Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Staycation Hujung Minggu Di Port Dickson - Hotel Langit Langi



Port Dickson, lokasi yang tak adalah jauh mana dari KL, sejam setengah ke dua jam perjalanan. Atas faktor yang tak terlalu jauh ni lah boleh dikatakan PD ni lokasi pilihan ramai untuk habiskan cuti hujung minggu.

Kalau korang suka aktiviti berkelah, habiskan masa tepi pantai, boleh lah korang ke PD. Sebabnya, kalau nak sesuatu yang ‘special’ mungkin bukan di PD. Baik di kawasan Teluk Kemang, atau ke belah-belah waterfront tu. Atau mungkin aku je yang tak habis explore lagi.

Ada beberapa tempat di PD yang korang boleh habiskan masa hujung minggu, antaranya seingat aku adalah Ostrich Farm. Ataupun korang boleh ke 3D house dan kalau aku tak silap ada beberapa tempat baru. Selain tu, kalau korang minat, boleh ke muzium-muzium yang ada.

Cuma, kalau ke PD pada hujung minggu, korang kena hadap lah traffic jam sikit. Orang pun ramai, baik di hotel, atas jalan, tepi pantai dan boleh kata semua tempat tarikan, akan ramai orang.

Untuk weekend staycation aku minggu lepas, aku ke Hotel Langit Langi.




Ada beberpa benda yang best dan ada yang tak berapa nak ‘enak’ berkenaan hotel ni.

Hotel Langit Langi, Port Dickson

Hotel ni berdekatan area waterfront, kalau korang dari Teluk Kemang, dia akan ada belah kanan, selepas stesyen minyak Petronas kalau aku tak silap. Tapi, dia sebelum simpang untuk ke PD Waterfront.

Location wise, pada aku senang. Sebab boleh nak ke Waterfront, tak sampai 10 minit, nak ke Teluk Kemang, dalam 20 minit camtu.

Nak kata baru, tak jugak cuma hotel ni pada aku, worth staying in. Sebab kalau korang tengok dari luar, dia macam hotel-hotel ‘murah’. Mungkin vibe deret bangunan yang nampak lama. Cuma hotel ni je yang meriah dengan warna-warni di kawasan tu.

Sadly, untuk ke pantai. Agak jauh lah. So, kalau korang nak ke PD bawak anak-anak main pantai, hotel ni bukanlah salah satu pilihan yang bijak. Satunya, pantai terdekat pun korang kena naik kereta.

Jom tengok interior design hotel ni.







Overall, aku boleh cakap, aku impressed. Sebabnya, walaupun dari luaran tak nampak mewah. Bila masuk, kau macam dekat satu kawasan lain. Dengan design dia yang oriental, korang boleh tengok dari segi pemilihan warna dan barang-barang perhiasan dalam hotel ni.


Ini bukan dari dalam bilik ye, cuma dari hallway, boleh tengok pool. Kiranya kena keluar bilik. 


Untuk bilik, aku sangat berpuas hati. Sebab luas. Simple. Toilet pun besar. Taknak cerita banyak pasal bilik, cuma kalau nak kesini, korang mintak bilik jauh dari swimming pool kalau korang nak rehat tenang-tenangkan fikiran.

Ye, dekat sini ada swimming pool. Cumanya, aku tak pasti sama ada disebabkan hujan, atau pool ni tak cukup sistem pembersihan. Air dia nampak keruh, dan ada stain dekat tepi-tepi kolam yang pada aku, tak patut berlaku lah.

Pasal breakfast, sorry to say. Aku tak recommend korang amik pakej bilik dengan breakfast. Satunya, makanan tak banyak sangat, dan kalau nasib korang tak baik. Makanan akan habis kalau ramai sangat yang stay dekat situ. Macam aku kena, aku rasa aku tak adalah turun lambat mana, tapi pinggan mangkuk, sudu garfu, semua habis. Kena tunggu untuk diorang basuh.

Bab makanan, adalah beberapa jenis. Ada roti, nasi lemak bungkus, sausage dan baked bean. Pasal baked bean, aku tak tahulah jenis dia ke apa ke, cuma pada aku, dia macam tak masak. Bila aku complain dekat pekerja dia, dia kata dah masak. Padahal, baked bean tu sejuk seolah-oleh bukak dari tin, tuang dalam bekas and serve dekat customer.

So pada aku, baik lah tak payah amik breakfast dekat sini. Banyak benda yang hotel ni kena baiki untuk ‘fight’ hotel-hotel besar yang ada berdekatan dengan dia. Sebab orang akan fikir, spend banyak ni, tambah sikit dapat hotel lagi best etc etc.

So Hotel Langit Langi ni, korang go for the stay, tapi don’t stay for the breakfast lah. Itu je.

Berbalik kepada nak habiskan hujung minggu dekat sini; aku akan ringkaskan macam ni :

Day 1 –
Gerak dari KL pagi, let say 8 (sebab taknak jam).
Sampai around 10 (kita genapkan kalau ada jam dan sebagainya)
Pegi breakfast dulu, sebab biasanya hotel boleh check in lepas pukul 12. Korang lepaklah tepi pantai dulu ke, mandi-mandi.

Tengah hari – lunch.
Ada banyak kedai-kedai dekat area Teluk Kemang tu. Pilih je mana-mana, tapi aku recommend ada satu ni nama dia, Asam Pedas Kasih Ibu. Ada macam-macam menu nasi berlauk, nasi ayam, masak lemak dan lain-lain. Nak coconut shake pun ada.
Dah kenyang, korang cuba lah call hotel tanya dah boleh check in atau tidak. Kalau dah, terus ke hotel pilihan korang.

Petang – korang pergilah jalan area PD. Nak yang happening, dekat Teluk Kemang lah, macam-macam aktiviti ada. Gerai-gerai pun banyak. Tapi, macam aku cakap tadi, Teluk Kemang memang packed lah. Nak lain sikit, korang drive ke atas sikit, cari ostrich farm atau 3D house. Dua ni korang boleh settle petang tu jugak.

Malam –
Kalau nak best, ade je area-area sini jual ikan bakar etc. Tapi nak adventure lagi, korang lajak lah ke Melaka. Ikut PD ni dah dekat dah. Hikhik. Tapi balik nanti, korang lapar balik lah. Hikhik.
Option ke dua, korang lepak area PD Waterfront. Depan McD tu, malam-malam happening. Macam aku pergi haritu, ada busking, ada orang jual belon sabun tu dan sebagainya. Anak-anak suka lah. Korang pun boleh tenang-tenang ambik angin pantai.

Hari ke-2.

Breakfast dekat Hotel. Kalau tak best, korang pergi ke area pekan, carilah warung yang jual nasi lemak atau roti canai.

Lepas breakfast, kita mandi laut lah. Apa lagi. Nak jalan-jalan pun, ada muzium dekat-dekat. Tapi aku suggest, muzium tu korang pergi lepas check out lah, biasanya check out sebelum pukul 12. So, mandi dulu puas-puas tepi pantai.

Oh, kalau korang jenis nak try camping pun ada jugak. Aku tengok dekat sepanjang pantai on the way nak ke Teluk Kemang tu, ramai yang pacak kemah, hammock dan sebagainya. Cuma aku tak pasti, tapak tu berbayar atau tidak.

So, untuk selamat. Lepas mandi-mandi tu, korang gerak lah keluar balik KL. Sebabnya, korang faham-faham lah, lambat sikit, highway ke KL tu akan jam. Kalau korang tak kisah, silakan. Gerak lah lambat-lambat sikit.

Oh untuk hotel Langit Langi tadi, boleh usha dekat sini : Langit Langi Hotel @PD Waterfront


Atau nak cari hotel lain di PD, ada dekat sini : Senarai Hotel Di Port Dickson


Iteneri 3 Hari 2 Malam Di Danau Toba - Pulau Samosir



Danau Toba, kalau korang google, korang mesti jumpa beberapa entri berkenaan kisah mistik dan misteri yang terjadi di Danau Toba. 

Kalau diikutkan pada peta, Danau Toba terletak di Utara Sumatera, Indonesia dan merupakan tasik semula jadi yang berlaku akibat letusan gunung berapi lebih kurang 69 hingga 77 ribu tahun dulu.
Selain tasik terbesar di Indonesia, Danau Toba jugak adalah tasik gunung berapi yang terbesar di dunia.


Kalau korang terlepas pandang, Malindo Air ada buat penerbangan terus ke Danau Toba melalui Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit. Korang boleh pergi ke website Malindo Air untuk tengok offer diorang, cumanya yang aku tahu ada 4 penerbangan seminggu iaitu pada hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Dismbut meriah sebab first flight Malindo ke Danau Toba. 


Baru-baru ni, aku dijemput oleh Malindo Air untuk penerbangan ertama diorang ke Silangit (Danau Toba) pada 17 Ogos lepas. Disana, kitorang dibawa pusing oleh Wonderful Indonesia dan sebenarnya banyak tempat dan aktiviti menarik di Danau Toba.

Dah, meh aku masuk bab iteneri 3 hari 2 malam di Danau Toba.

Salah satu tempat tarikan di Danau Toba adalah Pulau Samosir. Jadi dari airport Silangit, korang kena amik van yang ada di kawasan airport untuk ke sini. Perjalanan lebih kurang 3 jam.


Dari Silangit, korang akan lalu di Tele, dekat sini korang boleh tengok pemandangan Danau Toba yang aku sendiri tak dapat nak gambarkan dengan ayat. Korang tengok ajelah gambar ni…



First impression aku, nampak macam lukisan. Memang cantik. Oh iye, dekat sini cuaca sejuk tau. Bawaklah sweater. Tapi tak adelah sejuk macam oversea, lebih kurang macam kat Cameron Highland atau Genting lah lebih kurang. Dekat Menara Pandang Tele ni, angin dia memang best. Kadang-kadang, kuat. 


Lepas lebih kurang 1jam30 minit dari sini, kitorang masuk Pulau Samosir dan tinggal di Samosir Cottage. Waktu malam dekat Samosir Cottage ni nampak biasa je, tapi bila siang.. Fuh, view dia boleh ‘pegang’ jiwa korang beb.





Satu je pesan, perjalanan ke sini memang lama, jalan pun pusing-pusing, kalau korang jenis mual tu, stand-by lah plastic sesiap. Hehe…



Dah sampai sini, penat. Jadi kitorang (sebab aku join FAM Trip Malindo) dengan beberapa orang geng media yang lain, so dinner kendian rehat aje di bilik.

Hari Ke-2
Waktu sini, awal 1 jam dari Malaysia. Sama macam korang ke Jakarta. 



Breakfast di Cottage, kendian kitorang ke satu kawasan Muzium Huta Bolon Simanindo. Dekat sini, aku bagi satu tips, korang jalan ke hujung jalan, ada jeti, kat sini amik gambar memang awesome! Hehe… 



Dekat Muzium Huta Bolon ni, korang boleh tengok tarian tradisional Batak dan kenal apa itu Sigale-gale, patung yang digunakan dalam tarian diorang.




Lepas habis Muzium Huta Batak ni, kitorang ke tempat makan. Cuma aku lupa apa nama restoran tu.
Selepas makan, kitorang ke Tomok. Bukan yang nyanyi lagu ‘Sejarah Mungkin Berulang’ tu, tapi Tomok ni ialah satu nama tempat.




Selain boleh shopping sakan dekat sini, ada satu peninggalan sejarah yang korang boleh explore iaitu Makan Raja Sidabutar. Panjang nak cerita pasal sejarah Raja Sidabutar ni, tapi dialah yang explore Danau Toba ni.. Lebih kurang macam tu lah sejarah dia.



Dekat sini jugak, ada Jeti untuk balik ke tanah besar. Dan sepanjang-panjang jalan dari Makam Raja Sidabutar ni, akan ada tempat korang boleh shopping sakan. Pandai tawar, banyak lah dapat.
Dari Jeti Tomok, kitorang terus ke Hotel Niagara Parapat. Hotel ni memang cantik.

Dekat hotel, tak amik gambar, sebab bateri camera flat. Hahaha

Disebabkan seharian kitorang berjalan sakan, kaki badan semua dah penat. Rehat dalam 30 minit, kendian makan malam dekat hotel.

Hari ke-3

Sarapan pagi dekat Hotel Niagara Parapat, kitorang dibawak pulak ke Huta Siallagan. Huta Siallagan ni pun sama jugak, dia adalah perkampungan Batak dan dekat sini kitorang diceritakan asal usul dan asas bangunan suku kaum Batak.



Dekat sini jugak, ada tempat ‘meeting’ yang diperbuat dari batu. Dikatakan, kalau ada permasalahan yang berlaku dalam kampong ni, diorang akan bersidang disini sebelum dijatuhkan hukuman. 



Korang boleh melawat jugak tempat pemasungan kepala si pesalah di dibahagian belakang Huta Siallagan ni.



Lepas dari Huta Siallagan, korang boleh ke Muzium T.B Silalahi.




T.B Silalahi ni merupakan salah seorang General tentera yang berasal dari suku kaum Batak. Muzium ini didirikan untuk memotivasikan anak-anak tempatan dan sebagai mengenang jasa General ni kepada negara.



Dekat sini ada tersimpan banyak barang-barang peribadi T.B Silalahi ni. 
Di belakang kawasan Muzium T.b Silalahi ni, ada lagi satu kawasan 'perkampungan' suku kaum batak dan menurut cerita, ini semua adalah rumah asal, bukan replika. 


Ini bahagian dalaman rumah suku kaum Batak. 

Ini bahagian dalaman rumah suku kaum Batak. 






Selain itu, di kasawan yang sama; ada juga satu Muzium Batak. Dekat sini, segala info dan sejarah suku kaum Batak, ada diceritakan.

Untuk pengetahuan, ada 6 suku atau sub etnik Batak ni iaitu Karo, Toba, Angkola, Mandailing, Pakpak dan juga Simalungun.

Lepas settle muzium ni, kitorang terus ke Airport, dan balik ke Subang.

So, secara ringkasnya :

Hari 1
Menara Pandang Tele
Samosir Cottage (Hotel)

Hari 2
Muzium Huta Bolon
Tomok (shopping)
Makan Raja Sidabutar
Tambahan :
Boleh ke Aek Natonang
Parhalow Hill

Hari ke-3
Huta Ginjang
Muzium T.B Silalahi

Tambahan :
Dekat Danau Toba ni, TAK ADA Grab, so amik transport yang ada dekat airport. Cadangan aku, gerak ramai-ramai, boleh sharing.

Cuaca sejuk, standby sweater.

Jalan tak cantik sangat, bawak plastic kot-kot korang nak muntah


Setiap muzium ada ceritanya sendiri, carilah supir atau guide yang akan ceritakan segalanya dekat korang, macam kitorang, kitorang ada Pak Diddy. 

The Hut, Serkam – Kampung Chalet Style Di Merlimau Melaka


Rasanya baru seminggu yang lepas aku kesini untuk ‘chillkan’ minda. Hehe. Apa yang aku suka tentang The Hut,Serkam ni ialah lokasi, konsep dan surrounding dia.

Berkonsepkan ‘kampung’, lokasi The Hut ni terletak di sebuah perkampungan di daerah Merlimau Melaka, iaitu Serkam. Sebab tu, nama dia The Hut, Serkam.

Aku bertolak dari KL lebih kurang pukul 11, gedebak gedebuk dalam kereta, dengan entah kenapa kereta overheat tengah jalan (terpaksa berhenti dua kali); aku sampai di The Hut dalam pukul 4 ke 5 petang kalau tak salah.


Overheat daa~ 


Kalau nak ikutkan, aku memang dah mental dah. Kereta overjeat, lepastu aircond tak function. Weh panas lit-lit weh dalam kereta. TAPI… semua tu hilang bila aku sampai dekat pintu masuk The Hut!




Mula-mula aku tak perasan jugak tempat ni, sebab pagar dia lebih kurang dengan rumah-rumah dekat situ, tapi bila pagar bukak… Fuh! Tersergam indah chalet yang dibina menggunakan kayu-kayu serta atap nipah ni. Memang sebijik macam rumah kampung lama.

Kadar Bilik Di The Hut , Serkam


Dekat sini, korang ada pilihan 2 jenis bilik, sama ada nak queen bed ataupun bilik dengan 2 katil single bed. Ada 2 bilik queen dan 3 bilik single bed. 




Disebabkan aku berkongsi bilik dengan FF; kitorang dibagi bilik single lah. Menandakan status kitorang yang single ni. Hahahaha. Single ke?

Musim Cuti (Holiday Season)
·         RM180 untuk hari biasa; RM200 untuk hari minggu

Musim Biasa (Normal Season)
·         RM160 Untuk hari biasa; RM180 untuk hari minggu

Kalau korang perasan, dia ada ‘flat rate’ tak kira jenis bilik. So, sama sahaja kalau korang amik single ataupun queen. Terpulang kepada keselesaan masing-masing.




Ni kawasan luar bilik korang~ 

Fasiliti Di The Hut

Fasiliti/Kemudahan yang ada dekat The Hut ni  :
  • Bilik berhawa dingin (Rumah kampung, tapi ada aircond tau!)
  • Pemanas Air
  • Kelengkapan asas (tuala, sabun mandi, shampoo, sejaddah,tv)
  • WIFI percuma (tapi slow sikit sebab kawasan)
  • Tempat BB
  • Dapur
  • Swimming pool (untuk budak, orang besar masuk paras lutut ajelah)
Ni nak cerita sikit pasal dapur. Yes, dekat sini konsep dia centralized kitchen. Maknanya 5 bilik ni boleh gunakan dapur ni pada bila-bila masa. Cuma, bahan-bahan korang kena beli sendiri kalau nak masak. Bahan asas untuk buat air disediakan.





Lagi satu, kalau nak request The Hut masakkan pun boleh, Cuma ini kena buat special arrangement dan kos dia lain lah pulak. Bergantung kepada jenis masakan dan sebagainya.

Untuk sesi BBQ pun sama, just korang bagitahu korang nak makan apa, nanti pihak The Hut akan sediakan.

Cara Tempahan : 


Setakat ni, korang boleh buat tempahan melalui :






Nak cuci mata lagi atau untuk dapatkan info lebih lanjut ; boleh ke Facebook ataupun Instagram The Hut,Serkam :

Facebook : The Hut
Instagram : @thehutmalaysia
Alamat : KM18, Jalan Serkam Pantai, Kampung Serkam Timur, 77300 Merlimau, Melaka



Sekian.