Advertisement

Cara Berkesan Hilangkan Kutu Kucing Di Rumah: 5 Tips yang Mudah Dikuti


Untuk para ibu dan bapa anak bulus, pastinya ada satu masa korang akan berdepan dengan 'musuh' utama korang iaitu kutu pada kucing! 

Kutu kucing adalah serangga yang tidak diingini di rumah. Mereka menggigit dan mengisap darah kucing korang, dan juga boleh mengganggu keselesaan dan kesihatan kucing korang. Lebih-lebih lagi, jika kutu ini terus dibiarkan berkembang biak di rumah, ia boleh merebak ke seluruh rumah dan menjadi masalah yang lebih besar.

Namun, jangan risau! Di sini terdapat 5 petua mudah yang boleh membantu korang berkesan hilangkan kutu kucing di rumah korang.

  1. Bersihkan Tempat Tinggal Kucing

Langkah pertama dalam memerangi kutu kucing adalah memastikan tempat tinggal kucing korang bersih.

Sekali sekala, baruh kain alas atau tempat tidur kucing korang dengan air panas. Basuhkan juga bahagian bawah cage dengan sabun serta air panas jugak tau!



  1. Periksa Kucing Korang Secara Berkala

Pastikan korang memeriksa kucing korang secara berkala untuk kutu dan tanda-tanda lain terutamanya kalau kucing korang jenis suka keluar.

Kalau terjumpa kutu pada kucing korang, segera berikan rawatan untuk kutu kucing seperti syampu anti-kutu kucing atau ubat spot-on untuk mencegah merebaknya kutu ke seluruh badan kucing.

Pastikan korang memotong kuku kucing korang terlebih dahulu sebelum melakukan rawatan.

  1. Gunakan Produk Tidak Beracun


Produk kimia seperti racun dan semburan anti-serangga boleh membahayakan kucing korang. Oleh itu, pastikan korang memilih produk yang tidak beracun untuk merawat kutu kucing.

Banyak produk semulajadi seperti minyak kelapa, cuka sari epal, atau daun pudina boleh membantu menghalau kutu kucing dari rumah korang.

  1. Gunakan Perangkap Kutu Kucing

Perangkap kutu kucing boleh membantu menangkap kutu di rumah korang. Korang boleh membeli perangkap kutu kucing yang komersial, atau buat perangkap kutu kucing dengan cara sendiri. Cukup letakkan cawan yang berisi sabun dan air di bawah lampu yang terang. Kutu kucing akan tertarik kepada cahaya dan terperangkap di dalam cawan.

  1. Jangan Lupa Mengekalkan Gaya Hidup Bersih

Langkah pencegahan terbaik untuk mengelakkan kutu kucing adalah dengan menjaga kebersihan rumah dan mengelakkan perkara yang boleh menarik kutu.

Kalau benarkan kucing main di dalam rumah, pastikan selang seminggu lakukan pembersihanseperti menyapu atau mengemop lantai. Kalau ada karpet, perlu divakum dan cuba cari penyembur anti-kutu di mana-mana kedai atau secara online.

Post a Comment

0 Comments