Advertisement

Pelancong Tak Dibenarkan Bawa Motosikal Di Bali Berkuatkuasa Serta Merta

Man riding a motorcycle with sufboard in bali

Pelancong yang ingin melancong ke Bali selepas ini diingatkan supaya tidak menyewa dan membawa motosikal di kepulauan berkenaan susulan pengharaman penggunaan motosikal kepada pelancong yang dilaporkan baru-baru ini. 

Menurut laporan Time, pengharaman tersebut dilakukan gara-gara sikap segelintir pelancong yang membawa kenderaan berkenaan secara tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan dan lebih buruk, kematian. 

Menurut Gabenor Wayan Koster, pelancong ini tidak bertanggungjawab selain membawa motosikal secara tidak senonoh selain berkelakuan tidak baik. Jadi, mulai sekarang tambahnya, pelancong hanya dibenarkan menggunakan kaedah perjalanan yang disediakan pihak pelancongang yang menepati piawaian keselamatan. 

Young woman driving a scooter at the beach

Walaupun pengharaman tersebut tidak dinyatakan secara kekal atau bersifat sementara, pihak berkuasa Bali dalam usaha mendapatkan persetujuan kementerian undang-undang bagi membatalkan visa pelancong yang didapati melakukan kesalahan tersebut. 

Tambahnya, visa pelancong juga akan dibatalkan sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan seperti bekerja tanpa permit yang sah atau penyalahgunaan permit melancong yang dikeluarkan. 

Menurut rekod, destinasi percutian terkenal berkenaan sudah beberapa kali berdepan dengan insiden yang melibatkan motosikal yang dipandu oleh pelancong. 

Bulan lepas, seorang pelancong Russia dikatakan telah ditahan oleh pihak polis gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol dan telah berlanggar dengan seorang warga tempatan yang menyebabkan dia terpaksa dirawat di hospital. 

Terdahulu, seorang pelancong Ukraine dan Russia telah telibat dalam kemalangan jalan raya yang telah mengorbankan nyawa mereka. 

Kalau ikut pengalaman aku ke Bali dulu, memang trafik dekat sana walaupun tak sepadat di Jakarta, agak susah sebab simpang dia lain macam. Tengah jalan straight, tiba-tiba jalan terpecah jadi dua dan kalau silap masuk simpang, memang kemalangan lah jawabnya. 

Nasihat aku, walau dimana korang berada, ikutlah peraturan jalan raya. Kalau orang lokal tak pakai helmet, korang jangan lah pulak ikut. 

Photo of international driving permit Malaysia
Sumber : Remaja

Kedua, kalau nak drive dekat negara lain, memang kena ada lesen memandu antarabangsa ye atau dipanggil International Driving Permit

Cara Mohon Permit Memandu Antarabangsa

Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP- International Driving Permit) boleh dibuat di mana-mana  pejabat JPJ Negeri/Cawangan atau di pejabat Persatuan Automobil Malaysia (AAM).

 

 Kelayakan bagi permohonan IDP:

 

  1. Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) yang masih berkuatkuasa melebihi 1 tahun
  2. Pemilik tidak disenaraihitamkan
  3. Tempoh IDP adalah 1 tahun sahaja

 

Dokumen yang diperlukan:

 

  1. Pengenalan Diri asal / salinan
  2. Pengenalan Diri asal sekiranya urusniaga dibuat oleh wakil
  3. Lesen Memandu Kompeten (CDL) 
  4. 1 keping gambar berwarna berukuran pasport

Post a Comment

0 Comments