Perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital,Yoodoo baru-baru ini mengumumkan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ untuk memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun.
Kempen yang dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200.
Hadiah-hadiah yang ditawarkan termasuklah :
- Item dalam permainan serta Kod UC PUBG MOBILE
- Langganan percuma selama setahun kepada Majoriti
- 2H1M ‘staycation’
- E-baucar Grab
- Kad e-hadiah Starbucks
- E-baucar Petronas
- ‘Diamond’ Mobile Legends Bang Bang
- E-baucar beli-belah Lazada
dan banyak lagi!
Paling best, para peserta juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama yang menarik seperti iPhone 14 Plus terbaharu (bernilai RM5,000), peranti Samsung (bernilai RM800), dan kelengkapan permainan video (bernilai RM600), menerusi cabutan bertuah istimewa yang diadakan secara maya pada setiap bulan.
MACAM MANA NAK SERTAI?
Korang hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo korang dan dijamin akan membawa pulang satu hadiah!
Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka.
Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan mereka di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin.
0 Comments