Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Jersi – Jersi Pasukan Yang Bertanding Di Piala Dunia 2018


Selain pemain yang terlibat, dan juga pasukan yang bertanding, kemeriahan Piala Dunia kebiasaannya pada jersey pasukan.
Kebiasaannya, setiap edisi Piala Dunia, setiap pasukan akan memperagakan jersey baru dan kepada penyokong atau peminat bola sepak seantero dunia,dan inilah salah satu yang boleh dijadikan koleksi.
Untuk edisi 2018, Adidas akan menjadi pengeluar dominan dengan 12 daripada 32 negara bertanding akan memperagakan baju keluaran mereka. Yang kedua tentulah Nike dengan 10 negara dan jenama-jenama lain seperti New Balance, Umbro, Puma, Errea, Hummel, Romai dan juga Uhlsport.
Untuk korang yang tertinggal bas (tak ikut sangat update jersey pasukan) ni, ini kami ada sediakan ‘ultimate guide’ untuk korang. Jadi lepas ni, boleh la cari dekat Padang Besar. Hehehe…

ARGENTINA

Home

Away

AUSTRALIA
.

Home

Away

BELGIUM

Home

Away

BRAZIL

Home

Away

COLOMBIA

Home

Away

COSTA RICA

Home

Away

CROATIA

Home

Away
DENMARK
Belum umumkan jersey rasmi untuk world cup 2018, tapi kalau mereka gunakan edisi Euro, macam ni lah :


EGYPT

Home
Away belum diumumkan.

ENGLAND

Home

Away

FRANCE

Home

Away

GERMANY

Home

Away

ICELAND

Home

Away
IRAN
Belum umum jersi rasmi, kalau diorang guna jersi sama macam di AFC, macam ni :

Jersey untuk AFC
JAPAN

Home

Away
MEXICO

Home

Away

MOROCCO

NIGERIA

Home

Away (Kiri)
PANAMA

Home

Away
PERU

Home

Away
POLAND

Home

Away
PORTUGAL

Home

Away
RUSSIA

Home

Away
SAUDI ARABIA

Home

Away
SENEGAL

Home

Away
SERBIA

Away
SOUTH KOREA
SPAIN

Home

Away
SWEDEN

Home

Away
SWITZERLAND

Home

Away
TUNISIA

Home

Away
URUGUAY

Home

Away

Kredit Foto : Footbalfashion

Trip 3H2M Di Pulau Kapas Yang Sangat Berbaloi




Baru-baru ni, (actually tak adelah baru mana) dapat la buat short trip ke Pulau Kapas. Satunya sebab dah lama sebenarnya nak ke pulau dan yang keduanya, teringat dulu-dulu masa study dekat Unikop, pernah buat trip ke Pulau Kapas jugak dengan housemate. Cuma time tu kitorang pacak khemah.


JARAK
Untuk trip ni, tak adalah nak kata solo trip, sebab aku pegi dengan geng-geng blogger yang lain jugak sebenarnya. Kitorang sewa van dan drive dari KL ke jeti Marang.
Perjalanan amik masa dalam 6 jam, sebab banyak berhenti, dan aku berhenti tidur kejap. Hehe.
Dari jeti, untuk ke Pulau Kapas ni, dalam 20 minit je, tak sempat mabuk laut pun… Cuma bila kadang-kadang ombak besar tu, melambung la jugak bot. Tips dia, korang duduk tenang je. Jangan bangun atau berganjak. Kalau tak nanti bot hilang balance.



PULAU KAPAS
Kalau korang nak tahu, Pulau Kapas antara pulau yang coral dia cantik di Malaysia dan ada kawasan taman laut, jadi coral-coral kat sini terjaga sebab diwartakan sebagai taman laut. Ada sesetengah tempat, memang bot tidak dibenarkan masuk. 

Selain kualiti air dan pantai yang cantik, korang tak perlu pegi pulau jauh-jauh pun nak rasakan atau nikmati keindahan pantai. Kawasan sini memang pantai dia cantik-cantik dan paling penting Instagram-able.




STAY
Untuk penginapan, aku stay 3H 2M dekat Kapas Coral Beach Resort. Apa yang menarik, dekat sini tempat baru, and diorang punya konsep pun lain daripada resort lain.
Dekat Kapas Coral ni, diorang ada buat penanaman semula coral, so kalau cnorkeling tu memang tak sampai beberapa meter dari pantai, dah nampak Nemo atau clown fish dah.



PAKEJ
Dekat sini, ada banyak resort yang boleh korang pilih mengikut bajet tersendiri. Dan kebanyakkan resort dekat sini akan sediakan pakej-pakej yang menarik macam snorkelling, hiking,berkayak, BBQ dan macam-macam lagi aktiviti bertemakan laut dan sebagainya.




AKTIVITI
Untuk aktiviti, kitorang susun supaya tak memenatkan sangat. Iyelah, nama pun nak bercuti santai-santai. Susun tu as in kitorang deal dengan orang yang handle pakej kitorang ni iaitu Kapas.Vacay, korang boleh cari dekat Instagram nanti…

Hari pertama rehat di bilik dan hari kedua baru start aktiviti. Sebabnya, kitorang sampai area jeti pun dah dekat tengah hari, so pegi makan semua, dan bot nak masuk pulau ada around pukul 2 petang tak silap.

Untuk hari kedua, start dengan breakfast. Oh ye, sebelum aku terlupa, dekat sini korang boleh pilih nak bilik sahaja ataupun sekali pakej dengan makan. Tang makan ni aku cadangkan korang amik je pakej dia, sebab menjimatkan.

Lepas breakfast, kitorang hiking ke Bukit Singa. Dekat sini, trek dia agak mencabar, jadi kitorang cadangkan korang amik pakej yang ada di kawasan jeti. Misalnya yang ditawarkan oleh Kapas Vacay yang aku cakap tadi.



Selain murah, diorang akan guide semasa hiking. So, dapatlah kitorang cari port cantik untuk bergambar. Cuma satu je pesan, nak naik ke Bukit Singa ni, korang kena pakai kasut yang sesuai, jangan pakai kasut tapak licin. Sebab dia berpasir dan curam.

Naik okay, turun seksa oi... 


Belah petang pulak, kitorang pegi snorkelling. Bot akan disediakan dari resort dan diorang akan bawa ke checkpoint untuk snorkelling.
Kat sini sangat best, terumbu karang dia besar-besar. Kalau korang bernasib baik, dapat tengok penyu dan ikan yu, memang dekat area sini ada 3 hingga 4 ekor ikan yu, tapi ni yang baik. Bukan yang macam dalam movie Jaws tu.
Pasal penyu pulak, dekat-dekat sini ada santuari penyu. So, kalau korang bernasib baik, macam aku cakap tadi, akan nampak penyu.

Lepas snorkelling, bot terus bawak ke Island Hopping. Dekat sini kitorang dibawa pusing keliling Pulau Kapas. Cuma ini sempat mabuk laut sikit la, sebab bila bot lalu bahagian belakang pulau, air dia agak bergelora. Tapi, puas hati sebab view cantik.
Waktu malam pulak, ada sesi BBQ (yang ni pun korang boleh add-on). Tapi senang cerita puas hati, sebab seafood dia fresh.
Hari ke-3, kitorang check out pukul 11, dan dah alang-alang sampai Terengganu, kita singgah dekat Losong untuk beli keropok.
Nak cerita banyak pun nanti korang jealous, so nak cuba bolehlah ke Jeti Marang dan tengok pakej yang ada dekat situ.
Nanti korang cari je Kapas.Vacay okay? Murah pun murah, and aku rasa aku ada cerita kat page aku : PAKEJ VIRAL MURAH.


Bata Mula Menjual Koleksi Kasut Edisi Khas Star Wars Hari Ini!




Tarikh 4 Mei kalau nak ikutkan adalah hari biasa sahaja, sama seperti hari-hari lain. Cuma sedikit special kalau 4 Mei ialah birthday korang lah.

Tapi, untuk peminat Star Wars, 4th May atau disebut May the Fourt (May The Force) adalah hari Star Wars sedunia dan disambut oleh peminat tegar mereka.



Mengambil kesempatan sempena hari Star Wars, Bata telah melancarkan satu koleksi khas bertemakan Star Wars dan ia boleh didapati dalam dua model iaitu Bata Tennis dan Bata Bullets.




Selain mempunyai dua pilihan, dikatakan koleksi ini mempunyai beberapa pilihan warna dan juga rekaan. Menurut gambar di FB Bata, ada design mewakili R2-D2, Darth Vader, dan Storm Trooper.





Semua Foto : FB | BATA


Kepada peminat Star Wars, korang sebenarnya boleh dapatkan kasut ni di butik Bata KLCC bermula hari  ini! (mungkin jugak dah habis semasa artikel ni keluar). Korang jugak boleh dapatkan totebag edisi terhad daripada Bata dengan setiap pembelian.

Dari segi harga pulak, Bata Heritage meletakkan harga untuk Bata Bullets (RM 299) dan Bata Tennis (RM 249). 

Anda juga akan dapat beg edisi khas untuk setiap pembelian kasut ini. Harap-harap masih ada lagi model ini di butik Bata KLCC. Hehe.

Cepat-cepat, mana tahu ada lagi...