Adat nak menggembara ke tempat orang, sudah tentu kita kena ambil tahu dan ikut segala undang-undang sesebuah negara berkenaan walaupun ianya mungkin pelik bagi kita. Sebagai contoh baru-baru ini, pihak berkuasa Bali tidak lagi membenarkan para pelancong untuk membawa motosikal jika bercuti ke sana.
Sudah tentu, kita sebagai traveller ni pun kalau boleh taknak ada masalah dengan pihak berkuasa tempatan, lebih-lebih lagi sekiranya kita tidak menguasai bahasa tempatan dan tiada yang fasih berbahasa Inggeris disana.
Kalau korang rajin keluar negara, backpacking mahupun secara berkumpulan, elok rasanya korang ambil tahu tentang 10 undang-undang pelik yang ada di sesetengah negara ini.
10 Undang-Undang Pelik di Dunia
Memandu Di Vietnam
Antara destinasi yang selalu juga dikunjungi oleh orang kita ni ada satu undang-undang yang berkaitan dengan pemanduan. Jadi, kalau korang decide untuk sewa kereta di Vietnam, pastikan tidak melakukan kesalahan ini.
Perbuatan melepaskan stereng ketika memandu (walaupun beberapa saat) adalah sebahagian daripada undang-undang yang ada di Vietnam, sekiranya didapati bersalah, korang boleh didenda sehingga $300 USD!
Bermasam Muka Di Milan, Itali
Walaupun bermasam muka merupakan ekspresi biasa, namun ianya tidak dibenarkan di Italy kerana ianya hanya dibenarkan pada upacara kematian ataupun melawat pesakit di hospital.
Selain itu, ada juga beberapa peraturan 'pelik' yang korang tak boleh buat di beberapa lagi destinasi terkenal di Itali.
Contohnya :
- Roma - Tidak dibenarkan menyanyi kuat-kuat / Busking
- Venice - Tak boleh heret bagasi (sama juga di Rom)
- Venice - Dilarang berpiknik
Sebenarnya banyak lagi, korang boleh tengok senarai perkara yang tak dibenarkan di Itali.
Sos Tomato Di Perancis
Untuk korang yang mungkin akan berhijrah ke Perancis dan bawa anak-anak bersama, pastikan tidak membekalkan mereka sos tomato kerana ianya adalah dilarang di kafeteria sekolah bermula pada tahun 2011.
Tapi, pengecualian akan diberikan sekiranya sos tomato tersebut digunakan untuk memakan french fries!
Ikan Emas di Switzerland
Sekiranya korang ingin membela ikan emas di sana, bilangannya hendaklah tidak kurang dari sepasang dan adalah menjadi kesalahan sekiranya ikan tersebut tidak mempunyai 'peneman'.
Menari di Jepun
Sebagai pelawat, menghormati budaya Jepun termasuk dalam undang-undang dan salah satu daripadanya adalah menari.
Di Tokyo, korang tidak dibenarkan menari sebelum tengah malam dan ianya difahamkan untuk mengelakkan kegiatan 'tak sihat' yang dilakukan sebelum waktu yang dibenarkan.
Main Muzik di Jerman
Di Jerman, sebarang alat muzik tidak boleh dimainkan pada waktu-waktu tertentu dan undang-undang ini mengatakan kesemua alat muzik tidak boleh dimainkan antara 8 pagi hingga 12 tengah hari dan antara 2 petang hingga 8 malam!
Jadi, kalau korang nak main atau tengok persembahan muzik di Jerman, korang kena pergi selepas jam 8 malam baru ada.
Tidak Memakai Seluar Dalam di Thailand
Dalam banyak-banyak yang disebutkan, rasanya ini yang paling menarik dan agak 'kelakar'.
Korang sebenarnya tidak dibenarkan keluar dari rumah (atau tempat penginapan) tanpa mengenakan seluar dalam dan ianya dilakukan untuk menggalakkan hygine kepada orang di sana!
Pun begitu, penguatkuasaannya agak sukar. Iyelah, takkan polis nak datang check sorang-sorang kan? Tapi, memang undang-undang ini ada, korang boleh rujuk di perkongsian 10 Perkara yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melancong ke Thailand ni.
0 Comments