Advertisement

Trick Untuk Tidur Di Airport Dengan Selesa


Perjalanan udara kadang-kadang memerlukan kita untuk tidur di lapangan terbang atau airport untuk menyambungkan penerbangan berikutnya atau untuk korang yang risau terlepas flight awal pagi.

Namun, tidur di lapangan terbang seringkali membawa pengalaman yang tak best. Tidur di kerusi keras, bising pengumuman penerbangan dan cahaya terang di sekeliling dapat mengganggu tidur korang.

Ini ada beberapa tips yang korang boleh try untuk dapatkan pengalaman tidur di lapangan terbang menjadi lebih selesa. 


Cari Ruang Tidur

Banyak lapangan terbang sekarang menawarkan kemudahan ruang tidur yang selesa. Ada juga lapangan terbang yang menawarkan ruangan tidur atau rehat dengan sedikit bayaran. Namun, jika korang ingin tidur dengan selesa, ini mungkin menjadi pilihan terbaik. 

Pastikan jugak membaca review yang ada dari pengguna lain sebelum memilih satu-satu tempat nak tidur dekat airport tu. 


Pilih Kerusi Dengan Baik


Jika korang memutuskan untuk tidur di kerusi, pastikan korang pilih kerusi yang selesa. Cari kerusi dengan bahagian sandaran yang dapat disandarkan untuk membantu korang tidur dengan lebih baik.

Jangan lupa untuk membawa bantal travel dan selimut agar anda dapat tidur dengan lebih nyenyak. Aku dulu agak tak skeptikal dekat orang yang bawak bantal travel ni, tapi bila aku cuba sendiri, aku tak pernah tinggal dah bantal travel. Memang selesa, boleh guna dalam flight, dalam grab dan mana-mana lah yang korang nak berehat. 

Kalau selimut tu, aku gantikan dengan sweater. Cuma, setakat KLIA atau KLIA 2 tu, biasanya tak sejuk sangat pun. 


Gunakan Ear Plugs

Pengumuman penerbangan dan suara-suara bising lainnya dapat mengganggu tidur anda. Ear plugs  adalah pilihan terbaik untuk korang tidur dengan lebih selesa. 

Boleh beli dekat farmasi atau kedai-kedai serbaneka yang ada dekat airport tu biasanya diorang ada jual. Tapi kalau korang malas, guna je earphone korang tu. 

Earphone yang jenis 'in-ear' biasanya boleh hilangkan bunyi bising luaran, cuma tak perlu la korang on kan atau mainkan apa-apa muzik. Fungsi dua dalam satu gitu! Kalau nak tengok video ke apa ke setidaknya tak mengganggu orang lain. 


Bersiap Dulu Sebelum Tidur

Sebelum anda tidur di lapangan terbang, pastikan anda sudah bersiap. Maksudnya, kalau korang nak tunggu flight seterusnya  (ini kalau ada stop di mana-mana airport) atau korang sampai malam sebelum berlepas, pastikan korang bersiap dulu sebelum tidur. 

Setidaknya, kalau terlajak, korang dah siap. Tapi ramai yang bersetuju kalau korang tidur dalam keadaan yang bersih (selepas mandi), badan akan jadi lebih segar dan tidur korang confirm lagi best. Tak lah berlengas sangat kan! 


Bawa Barang Penting



Ha, ini point yang sangat penting! Pastikan barang-barang berharga sentiasa dalam jagaan korang. Jangan korang tidur di tempat lain, barang-barang berharga mahupun beg korang di tempat lain. Kalau aku, aku gunakan beg tu sebagai bantal, atau aku akan peluk.  

Paling tidak pun aku akan pastikan beg tu ada dekat kaki aku dan barang berharga macam wallet, phone, passport dan sebagainya memang aku akan letakkan dalam satu lagi beg berasingan yang boleh aku peluk atau jenis crossbody. 

Akhir sekali, tidur di airport mungkin tidak selesa bagi sesetengah orang, tetapi dengan beberapa tips ini, harapnya korang akan dapatkan rehat atau tidur yang lebih baik. 

Jangan lupa, cari ruang tidur yang selamat, selesa dan sunyi. Gunakan bantal travel dan earphone supaya tak diganggu dengan pengumuman dan sebagainya dan paling penting, jaga barang-barang peribadi  dengan elok. 

Selamat mencuba! 

Post a Comment

0 Comments