama Palembang Darul Salam.



10 a.m – Menaiki bot untuk ke perkampungan arab Al- Munawar



11 a.m – Makan tengah hari di Warung Pindang Mbok War



Warung ini uniknya merupakan sebuah warung terapung dan terletak di Sungai Musi.

12 p.m – Melawat Kampung Kapitan



Kampung Kapitan merupakan kampung yang majoritinya dihuni oleh warga Tionghua dan didirikan pada tahun 1644.

2 p.m – Melawat Masjid Cheng Ho



Masjid Cheng Ho di Palembang ada ceritanya tersendiri iaitu ianya dibina bagi menandakan kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Palembang yang membawa ratusan mualaf bagi mengembangkan ajaran Islam.

3 p.m – Pulang Ke Hotel untuk Rehat.

6 p.m – Makan Malam di Martabak Har

9 p.m – Menuju Pesta Chap Go Meh @ Pulau Kemaro

Pulau Kemaro ini merupakan salah satu destinasi pelancongan di Palembang. Ia juga seperti destinasi lain memegang sejarah Palembang iaitu sebagai sebuah Pulau yang mempunyai peninggalan sejarah seperti Pagoda 9 Tingkat dan juga makam putri Palembang.


Hari Ke-3

9 a.m – Lawatan Ke Al Quran Al Akbar



Ini merupakan ikon pelancongan Palembang. Disini menempatkan ukiran kayu Al-Quran yang terbesar di dunia.

11 a.m – Rumah Limas Demang

Rumah Limas merupakan rumah tradisional Palembang dan ia mempunyai ciri binaan yang unik dan pada abad ke-19, rumah Limas ini dipunyai oleh para bangsawan.

Disini, anda juga boleh mengenakan pakaian adat palembang untuk kenang - kenangan.

1 p.m – Muzium Bala Putra Dewa



Menarik di muzium ini adalah ia mempunyai Rumah Limas asli yang terdapat dalam wang kertas bernilai Rp10,000 dan mempunyai banyak koleksi kraf dan artifak tradisional yang ditemui di Sumatra Selatan dari zaman pra-sejarah sehinggalah penjajahan Belanda.

3 p.m – Melawat Lawang Borotan

8 p.m – Dinner di Lenggok

10 p.m – Pasar Duren Kuto

Hari Ke-4

Terbang ke Kuala Lumpur

---

Itinerary diatas adalah contoh yang boleh dijadikan guideline ketika mahu bercuti ke Palembang. Untuk nota, aku mengikuti FAMTrip yang dianjurkan oleh Tourism Palembang. 

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Tourism Palembang atas jemputan ke acara FAMTrip Musi & Beyond, Oriental Season Palembang 2020

Follow Akaun Rasmi Dinas Pariwisata Palembang Di : Website | Facebook | Instagram 


Post a Comment

0 Comments