Advertisement

Awas! Ini 6 Lokasi Yang Tak Benarkan Gambar Diambil Dan Sebabnya

Taj mahal photo

Sebut pasal travel, pastinya salah satu elemen adalah fotografi atau bahasa mudahnya ambil gambar! 

Sesiapa yang suka mengambil gambar, kena berhati-hati sebab ada beberapa lokasi di dunia ini yang tak boleh ambil gambar tau! Bukan saja tak mematuhi undang-undang, tapi juga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri. 

Dalam artikel ni, aku nak kongsikan 6 tempat yang diorang tak benarkan gambar diambil dan sebab-sebab mengapa tak boleh ambil gambar kat situ. Jangan risau, semua ni supaya korang boleh elakkan masalah. So, baca terus artikel ni ya! Dengan cara ni, korang boleh dapatkan info dan buat lawatan korang jadi lebih selamat dan tenang.

6 Lokasi Yang Tak Benarkan Gambar Diambil

1. Paris, Perancis

Terkejut kan? Destinasi pelancongan popular tak benarkan gambar diambil. Lebih tepat, sebenarnya gambar Eiffel Tower ketika ianya 'berlampu' adalah tidak dibenarkan sama sekali! 

Kalau korang perasan, ada beberapa versi gambar Eiffel Tower di internet, ada waktu siang dan ramai juga yang kongsikan gambar menara ikonik tersebut pada waktu malam. Malangnya, perbuatan mengambil gambar atau merakam video  menara tersebut menyala adalah salah! 

View of the Eiffel Tower

Menurut penjelasan, nyalaan lampu yang akan dipasang sehingga kira-kira jam 1 pagi * tersebut adalah 'karya seni' dan menurut Undang-undang hak cipta Eropah menyatakan bahawa hanya gambar Menara Eiffel yang dibenarkan dan foto itu tidak boleh diedarkan, termasuk di media sosial.

Pelik kan? Sebab kalau korang search 'Eiffel Tower at Night' di Google, ada lebih 24 juta gambar menara tersebut pada waktu malam dikongsikan. 

*Update September 2022 - Lampu terakhir akan dinyalakan pada 11.45 malam


2. London, United  Kingdom

Tower of London view from Thames river

Sama macam di Paris tadi, cuma bukanlah keseluruhan London tu yang tak boleh gambar diambil tetapi undang-undang ini hanya terpakai sekiranya korang melawat Tower of London, 

Kalau korang berminat tentang tempat bersejarah, Tower of London ni pastinya menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi sekiranya korang travel ke London dan ianya dilindungi sebagai sebuah tapak warisan dunia UNESCO dan merupakan 'rumah' kepada beberapa artifak dan permata berharga termasuk Crown Jewels United Kingdom.

Crown jewels United Kingdom

Dengan lebih daripada 100 kamera litar tertutup, pastinya nak 'curi-curi' ambil gambar pun sukar dan mengambil gambar atau video permata diraja adalah dilarang sama sekali dan pengawal diberi kuasa untuk campur tangan jika ada yang ditangkap cuba mengambil gambar permata tersebut.

Alasannya, gambar-gambar yang diambil ini nanti bakal mendedahkan kelemahan sistem keselamatan dan bakal digunakan oleh penjenayah untuk mencari kelemahan tempat ini. 


3. UAE

UAE City Skyline buildings

Para pelawat atau pelancong ke United Arab Emirates atau UAE ini perlu berhati-hati dengan gambar yang diambil dan peka dengan persekitaran atau bangunan apa yang korang ambil gambar tersebut. 

Sebabnya, adalah menjadi kesalahan di UAE sekiranya gambar lokasi ketenteraan,istana dan juga bangunan kerajaan diambil. 

Selain itu, ada juga syarat dimana orang awam perlu memberi kebenaran sebelum gambar mereka diambil di tempat awam (street photography) dan gambar yang diambil tersebut juga tidak boleh disebarkan ke mana-mana tanpa kebenaran. 

Kalau ikutkan, apa yang aku tahu ini adalah unwritten rules atau etika dalam street photography yang mana korang sepatutnya meminta kebenaran sebelum mengambil gambar sesiapa di jalanan dan ada beberapa negara yang korang tak dibenarkan mengambil gambar tanpa kebenaran seperti di Brazil, Sepanyol dan banyak lagi yang korang boleh baca di sini : Consent required for action related to a picture of a person in a public place.

Jangan korang tak tahu, lapangan terbang UAE pun sebenarnya ada undang-undang yang ketat pasal fotografi ni. Sekiranya berdegil, silap-silap boleh dipenjarakan atau didenda disebabkan mengambil gambar sahaja! 


4. Vatican City

Vatican City adalah negara terkecil di dunia yang terletak di dalam kota Roma, Itali dan ianya merupakan 'Rumah rasmi' pope yang menerima berjuta-juta pelawat setiap tahun. 

Destinasi yang sering dikunjungi pastinya Sistine Chapel, yang mana ianya merupakan tempat suci (gereja) dan rumah kepada beberapa karya seni yang paling indah di dunia dan pastinya ia terkenal dengan lukisan  siling yang indah yang dilukis oleh artis Itali terkenal Michelangelo.

Michaelangelo famous painting Sistine Chapel

Pelancong yang melawat gereja itu dikehendaki mematuhi beberapa peraturan, seperti menutup bahu kosong mereka, memakai seluar panjang atau skirt dan tiada gambar atau video boleh diambil di dalam Sistine Chapel seperti yang tertera di laman web mereka.   

Pun begitu, gambar untuk kegunaan sendiri di kawasan lain di Muzium Vatikan tersebut adalah dibenarkan tanpa penggunaan flash, tripod, dron dan sebagainya.

Penggunaan telefon  di dalam muzium ini juga sebenarnya tidak digalakkan dan pengunjung perlu mengaktifkan mod silent manakala di dalam Sisten Chapel, penggunaan telefon memang tidak dibenarkan.

Pengawal diberi kuasa untuk delete gambar yang diambil ye sekiranya kantoi. 


5. Korea Utara

Kumsusan Palace Pyongyang

Dalam senarai ni, mungkin undang-undang tak benarkan fotografi ni tak pelik di Korea Utara disebabkan negara ini memang ada pelbagai undang-undang yang ketat baik untuk rakyat sendiri mahupun pelawat atau pelancong.  

Salah satunya adalah larangan mengambil gambar lah! Contohnya, sekiranya korang mengambil gambar apa-apa monumen yang didirikan bagi menghormati pemimpin Korea Utara tidak boleh memotong mana-mana bahagian badan mereka kerana ia adalah tanda tidak hormat.

Syarat paling ketat pastinya di Kumsusan Palace juga dikenali sebagai Istana Memorial Kumsusan, adalah sebuah makam besar yang terletak di Pyongyang, ibu kota Korea Utara yang juga merupakan kediaman rasmi bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, dan kini berfungsi sebagai tempat berehat terakhirnya. 

Istana ini adalah kompleks besar yang meliputi kawasan seluas lebih 150,000 meter persegi dan mengandungi beberapa bangunan, termasuk muzium dan perpustakaan. Istana ini dikawal ketat, dan pelawat dikehendaki mematuhi peraturan dan peraturan yang ketat, termasuk memakai pakaian yang sesuai dan tunduk hormat kepada bekas pemimpin.

Difahamkan, tempat ini dibuka untuk orang awam pada Khamis dan Ahad pagi sahaja dan ia akan ditutup pada bulan Mei hingga Julai setiap tahun bagi tujuan baik pulih. 


6. Taj Mahal, India

Walaupun kawasan luar Taj Mahal ini telah digambarkan lebih jutaan orang baik golongan profesional mahupun awam, perasan tak, gambar rupa bentuk dalaman binaan ikonik ni sangat terhad. 

Kalau ada pun, hanyalah gambar daripada Times of India pada tahun 2018. 

Menurut laman web Taj Mahal, memang tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam monumen ini selain beberapa lagi perkara yang turut tidak dibenarkan seperti memegang dinding, tidak dibenarkan berbuat bising selain telefon juga perlu dimatikan atau perlu disilentkan. 

Taj Mahal Interior photo

Selain itu, penggunaan dron di kompleks tersebut juga adalah dilarang! 

Bila dah ada syarat atau undang-undang, kita kena hormatlah dasar-dasar pengurusan tempat tu, terutamanya kalau ianya adalah tempat yang ada nilai sejarah, cantik atau berharga untuk dijaga dan diwarisi pada masa akan datang. 

Selalunya sebelum kita nak pegi mana-mana tempat pun, kena lah check dulu apa peraturan dia supaya tak ter-over pulak. Nak jugak ambil gambar, kena lah bijak dan bertanggungjawab. Paling penting, jangan lupa untuk selalu check peraturan tempat tu. 

Kalau tak tahu, tanya je orang yang bertanggungjawab jaga tempat yang korang pegi tu. 



Post a Comment

0 Comments