Advertisement

Tips Pilih Waktu Penerbangan Terbaik

Airplane in KLIA


Sebut sahaja berkenaan waktu penerbangan, pastinya setiap orang mempunyai pilihan dan alasan tersendiri untuk memilih waktu-waktu tertentu.

Untuk yang mementingkan keselesaan penerbangan atau pengalaman percutian yang terbaik, korang boleh kurangkan perkara-perkara yang akan membuatkan percutian korang tu 'rosak' disebabkan perkara seperti kelewatan pesawat, bilik penuh, over booked dan sebagainya. 

Menurut perkongsian pakar travel, salah satu cara untuk menikmati percutian yang terbaik adalah dengan melakukan perancangan yang rapi terutama berkenaan tarikh dan waktu penerbangan. 

Perkongsian pakar-pakar yang dikumpulkan oleh Huffpost ini kongsikan waktu atau masa penerbangan terbaik untuk penumpang dari segi kos, kemudahan penumpang, keselesaan dan juga pembatalan penerbangan, menariknya, keempat-empat panel memberikan jawapan yang hampir sama. 

#1. Waktu Terbaik Untuk Kurangkan Risiko Kelewatan atau Pembatalan



KLIA 2 Departure  Board


Menurut Phil Dengler, waktu terbaik untuk kurangkan risiko pesawat delay atau penerbangan tersebut dibatalkan adalah pada waktu pagi. 

Menurut pengalaman aku sendiri menaiki penerbangan awal pagi, biasanya pesawat ini dah ada di pintu pelepasan dan agak jarang berlaku kelewatan mahupun pembatalan. 

Selain itu, sekiranya penerbangan awal pagi ni dibatalkan atau terlewat, setidaknya korang ada banyak masa untuk mendapatkan penerbangan lain yang berlepas pada hari yang sama dan sebagainya. 

Perkongsian Huffpost tersebut juga mendedahkan, penerbangan pada waktu lain akan bergantung kepada kru mahupun pesawat daripada pernerbangan sebelumnya. Jadi, jika berlaku kelewatan pada penerbangan sebelum, pastinya penerbangan korang juga akan alami kelewatan. 

Disarankan korang cari penerbangan yang paling lewat berlepas pada jam 12 tengah hari atau 11 pagi, kalau penerbangan selepas waktu tersebut, biasanya akan lebih mahal, susah nak dapatkan penerbangan back-up dan sebagainya. 

#2. Waktu Terbaik Untuk Dapatkan Penerbangan Murah

Perkongsian Huffpost tersebut juga dedahkan penerbangan sebelum jam 8 atau 9 pagi biasanya akan lebih murah daripada waktu-waktu lain disebabkan faktor permintaan. 

Man waiting for taxi at a stop


Biasanya tak ramai yang sanggup untuk bangun awal pagi dan pernerbangan awal pagi juga boleh menjimatkan kos perjalanan ke lapangan terbang dan lebih mudah untuk mendapatkan pengangkutan macam Grab dan sebagainya disebabkan ianya diluar waktu puncak. 

Selain faktor pengangkutan, parkir di airport (sekiranya korang drive sendiri) jugak mudah untuk didapati berbanding penerbangan yang agak lewat. 

#3. Waktu Terbaik Untuk Pengalaman Penerbangan Yang Berpatutan

Menurut kajian, penerbangan pada awal pagi juga akan menjanjikan pengalaman penerbangan yang lebih selesa selain kebiasaannya cuaca pada sebelah petang atau ribut berlaku sebelah petang. 

Selain itu, turbulance juga dikatakan kurang berlaku pada awal pagi.

Macam aku cakap pada awal tadi, pesawat yang digunakan untuk penerbangan pagi biasanya tiba pada malam sebelumnya, jadi kru ada banyak masa untuk memebersihkan pesawat berbanding penerbangan pada waktu lain. 

Kuncinya disini, cari penerbangan pertama! 

#4. Waktu Pagi Adalah Terbaik Dari Segi Kemudahan Penumpang

Sebut pasal kemudahan ini, ianya bergantung pada setiap orang. Ada yang lebih suka untuk keluar pada waktu pagi dan ada yang susah bangun dan sebagainya. 

Sebagai contoh, ada yang suka tiba di destinasi kurang lebih satu  jam sebelum waktu check-in di hotel yang biasanya pada pukul 2 atau 3 petang. Jadi, kalau ambil penerbangan yang terlalu awal pun, ia akan memenatkan. 

Riding on a motorcycle in Bali

Cuma kalau aku, aku pun suka ambil penerbangan yang paling awal, dan aku akan explore bandar atau destinasi yang aku nak pegi tu. Biasanya dalam flight, kita akan dapatkan rehat yang secukupnya, jadi tak ada isu lemau dan sebagainya. 

Selain itu, tempat penginapan baik hostel mahupun hotel biasanya akan membenarkan tetamu diorang meninggalkan bagasi sebelum waktu check-in, jadi manfaatkan kemudahan itu sepenuhnya. Cuma, suka aku ingatkan, jangan tinggalkan barangan berharga dan penting lah. 


Post a Comment

0 Comments