Resume gaya Harvard ialah format resume satu halaman yang disusun secara kronologi terbalik, tanpa grafik, dan setiap pengalaman ditulis sebagai bullet yang bermula dengan kata kerja dan tunjuk hasil. Format ni popular sebab ia senang dibaca oleh recruiter dan juga oleh sistem saringan (ATS).
Sebagai jobseeker, resume korang adalah benda penting. Resume yang solid bukan setakat senaraikan pengalaman dan skill korang. Ia tunjuk kualiti dan profesionalisme korang sebagai bakal pekerja. Apa yang aku perasan, kebanyakan resume yang berkesan ada satu persamaan: ia direct, dengan info yang jelas dan teratur.
Aku dah semak banyak resume, dan masalah paling biasa bukan format. Masalahnya isi. Jadi dalam artikel ni aku kongsi dua-dua.
Susunan resume gaya Harvard
Susun dari atas ke bawah macam ni:
- Info contact: nama, telefon, email, link LinkedIn. Alamat cukup tulis bandar dan negeri.
- Pendidikan: letak di atas kalau korang fresh grad atau pengalaman kerja bawah 2 tahun.
- Pengalaman kerja: yang terbaru dulu.
- Skill
- Aktiviti & penghargaan
Kalau korang dah ada pengalaman lebih 2-3 tahun, tukar susunan: letak pengalaman kerja di atas pendidikan.
Tips tulis resume gaya Harvard yang betul
- Guna bahasa yang formal. Jangan guna perkataan informal atau slang. Guna bahasa yang betul dan jelas untuk tunjuk pengalaman, skill dan pencapaian korang.
- Fokus pada pengalaman yang relevan. Tunjuk pengalaman dan pencapaian yang berkait dengan jawatan yang korang apply. Satu resume untuk semua kerja memang cara paling cepat untuk kena reject.
- Highlight skill yang relevan. Kalau korang apply kerja pemasaran, highlight skill macam perancangan strategik, analisis pasaran dan pengurusan media sosial. Pastikan skill tu turut muncul dalam bullet pengalaman kerja korang. Senarai skill tanpa bukti tak meyakinkan.
- Tunjuk aktiviti dan penghargaan. Bahagian ni bagi gambaran tentang personaliti, kepimpinan dan kebolehan korang bekerja dalam pasukan.
- Tulis hasil, bukan tugas. Ini tip paling penting dalam artikel ni.
Sebelum dan selepas: beza bullet tugas dengan bullet hasil
Kebanyakan resume senaraikan apa korang buat. Recruiter nak tahu apa yang berubah sebab korang.
| Sebelum (tugas) | Selepas (hasil) |
|---|---|
| Managed the company's social media accounts | Grew Instagram following from 2,000 to 8,500 in 6 months through a weekly content calendar |
| Provided excellent customer service | Maintained a 4.8/5 customer rating across 300+ monthly transactions |
| Assisted with inventory management | Reduced stock discrepancies by 30% by introducing a weekly count checklist |
Formulanya: kata kerja + apa korang buat + hasil (angka kalau ada). Kalau tak ada angka tepat, anggaran yang jujur ("sekitar 50 pelanggan sehari") lebih baik daripada tiada angka langsung.
Contoh resume gaya Harvard (fresh grad)
NUR AISYAH BINTI AHMAD
Shah Alam, Selangor | 012-345 6789 | aisyah.ahmad@email.com | linkedin.com/in/aisyahahmadEDUCATION
Bachelor of Business Administration (Marketing), Universiti Teknologi MARA | CGPA 3.52 | 2025
Relevant coursework: Consumer Behaviour, Digital Marketing, Marketing AnalyticsEXPERIENCE
Marketing Intern, XYZ Sdn Bhd, Petaling Jaya | Mar 2025 – Aug 2025
- Planned and published 60+ social media posts, increasing average engagement rate from 1.2% to 3.4%
- Analysed competitor pricing across 5 brands and presented findings used in Q3 promo planning
- Coordinated 2 product launch events with 150+ attendees each
Part-time Sales Assistant, ABC Store, Shah Alam | Jan 2023 – Dec 2024
- Served 40–60 customers daily and consistently met monthly sales targets
- Trained 3 new part-timers on POS system and store procedures
SKILLS
Canva, Meta Business Suite, Google Analytics, Microsoft Excel | Bahasa Melayu (native), English (fluent)ACTIVITIES & AWARDS
Vice President, Marketing Club UiTM (2024) — led a team of 12 to organise the annual business case competition
Dean's List, 4 semesters
Perhatikan: tiada seksyen "Objective", tiada gambar, dan setiap bullet bermula dengan kata kerja.
Resume gaya Harvard untuk jobseeker Malaysia: apa yang perlu diubah?
Format asal Harvard dibina untuk pasaran Amerika. Untuk Malaysia, ada beberapa perkara yang perlu dilaraskan:
- Gambar: untuk MNC dan syarikat yang guna sistem online, jangan letak gambar. Sesetengah SME dan jawatan sektor awam masih mengharapkannya, jadi ikut arahan iklan kerja.
- IC, umur, status perkahwinan: tak perlu dalam resume. Maklumat ni biasanya diminta dalam borang permohonan.
- BM atau English: ikut bahasa iklan kerja. Kalau iklan dalam English, resume pun dalam English.
- Satu halaman: wajib untuk fresh grad. Kalau dah berpengalaman lebih 5 tahun, dua halaman masih boleh diterima.
Resume gaya Harvard dan ATS
Format Harvard secara semula jadi mesra ATS sebab ia satu kolum, tanpa grafik, tanpa jadual dan guna tajuk seksyen yang standard. Tapi format yang betul cuma separuh daripada kerja. Separuh lagi ialah menyesuaikan kata kunci dengan setiap iklan kerja. Aku terangkan langkah demi langkah dalam panduan ATS resume tailoring untuk Malaysia.
20 kata kerja yang korang boleh guna dalam resume
Mulakan setiap bullet dengan salah satu kata kerja ni:
Researched, Analyzed, Synthesized, Evaluated, Compiled, Composed, Computed, Constructed, Created, Developed, Designed, Edited, Illustrated, Formulated, Identified, Implemented, Improved, Organized, Published, Reviewed.
Jangan ulang kata kerja yang sama lebih dua kali dalam satu resume.
Soalan lazim
Resume gaya Harvard sesuai untuk semua jawatan ke?
Sesuai untuk kebanyakan jawatan korporat, pentadbiran dan profesional. Untuk bidang kreatif seperti design, korang masih perlukan portfolio berasingan.
Berapa panjang resume gaya Harvard?
Satu halaman untuk fresh grad dan pengalaman bawah 5 tahun.
Perlu ke tulis Objective atau Career Summary?
Objective tak perlu. Career Summary 2-3 baris boleh ditambah kalau korang berpengalaman dan nak tukar bidang.
Tak pasti resume korang dah cukup kuat?
Aku semak resume korang baris demi baris: format, bullet, dan kesesuaian dengan kerja yang korang target. Aku tulis semula resume korang. Aku tunjuk bahagian mana yang lemah dan cara betulkannya. [Resume Audit, RM50 →] Klik sini.
.jpg)