Advertisement

6 Destinasi Solo Travel Terbaik Di Dunia Tahun 2023

Travel solo ni memang kurang renyahnya daripada travel ramai-ramai, salah satu sebab kenapa aku suka untuk travel solo ialah aku tak terikat dengan jadual siapa-siapa dan boleh pilih destinasi solo travel yang terbaik yang ada. 

Kalau korang tanya aku, best ke solo travel ni? Pada aku ianya best kalau kau nak 'healing' atau kau memang ada minat kau tersendiri. Tapi, korang perlu ingat jugak, ada beberapa yang tak best pasal solo travel dan aku pernah kongsikan dulu dekat entri ni : Solo Travel : Perkara - Perkara Yang Tak Best Pasal Travel Seorang

2022 pun dah nak hampir tinggalkan kita, jadi aku rasa elok kalau aku sharekan destinasi solo travel terbaik di dunia untuk korang yang nak plan trip solo travel korang tahun depan. Kalau taknak travel solo pun, destinasi yang aku nak share ni pun boleh je nak pegi beramai-ramai. 

6 Destinasi Solo Terbaik Di Asia 2023

#1. Singapura

Kalau korang suka destinasi 'bandar', Singapura adalah yang paling dekat dan pada aku paling senang korang nak masuk dan tak ada masalah dari segi bahasa.

Kalau pasal penginapan, aku memang suka Backpackers je, dan salah satu yang best korang boleh try iStay Inn Singapore, harga RM186 untuk dua malam dekat area Chinatown.  
 

#2. Korea Selatan

Korea ni memang toksah cerita lah, ramai atau banyak website yang akan senaraikan Korea sebagai destinasi solo travel yang terbaik. Kalau dari segi destinasi tepat, ramai yang sarankan ke Seoul. 

Kalau penginapan, korang boleh stay dekat Hostel Korea (호스텔코리아 오리지널), dia ni dekat dengan stesen Sinseoul-dong dan tarikan terdekat adalah Dongdaemun Market. Harga untuk 2 malam sekitar RM76 untuk seorang.

#3. Maldives

Sumber : Maldives Magazine

Sebut pasal Maldives, mesti ramai yang ingat lokasi ni sesuai untuk couple, honeymoon je kan? Sebenarnya dia pun sangat sesuai kalau korang nak pegi tenangkan fikiran.

Ada ke hotel murah dekat Maldives? Kalau korang bayangkan yang villa atas air semua tu, memang takkan dapat lah, tapi kalau nakkan suasana, korang boleh stay dekat Dhiffushi island, nama dia Bilbee Maldives, RM278 untuk dua malam.

Transport ke Pulau Dhiffushi? Korang ada 3 pilihan:

1. SPEEDBOAT PERSENDIRIAN (PALING MAHAL + TERPANTAS + PERSENDIRIAN)
Pemindahan bot laju peribadi dari Lapangan Terbang Malé berharga AS$300 untuk perjalanan sehala, tapi, korang boleh ikut timing korang sendiri. 

2. DHIFFUSHI SPEEDBOAT
Bot Laju Ekspres Mee Altec ialah pilihan paling popular untuk melancong ke Dhiffushi dan merupakan perjalanan sehala selama 45 minit, berharga AS$35 sehala untuk seorang. 

Bot laju berlepas dari sama ada:

Malé: Jeti nombor 7 – di luar Bank of Maldives / Bank of Ceylon. 

Setiap hari 11:30 pagi, 4:30 petang & 10:30 malam. 
umaat 8:30 pagi & 10:30 malam.

Lapangan Terbang: Bertolak dari hujung jeti lapangan terbang, bersebelahan pondok merokok beratap jerami (berhampiran Burger King / lintasan pejalan kaki) 10 minit selepas waktu Malé di atas.

Untuk kembali ke Malé / Lapangan Terbang, Mee Altec Express berlepas dari:

Pelabuhan Pulau Dhiffushi: Setiap hari pada 7:30 pagi, 1:30 tengah hari dan 5:45 petang. 
Pada hari Jumaat pada pukul 7 pagi dan 5:45 petang


3. FERI TEMPATAN (PALING MURAH + PALING LAMBAT)

Untuk pengembara dengan bajet rendah, feri tempatan beroperasi dari Malé ke Pulau Dhiffushi hampir setiap hari (kecuali Jumaat dan Isnin). 

Feri akan berhenti di 3 pulau lain dalam kawasan itu, dengan Dhiffushi menjadi perhentian keempat dan terakhir. Perjalanan adalah selama 3 jam dan 15 minit, sehala dan kos sekitar AS$2.

Feri bertolak dari Terminal Feri Villingili di Malé. 

Untuk ke Terminal Feri Villingilli, ambil teksi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Velana ke Malé dengan harga sekitar 75MVR ($4). 

Semasa ketibaan, beli tiket anda untuk Feri Wilayah Atol Kaafu (feri ke Dhiffushi) dari kaunter feri.

DARIPADA MALÉ:

Sabtu, Ahad, Sel, Rab, Khamis: Bertolak dari Malé 14.30pm

KE MALÉ:

Sabtu, Ahad, Sel, Rab, Khamis: Bertolak 6.30 pagi
 

#4. Thailand

Selain Indonesia, Thailand merupakan salah sebuah destinasi yang ramai suka nak pegi sebab senang dan murah dari segi penerbangan, penginapan dan makanan halal yang senang nak cari.

Kalau korang peminat sejarah, kebudayaan ataupun nature, destinasi yang sedang meningkat naik adalah Kachanaburi, dua jam setengah perjalanan dari Bangkok.

Setakat tarikan semula jadi, anda akan dilayan dengan air terjun yang menjulang tinggi, gua batu kapur yang tersembunyi, denai kembara yang menghijau dan banyak hidupan liar asli. Taman Negara Erawan di wilayah yang lebih besar juga patut dikunjungi.

#5. Cambodia


Masa trip ke Cambodia dulu, memang pening kepala nak tukar duit sebab dekat area KL/ Selangor memang jarang dan susah nak jumpa. Jadi solution dia, korang tukar ke USD sebab dekat sana memang gunakan USD dan matawang Khmer tu.

Jadi, tukar ke USD, kemudian sampai di airport sana, tukar separuh ke Khmer, korang akan perlukan untuk beli barang-barang dekat kedai kecik dan sebagainya.

Pastikan tanya harga barangan dalam harga Khmer dulu, baru tanya berapa USD, kalau tak memang dia akan tekan korang sebab diorang tak fasih sangat bahasa Inggeris.

Kalau destinasi yang best, aku cadangkan korang sama ada korang pegi Phnom Penh, boleh tengok itenerary atau destinasi menarik di Phnom Penh dekat sini.

Selain Phnom Penh, aku sarankan korang ke Siem Reap yang ada banyak monumen sejarah termasuklah Angkor Wat. 
 

#6. Indonesia

Cerita pasal Indonesia ni, aku rasa ramai tahu yang ianya antara destinasi yang sangat berbaloi, murah dan mudah untuk dapatkan makanan halal disebabkan faktor negaranya yang seakan-akan negara kita.

Dari segi destinasi, kalau korang nak explore pasal kebudayaan atau nature, pergi sama ada Bali atau Yogyakarta (Jogja).

Kraton Ratu Boko, Yogyakarta

 
Kalau tak pun, korang gerak je ke Jakarta, dekat sana destinasi agak menarik jugak. Cuma last aku kesana, aku tak banyak explore sangat. Jadi tak boleh nak cerita pasal tempat menarik.

Tapi kalau Bali atau Jogjakarta, ada aku kongsikan dekat sini, tak lupa juga destinasi 'rare' macam Padang, Danau Toba atau Palembang.


Destinasi lain untuk travel solo ada tak? 

Kalau korang nak mencari destinasi lain selain yang aku senaraikan tu, ada je... Contohnya Vietnam, Brunei ataupun Hong Kong.

Dan, sebenarnya best jugak kalau korang nak play tourist dalam Malaysia. Tak payah cari hotel mahal, korang amik satu malam, korang explore je dekat-dekat, contoh destinasi yang menarik untuk di explore mengikut aku, korang boleh ke Ipoh, Kuching, atau Kota Kinabalu.



Kalau Kota Kinabalu tu, sehari korang pusing area bandar tu, sehari korang cuba lah masuk pulau, ada beberapa pulau berdekatan yang korang boleh sampai dari KK.  

Lain pada tu, korang mungkin nak pusing Langkawi ke, sewa motor dan korang explorelah Pulau Langkawi tu, macam-macam tempat menarik ada. Air Terjun Temurun ke, SkyTrek ke, atau just pegi untuk lepak tepi Pantai Cenang pun dah best dah. 

Post a Comment

0 Comments