Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Awas! Ini 6 Lokasi Yang Tak Benarkan Gambar Diambil Dan Sebabnya

Taj mahal photo

Sebut pasal travel, pastinya salah satu elemen adalah fotografi atau bahasa mudahnya ambil gambar! 

Sesiapa yang suka mengambil gambar, kena berhati-hati sebab ada beberapa lokasi di dunia ini yang tak boleh ambil gambar tau! Bukan saja tak mematuhi undang-undang, tapi juga boleh membahayakan keselamatan diri sendiri. 

Dalam artikel ni, aku nak kongsikan 6 tempat yang diorang tak benarkan gambar diambil dan sebab-sebab mengapa tak boleh ambil gambar kat situ. Jangan risau, semua ni supaya korang boleh elakkan masalah. So, baca terus artikel ni ya! Dengan cara ni, korang boleh dapatkan info dan buat lawatan korang jadi lebih selamat dan tenang.

6 Lokasi Yang Tak Benarkan Gambar Diambil

1. Paris, Perancis

Terkejut kan? Destinasi pelancongan popular tak benarkan gambar diambil. Lebih tepat, sebenarnya gambar Eiffel Tower ketika ianya 'berlampu' adalah tidak dibenarkan sama sekali! 

Kalau korang perasan, ada beberapa versi gambar Eiffel Tower di internet, ada waktu siang dan ramai juga yang kongsikan gambar menara ikonik tersebut pada waktu malam. Malangnya, perbuatan mengambil gambar atau merakam video  menara tersebut menyala adalah salah! 

View of the Eiffel Tower

Menurut penjelasan, nyalaan lampu yang akan dipasang sehingga kira-kira jam 1 pagi * tersebut adalah 'karya seni' dan menurut Undang-undang hak cipta Eropah menyatakan bahawa hanya gambar Menara Eiffel yang dibenarkan dan foto itu tidak boleh diedarkan, termasuk di media sosial.

Pelik kan? Sebab kalau korang search 'Eiffel Tower at Night' di Google, ada lebih 24 juta gambar menara tersebut pada waktu malam dikongsikan. 

*Update September 2022 - Lampu terakhir akan dinyalakan pada 11.45 malam


2. London, United  Kingdom

Tower of London view from Thames river

Sama macam di Paris tadi, cuma bukanlah keseluruhan London tu yang tak boleh gambar diambil tetapi undang-undang ini hanya terpakai sekiranya korang melawat Tower of London, 

Kalau korang berminat tentang tempat bersejarah, Tower of London ni pastinya menjadi salah satu destinasi yang wajib dikunjungi sekiranya korang travel ke London dan ianya dilindungi sebagai sebuah tapak warisan dunia UNESCO dan merupakan 'rumah' kepada beberapa artifak dan permata berharga termasuk Crown Jewels United Kingdom.

Crown jewels United Kingdom

Dengan lebih daripada 100 kamera litar tertutup, pastinya nak 'curi-curi' ambil gambar pun sukar dan mengambil gambar atau video permata diraja adalah dilarang sama sekali dan pengawal diberi kuasa untuk campur tangan jika ada yang ditangkap cuba mengambil gambar permata tersebut.

Alasannya, gambar-gambar yang diambil ini nanti bakal mendedahkan kelemahan sistem keselamatan dan bakal digunakan oleh penjenayah untuk mencari kelemahan tempat ini. 


3. UAE

UAE City Skyline buildings

Para pelawat atau pelancong ke United Arab Emirates atau UAE ini perlu berhati-hati dengan gambar yang diambil dan peka dengan persekitaran atau bangunan apa yang korang ambil gambar tersebut. 

Sebabnya, adalah menjadi kesalahan di UAE sekiranya gambar lokasi ketenteraan,istana dan juga bangunan kerajaan diambil. 

Selain itu, ada juga syarat dimana orang awam perlu memberi kebenaran sebelum gambar mereka diambil di tempat awam (street photography) dan gambar yang diambil tersebut juga tidak boleh disebarkan ke mana-mana tanpa kebenaran. 

Kalau ikutkan, apa yang aku tahu ini adalah unwritten rules atau etika dalam street photography yang mana korang sepatutnya meminta kebenaran sebelum mengambil gambar sesiapa di jalanan dan ada beberapa negara yang korang tak dibenarkan mengambil gambar tanpa kebenaran seperti di Brazil, Sepanyol dan banyak lagi yang korang boleh baca di sini : Consent required for action related to a picture of a person in a public place.

Jangan korang tak tahu, lapangan terbang UAE pun sebenarnya ada undang-undang yang ketat pasal fotografi ni. Sekiranya berdegil, silap-silap boleh dipenjarakan atau didenda disebabkan mengambil gambar sahaja! 


4. Vatican City

Vatican City adalah negara terkecil di dunia yang terletak di dalam kota Roma, Itali dan ianya merupakan 'Rumah rasmi' pope yang menerima berjuta-juta pelawat setiap tahun. 

Destinasi yang sering dikunjungi pastinya Sistine Chapel, yang mana ianya merupakan tempat suci (gereja) dan rumah kepada beberapa karya seni yang paling indah di dunia dan pastinya ia terkenal dengan lukisan  siling yang indah yang dilukis oleh artis Itali terkenal Michelangelo.

Michaelangelo famous painting Sistine Chapel

Pelancong yang melawat gereja itu dikehendaki mematuhi beberapa peraturan, seperti menutup bahu kosong mereka, memakai seluar panjang atau skirt dan tiada gambar atau video boleh diambil di dalam Sistine Chapel seperti yang tertera di laman web mereka.   

Pun begitu, gambar untuk kegunaan sendiri di kawasan lain di Muzium Vatikan tersebut adalah dibenarkan tanpa penggunaan flash, tripod, dron dan sebagainya.

Penggunaan telefon  di dalam muzium ini juga sebenarnya tidak digalakkan dan pengunjung perlu mengaktifkan mod silent manakala di dalam Sisten Chapel, penggunaan telefon memang tidak dibenarkan.

Pengawal diberi kuasa untuk delete gambar yang diambil ye sekiranya kantoi. 


5. Korea Utara

Kumsusan Palace Pyongyang

Dalam senarai ni, mungkin undang-undang tak benarkan fotografi ni tak pelik di Korea Utara disebabkan negara ini memang ada pelbagai undang-undang yang ketat baik untuk rakyat sendiri mahupun pelawat atau pelancong.  

Salah satunya adalah larangan mengambil gambar lah! Contohnya, sekiranya korang mengambil gambar apa-apa monumen yang didirikan bagi menghormati pemimpin Korea Utara tidak boleh memotong mana-mana bahagian badan mereka kerana ia adalah tanda tidak hormat.

Syarat paling ketat pastinya di Kumsusan Palace juga dikenali sebagai Istana Memorial Kumsusan, adalah sebuah makam besar yang terletak di Pyongyang, ibu kota Korea Utara yang juga merupakan kediaman rasmi bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il, dan kini berfungsi sebagai tempat berehat terakhirnya. 

Istana ini adalah kompleks besar yang meliputi kawasan seluas lebih 150,000 meter persegi dan mengandungi beberapa bangunan, termasuk muzium dan perpustakaan. Istana ini dikawal ketat, dan pelawat dikehendaki mematuhi peraturan dan peraturan yang ketat, termasuk memakai pakaian yang sesuai dan tunduk hormat kepada bekas pemimpin.

Difahamkan, tempat ini dibuka untuk orang awam pada Khamis dan Ahad pagi sahaja dan ia akan ditutup pada bulan Mei hingga Julai setiap tahun bagi tujuan baik pulih. 


6. Taj Mahal, India

Walaupun kawasan luar Taj Mahal ini telah digambarkan lebih jutaan orang baik golongan profesional mahupun awam, perasan tak, gambar rupa bentuk dalaman binaan ikonik ni sangat terhad. 

Kalau ada pun, hanyalah gambar daripada Times of India pada tahun 2018. 

Menurut laman web Taj Mahal, memang tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam monumen ini selain beberapa lagi perkara yang turut tidak dibenarkan seperti memegang dinding, tidak dibenarkan berbuat bising selain telefon juga perlu dimatikan atau perlu disilentkan. 

Taj Mahal Interior photo

Selain itu, penggunaan dron di kompleks tersebut juga adalah dilarang! 

Bila dah ada syarat atau undang-undang, kita kena hormatlah dasar-dasar pengurusan tempat tu, terutamanya kalau ianya adalah tempat yang ada nilai sejarah, cantik atau berharga untuk dijaga dan diwarisi pada masa akan datang. 

Selalunya sebelum kita nak pegi mana-mana tempat pun, kena lah check dulu apa peraturan dia supaya tak ter-over pulak. Nak jugak ambil gambar, kena lah bijak dan bertanggungjawab. Paling penting, jangan lupa untuk selalu check peraturan tempat tu. 

Kalau tak tahu, tanya je orang yang bertanggungjawab jaga tempat yang korang pegi tu. 



Tips Ambil Gambar Cantik Ketika Travel

Selain menulis, aku minat mengambil gambar dan semuanya bermula masa aku belajar di kolej dulu. Pengaruh housemate. Aku ingat lagi waktu itu, boleh dikatakan hampir semua housemate aku ada dSLR. Ada yang gunakan Sony, ada yang gunakan Nikon dan aku, aku gunakan Canon. 



Dari situ, aku mula belajar sendiri cara ambil gambar seinggalah berjaya dapat buat job freelance hujung minggu dan sebagainya. Makin lama, minat aku tu terpaksa aku lupakan disebabkan faktor masa dan akhirnya aku terpaksa jual kamera aku untuk kelangsungan hidup. 

Fast forward -- aku mula aktif blogging sekitar 3 tahun sudah dan aku beli sebuah kamera secondhand Canon jugak. Kemudian aku mula main kamera kompak, Sony HX-90V. Agak lama aku gunakan kamera ini, dan tahun sudah, aku upgrade kepada mirorless camera, Sony jugak. 



Sehingga hari ini, boleh aku katakan aku masih lagi dalam proses pembelajaran untuk dapatkan gambar - gambar yang cantik. Selalu aku baca tips dan perkongsian dalam website yang berkaitan fotografi. 

Disebabkan kerjaya, aku semakin hari semakin belajar cara terbaik atau cara nak dapatkan gambar yang cantik semasa travel. Sesuai dengan tema blog aku yang sebelum ini aku kongsikan banyak hal - hal peribadi. Sekarang, segala kontent blog ini lebih kepada travel, tips, perkongsian dan sebagainya. 

Tips Dapatkan Gambar Cantik Semasa Travel

Sepertiga daripada kenalan mahupun golongan millenial mengaku yang gambar travel merupakan aspek yang sangat penting selain travel itu sendiri. 

Nak kata aku seorang pakar, bukan. Pencapaian terbaik aku boleh dikatakan pernah menjadi 'ambassador' kepada Fujifilm Malaysia. Tapi, disebabkan kekangan masa dan kerja hakiki, dan terputus contact, kerjasama tu terputus tengah jalan. 

Sebelum kita ke tips nak dapatkan gambar cantik semasa travel, aku suka nak ingatkan yang semua orang mampu menghasilkan gambar yang cantik tanpa menggunakan kamera yang mahal. Kalau korang ikut Peter McKinnon, dia sendiri selalu ingatkan yang peralatan ni jatuh ke nombor dua. Yang pertama adalah skil fotografi seseorang. 

Ada beberapa cara atau tips untuk dapatkan gambar cantik semasa travel; seperti yang dikongsikan oleh pakar - pakar di Canon Photography. 

#1. Perincian Gambar atau Details

Mahirkan dengan istilah - istilah seperti framing dan rule of third dalam fotografi. Kedua - dua ini memainkan peranan dalam menghasilkan dan membezakan antara gambar biasa dan gambar luar biasa.


 
Jangan takut untuk mengambil gambar secara dekat atau zoom, ini akan menyerlahkan lagi perincian pada gambar yang korang hasilkan nanti. 

#2. Ambil Gambar Haiwan

Kunci untuk mengambil gambar binatang sama ada yang liar, di zoo atau di safari terletak pada mata haiwan tersebut. 



Kalau boleh, cuba dapatkan jarak yang paling dekat dan sama aras dengan aras mata haiwan yang dijadikan subjek pada foto tersebut. Biasanya, kalau di alam liar, haiwan - haiwan ni akan bergerak laju, jadi - pastikan setting kamera pada shutter yang tinggi dan ISO yang bersesuaian. 

#3. The Golden Hour

Golden Hour dalam fotografi biasanya akan membuatkan gambar travel menjadi lebih luarbiasa. Biasanya beberapa jam selepas matahari terbit, dan beberapa jam sebelum matahari terbenam. 



Gambar yang cantik biasanya diambil pada waktu pagi atau lewat petang, ini perlukan pengorbanan sikit. Kena bangun awal pagi dan keluar dari hotel untuk dapatkan shot - shot yang cantik semasa travel. 

Kenapa golden hour dalam fotografi penting? Pada waktu ini, cahaya dalam keadaan natural dan soft. Jadi, bayang - bayang pada gambar tidak terlalu teruk. 

#4. Gunakan Bayang - Bayang

Kadang - kadang, ikut kesesuaian gambar dan tempat, bayang - bayang memainkan peranan yang agak penting untuk dapatkan gambar cantik masa travel. 



Adakalanya, kita perlu main sedikit setting pada kamera untuk mendapatkan contrast pada gambar atau main dengan exposure pada kamera. 

#5. Main Dengan Perspektif

Perspektif atau sudut pandang subjek juga boleh menjadikan gambar travel kita lebih cantik. 




Sampai di satu tempat, jangan ambil dari sudut yang sama, cuba sudut yang berlainan dan rajin - rajin berjalan atau sesuaikan dengan keadaan supaya kita dapat hasil yang kita mahukan. 

Yang penting, kena sabar dan rajin bereksperimen. 

Selamt bergambar!

5 Tips Jadikan Gambar ‘Perfect’ Semasa Travel



              
Dalam pada masing-masing nak upload gambar cantik di Instagram, sebenarnya masih ramai yang tak tahu menggunakan kelebihan yang ada pada telefon pintar masing-masing mahupun menggunakan fungsi kamera sepenuhnya.

Pada aku, ‘gear’ atau peralatan ini sebenarnya perkara kedua. Yang utamanya adalah skill individu itu sendiri. Skill ni termasuklah; mana nak letakkan subjek, pencahayaan dan lain – lain.



Dengan adanya smartphone yang dilengkapi dengan kamera yang canggih, ditambah pula dengan pelbagai aplikasi untuk mencantikkan gambar, kini semua dah boleh jadi ‘photographer’. Iya, boleh dikatakan banyak gambar baik oleh jurugambar professional mahupun amatur, telah disunting.

Sebelum jauh aku melalut, sebenarnya ada beberapa tips mudah dan asas yang sering dikongsikan oleh photographer – photographer yang dah baisa hasilkan gambar ‘perfect’. Macam aku, aku ada juga ikut beberapa akaun di Insta dan Youtube. 

Untuk dapatkan gambar yang cantik, sebenarnya ada beberapa tips yang korang boleh ikut, antaranya :

#1. Gunakan Cahaya Pagi


Pencahayaan adalah perkara yang sangat penting untuk mendapatkan gambar yang cantik. Kalau kita perhatikan, mana-mana studio gambar, mesti ada banyak lampu untuk memberikan pencahayaan yang sempurna.

Cuma, untuk dapatkan yang ‘sempurna’ tu bergantung kepada kita. Apa yang ingin kita sampaikan. Tapi, cahaya waktu pagi nampak lebih ‘natural’ dan kalau nak tangkap gambar bangunan, nampak lebih menyerlah.

Kalau tak pagi, waktu petang. Ini biasanya dipanggil ‘golden hour’ waktu terbaik untuk tangkap gambar. Sebab pencahayaan sangat natural.

#2. Nampakkan ‘Depth’



Kalau cahaya, ia membantu mood, kalau depth pula ia akan ‘tunjukkan’ kepada orang apa yang kita ingin diorang tengok. Maksudnya, kalau gambar tu berkaitan dengan bangunan, garisan-garisan bangunan tersebut perlu diselarikan.

Kebiasaannya, depth ini kita bahasakan sebagai jarak antara objek yang paling dekat ke kamera dan yang paling jauh. Cuba ambil gambar daripada satu sudut pandang, cara yang paling mudah adalah ‘on’ kan fungsi grid pada kamera. 

Dengan ini, korang secara tak langsung akan dapat depth dan jugak gambar yang sekata. Dekat telefon pintar pun ada grid ni. Bahasa photographer ia dipanggil grid atau gridlines.

#3. Main dengan perspektif


Sudut pandang sesuatu gambar ni ada banyak, boleh jadi dari depan, dari kiri-kanan atau atas-bawah. Kalau gambar dari sudut depan nampak biasa, cuba ambil dari bawah dan sebagainya.

Nak ambil gambar cantik, kita sekurang-kurangnya kena perhatikan keadaan tempat tu dari pelbagai sudut.



Cuba rendahkan kamera ke permukaan tanah untuk dapatkan efek yang lagi cun.

#4. Naikkan kesan gambar dengan refleksi



Kalau korang ada ‘mata seni’ korang akan perasan yang pada setiap refleksi, tak kiralah pada cermin bangunan lain atau pada lopak air, akan dapat shot yang cantik. Hasilnya kadang-kadang diluar jangka.


Walaupun kadang – kadang, ‘refleksi’ ni kita boleh dapatkan menggunakan aplikasi, ia kadang – kadang nampak fake. Kalau nak edit pun, biarlah logic, takkan korang bergambar dekat pasir, tiba – tiba ada relfection pulak kan…

#5. Rule Of Third


Sengaja aku letakkan rule of third sebagai perkara terakhir walaupun inilah perkara ‘wajib’ yang akan membezakan gambar biasa, daripada gambar yang luar biasa.

Menggunakan grid pada kamera korang, korang letakkan subjek pada salah satu daripada kawasan dalam grid tersebut. Maknanya 1/3 daripada keseluruhan gambar. Kalau taknak 1/3, korang boleh letakkan juga subjek di salah satu lintasan garisan grid.

Contohnya macam ini :



Tapi kadang – kadang, mengikut sesesuaian, korang boleh jugak pilih untuk langgar rules ni untuk dapatkan gambar yang lain daripada yang lain.

Ni contoh gambar aku ambil masa di Danau Toba, Trip dengan Malindo Air ke Danau Toba tahun lepas.