Advertisement

Masalah Kemurungan & Anxiety Penduduk KL Paling Tinggi?


Menurut satu laporan oleh MalaysiaKini baru-baru ini, penduduk di Kuala Lumpur dan Putrajaya (Wilayah Persekutuan) adalah yang paling ramai alami masalah kemurungan dan anxiety atau kebimbangan melampau oleh sebab beberapa faktor. 

Laporan MalaysiaKini tersebut turut mendedahkan salah satu faktor yang menyebabkan anxiety dalam kalangan penduduk Wilayah Persekutuan termasuklah kos sara hidup yang tinggi.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang merasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga. Selain itu, ia juga akan menyebabkan seseorang itu cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian dan ianya akan berlarutan dalam tempoh paling tidak 2 minggu. 

Statistik jumlah saringan ujian kemurungan malaysia 2022
Sumber : MalaysiaKini


Berdasarkan saringan yang dijalankan pada tahun 2022, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata antara faktor yang turut menyumbang kepada kemurungan itu adalah tekanan daripada ibu bapa serta masalah perhubungan dengan rakan sebaya. 

Perkara tersebut dijawab oleh Menteri Kesihatan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat dan dalam masaa yang sama, pihak KKm telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi perkara tersebut terutamanya kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada kanak-kanak remaja, golongan muda dan warga emas. 

Kalau nak diikutkan laporan tersebut, kebanyakkan masalah mental yang dialami oleh golongan muda ini dipengaruhi faktor sosial macam masalah kewangan, masalah perhubungan, buli, tingkah laku berisiko, penyalahgunaan substans, rasa rendah diri dan jangkaan yang tinggi terhadap diri sendiri.

Women holding head Sitting in Front of Macbook


Untuk menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan golongan muda, Dr Zaliha berkata KKM telah melaksanakan inisiatif seperti perkhidmatan kesihatan mental di 1,161 klinik kesihatan, 58 hospital, 34 pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI), serta empat institusi mental meliputi aspek promosi, pencegahan, pengesanan awal dan rehabilitasi.
 
Lakukan UJIAN SARINGAN STRES, KEBIMBANGAN DAN KEMURUNGAN (DASS) bagi ketahui status kesihatan mental anda samada anda stress, bimbang, atau kemurungan. 

Perlu diingatkan, ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.

Post a Comment

0 Comments