Home Blog Services About Free Audit
Aryl Je · Digital Narrative Strategist

Something
brewing.

The new home for SEO, GEO, and digital authority strategy is being built. In the meantime, the blog is live and I'm taking on clients.

Building authority that AI engines cite. Malaysia.
IG TH LT

Senarai Drama Korea Terbaik Sepanjang 2018


Jujur la, walaupun korang tak layan k-pop ataupun memang anti, tapi bila dah dengar, kekadang badan terikut sekali nak menari ataupun setidaknya lima minit lepas tu korang akan cari atau nak dengar lagi. Atau, mungkin jugak tak kot. Hehe.


Sama jugak dengan Drama Korea, atau sinonim dengan K-Drama. Dah nak masuk 2019 ni, mesti ada yang cakap, eleh tah pape layan drama Korea. Lantak diorang lah, itu pilihan engkorang.

Kalau aku sendiri, drama Korea ni aku tengok online je dari zaman study dulu, tapi bukan layan habis. Aku selective. 


Macam biasa lah, baru-baru nak kenal Kdrama ni, starter pack dia kau kena start dengan Full House, pastu Boys Over Flower, then kau proceed dengan yang popular sebelum ni macam Goblin ke…


Tapi, kalau korang nak cari drama Korea terbaik untuk tahun 2018 ni, mana la tahu nak marathon sebelum start semester ke, nak layan sebelum tahun baru ke, ini ada senarai Drama Korea Paling Popular pada 2018.

Ini ranking Drama Korea Terbaik 2018, ranking ni diberikan oleh peminat Kdrama sendiri jugak ye…

#1. What’s Wrong with Secretary Kim
Park Seo-joon, Park Min-young, Lee Tae-hwan

#2. My ID Is Gangnam Beauty
Im Soo-hyang, Cha Eun-woo, Jo Woo-ri

#3. 100 Days My Prince
Do Kyung-soo, Nam Ji-hyun, Jo Sung-ha

#4. Still 17
Shin Hye-sun, Yang Se-jong, Ahn Hyo-seop

#5. Are You Human?
Seo Kang-joon, Gong Seung-yeon, Lee Joon-hyuk

#6. Welcome to Waikiki
Kim Jung-hyun, Lee Yi-kyung, Son Seung-won

#7.Lawless Lawyer
Lee Joon-gi, Seo Ye-ji, Lee Hye-young

#8. Mr. Sunshine
Lee Byung-hun, Kim Tae-ri, Yoo Yeon-seok

#9. Come and Hug Me
Jang Ki-yong, Jin Ki-joo, Heo Joon-ho

#10. Love in the Moonlight
Park Bo-gum, Kim Yoo-jung, Jinyoung

Ini antara top 10 drama Korea yang diundi oleh peminat sendiri dekat satu laman web yang memang senaraikan apa-apa sahaja benda pilihan penonton. Aku try jugak cari dalam top 50 drama korea yang aku rasa worth watching, dalam erti kata lain yang aku sempat tengok tahun 2018 ni. Antaranya,

#34. Live


Ini sebab ada Lee Kwang-soo. Ahahaha, macam awkward, kau tahu lah perangai Kwagsoo dekat Runningman tu macam mana. Sekali bawak watak Polis. 

Dia macam, kau susah nak percaya. Lepas beberapa minit, kau akan perasan yang Kwangsoo ni memang power belakon.

Selain tu, apa yang trending dekat Netflix aku layan jugak, macam yang ni, Strong Woman Do Bong Soon nih.


Eh dah lah, sikit-sikit je share. Bosan-bosan ni terasa nak menulis, bukan apa pun. Hehehe. Ok secara jujurnya, kebanyakan yang dalam senarai tu, aku tak tengok lagi. Sebab, dah cakap tadi kan, aku selective. Hehe. 

Tapi, kalau ada Park Shin Hye, bagitau aku. Hahaha.



Cambodia : Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Phnom Penh



Sebelum ni, memang tak pernah terlintas satu hari akan sampai ke Phnom Penh, Cambodia. Tahun ni, disebabkan ada bola, Piala AFF Suzuki haritu, sempatlah aku jejak kaki ke sana. Lama jugak dekat sana, almost seminggu, cuma aku tak keluar dari area Phnom Penh tu.

Kalau nak cerita pasal iteneri, bosan. Sebab jujur aku cakap, pegi sana, niat nak tengok bola ni, feel dia lain. Kau tak rasa nak bergerak ke mana-mana. Tapi, kalau korang nak cari aktiviti dan tempat menarik di Phnom Penh ni, aku ada pengalaman sikit.



Kalau nak ikutkan, memang banyak tempat dan aktiviti menarik dekat Phnom Penh yang korang boleh buat, Cuma korang larat tak larat, sanggup tak sanggup je. Sebabnya, kalau korang nak tahu, korang boleh naik bas dari Phnom Penh untuk ke Siem Riep. Boleh tengok Angkor Wat. Hehe…



Phnom Penh, dia adalah ibu negara Cambodia. Bandar Phnom Penh ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Sungai Mekong dan Tonle Sap. Dekat Phnom Penh sendiri, memang banyak pasar-pasar, muzium dan sebagainya. Kalau korang minat sejarah dan kebudayaan, boleh ke sini.

Cambodia, matawang dia dia pakai Riel. Dan boleh jugak pakai USD. Pengiraan dia senang, RM1 kita bersamaan 1000 Riel. Mula-mula agak kekok, tapi aku cadangkan korang bawak dua-dua matawang. Sebabnya, dekat kedai-kedai kecik kalau korang taka da Riel, memang kena pau 1 dollar aje. Padahal kalau dalam Riel, baru berapa.

Untuk tukar duit Riel ataupun duit Cambodia ni, dekat Malaysia memang susah. Mungkin merchant besar ada. Tapi, korang jangan risau. Dekat Airport ada money changer. Cumanya, jangan bagi Ringgit, korang tukar sesiap ke USD. Macam aku itu hari, aku bawak 100 USD. 50 USD aku tukar ke Riel. 50 USD lagi simpan. Kalau kedai-kedai kecik, aku bagi Riel, nak masuk muzium pe semua, aku guna USD. 

Travel adapter, kena bawak. Sebab diorang pakai 2 pin plug.

Untuk transport, korang download GRAB- masa order, tukar kepada TUK-TUK, jauh gila murah dia daripada tahan tuk-tuk tepi jalan. Gunalah Grab.

Masa dekat sana, aku duduk hostel je, RS III nama dia. Selesa sangat,satu dorm ada 4 orang. Tapi memang puas hati.



Nak makan, turun bawah, jalan sikit je. Ada makanan Halal. Nama dia, Warung Bali. Iye, dekat Cambodia, makanan Indonesia. Rare kan? Hehe.

Okay, untuk hari pertama. Iteneri Ringkas Di Phnom Penh aku macam ni :



Sampai area Hostel RS III tu dah tengah hari, dah nak masuk petang kalau tak silap, makan, dan terus naik bilik, rehat. Sebab memang penat. Malam, aku jalan-jalan tepi sungai tu je, memang banyak kedai untuk makan, tapi nak cari yang Halal tu susah.



Hari Ke-2



8/11/2018 – Hari ke-dua, tak banyak yang berlaku. Sebab MATCHDAY antara Malaysia dan Cambodia. Jadi, bangun pagi tu, pegi makan. Rehat dekat bilik, dalam pukul 3 or 4 macam tu, dah gerak ke Stadium Olimpik, Cambodia.
Lepas game, memang penat. Tak banyak cerita. Tidur,. Hahaha

Hari Ke-3
Hari ke-3, Jumaat. Aku start explore kawasan aku stay tu. Kalau nak diikutkan, Hostel RS III ( RS Three) ni terletak besebelahan dengan Muzium dan dekat dengan Royal Palace. Kalau nak masuk Muzium, seingat aku kena bayar USD 10 = RM 40 lebih kurang. Tapi disebabkan, macam aku cakap, nawaitu nak ke sana tu tengok bola, jadi aku taka da feel nak explore sangat. Jadi aku skip.



Solat Jumaat – ini pengalaman yang aku rasa takkan dapat dekat mana-mana. Khutbah bahasa Cambodia. Hehe. Memang la tak faham kan, tapi merasa la jugak. Masjid Al-Serkal nama dia. Memang cantik.

Lepas dari masjid (jarak dari Masjid ke Hostel, dalam 3km, balik aku jalan kaki beb. Nak explore punya pasal. Sempat jugaklah singgah kedai makan, nasi ayam depan Masjid tu. Muslim, Halal. Dekat kawasan masjid ni, memang banyak makanan Halal.



Kendian aku singgah kedai kopi. Doctors nama dia. Sebenarnya, singgah sebab nak tumpang aircond ngan toilet je, hehe. Alang-alang, try la coffe dia. Lebih kurang café hipster sini jugak. Tak jauh beza. Harga pun lepas convert, sama.



Hari Kemerdekaan Cambodia
Ha, ini yang aku paling suka masa travel. Benda genuine yang tak perlu dibayar. Pengalaman yang tak dapat kau beli. Kebetulan, tarikh tu, Cambodia sambut kemerdekaan. 



Lepaklah aku depan Royal palace, lebih kurang macam dataran Putrajaya lah. Ada pertunjukan bunga api. Peliknya, diorang kat sini bukan tembak kul 12 macam kat sini tau, dia pukul 8.30 tak silap aku.

Hari Ke-4.
Masuk ke Royal Palace. Aku masuk perkarangan je, sebab nak masuk dalam bayar USD 10 jugak tak silap aku. RM40. Jadi, aku admire bangunan yang menempatkan Raja diorang ni dari luar ajelah. Tapi, aku sangat suggest korang ke sini. Tengok seni binaan Khmer yang dah ada sejak 1866.




Kendian aku ke Tuolsleng Genoside Museum.  




Kalau korang ikut sejarah Cambodia, dulu pernah ada satu masa, ada rejim Pol Pot sempat perintah kejap. Dia ni memang agak zalim lah. Dan, inilah tapak sekolah yang dijadikan tahanan oleh Pol Pot dan konco-konconya untuk menyiksa dan membunuh dengan kejam. Aku nasihatkan, akalu tak kuat semangat, jangan masuk.

Sebab, semua yang ada dalam ni, adalah 100%REAL, bukan replica! Dripada katil, sel penjara, alat penderaan, semua ada. Gambar yang buat kau tak boleh tidur malam pun ada.

Sejarah Tuol Sleng – Sekolah Penyiksaan Rakyat Kemboja
Sejarahnya, asalnya memang ini adalah sekolah menengah. Pada tahun 1975, Pol Pot dah ubahsuai sekolah ni untuk dijadikan penjara, dan dikenali sebagai S.21 ( Security Office 21). 




Setiap tingkat di sekolah ni digunakan sebagai penjara dan tempat untuk menyiksa rakyat Kemboja yang taknak bekerjasama dengan Pol Pot. Disiksa hingga mati dengan kejam eh. Yang bestnya, Pol Pot ni dia kumpulkan semua orang-orang bijak pandai untuk diseksa. 

Sebabnya, dia taknak diorang ni gulingkan dia nanti. Macam mana kantoi, sebab ada wartawan dari Sweden dedahkan. Ini kisah penuh :


Salah seorang yang masih hidup Bou Meng nama dia. Dia terselamat dari dibunuh oleh Pol Pot sebab pandai melukis. 

Perasan gambar dekat dinding, inilah lokasinya. Barang semua 100% real, bukan replika. 

Ini pulak keluasan sel penjara dia. Memang sempit.

Gambar-gambar mangsa ~ 

Sebenarnya, untuk melengkapkan lawatan korang, korang kena pegi Killing Field pulak. Cuma dia agak jauh dari sini. Dan dekat sana sama jugak sejarahnya. Killing Field ni adalah kubur besar-besaran Rejim Kejam Pol Pot, lebih daripada 20,000 kubur besar yang ditemui. Dianggarkan hampir SEJUTA orang yang terkorban semasa rejim ni memerintah.

Ok, Habis pasal tu.

Dari Penjara S.21 tadi, aku jalan kaki je, dalam 5km untuk ke Monumen Kemerdekaan Phnom Penh, ataupun Independence Monument


Kalau nak tahu, ia dibina pada 1958. Dan dibina untuk mengingati tarikh diorang bebas dari Jajahan Perancis pada 1953. Dibuka secara rasmi pada 1962.



Dekat situ jugak, ada tugu peringatan dipanggil Norodom Sihanouk Memorial. Satu bentuk patung yang didirikan mengingati ayah kepada Raja Cambodia sekarang. Ia didirikan sebab Raja Norodom inilah yang berjaya memerdekakan Cambodia pada 9 November 1953 dulu daripada Perancis.

Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat best, cuma aku tak banyak nak bergerak. Sen tak keras masa tu. Hehe… Kasar modal nak bergerak kat Cambodia ni. Makanan Halal payah cari, mahal pulak tu.
untuk rujukan korang, ini ada harga nak masuk tarikan menarik di Phnom Penh dan waktu operasi diorang sekali.



Oh, sebelum aku terlupa. Dekat sana nak dapatkan sim kad senang je. Keluar airport, dah ada. Cuma, dekat sana line tak laju sangat, aku haritu guna poket wifi dari Roamingman je. Line stabil, connection power. Senang cerita, puas hati sangat! 



Atau, pilihan kedua, korang boleh dapatkan Samurai Wifi, sama jugak kaedahnya. 



Nak sewa pun senang, online je, klik,klik, klik, sebelum gerak, ambil kat KLIA. Memang puas hati beb!

Tarikan Dan Aktiviti Menarik Di Padang,Indonesia


Kebiasaannya, kalau orang sebut Padang, perkara pertama yang terlintas, mesti Bukit Tinggi. Tapi, ada ke tempat-tempat menarik selain Bukit Tinggi Di Padang? Jawapan dia, ADA!

Disebabkan tak selalu orang Malaysia berkunjung ke Padang, jadi kita jarang sangat dengar pasal tempat-tempat menarik yang ada di Padang. Kalau ada yang pergi pun, ke Bukit Tinggi, sebab tu Bukit Tinggi agak popular daripada destinasi lain.

Meh sini, aku nak ceritakan tempat menarik di Padang, selain Bukit Tinggi.
Sebelum aku cerita lebih jauh, kebanyakan tempat yang aku pergi ni percuma, kecuali masuk ke pulau-pulau. Nanti aku ceritakan pasal Island Hopping di Padang ni ye.

Nak dijadikan cerita, aku berkesempatan ke Padang, Indonesia. Tak lama, Cuma 3 hari 2 malam, tapi Iteneri 3 hari 2 malam di Padang ni pun dah cukup puas pada aku.
Meh aku ceritakan Iteneri 3 Hari 2 Malam Di Padang, Indonesia.

Hari 1 :
Hari pertama, Jumaat.



Ada, Hasif Hamsyari, Afzalsukasuki, Nisa Kay, Ainyy Zain dan Bebelan Cik Min

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang sekitar jam 11.25 pagi, waktu Indonesia. Gedebak gedebuk dalam airport, imigresen dan sebagainya, lebih kurang pukul 12.30 dah keluar. Kami (sebab sebenarnya trip ni ber 6 termasuk aku) dijemput dengan Van yang sangat selesa oleh Dinas Pariwisata Padang.

Diorang ni tourism Padang lah senang cerita. Nanti aku bagi link Instagram diorang dekat akhir post. Terus, dibawa ke masjid untuk solat Jumaat. Cuma masa ni, aku belum keluarkan kamera, malas nak unpack.

Lepas tu, dibawa ke Restoran Sederhana. Memang pure masakan Padang.






Ini sebenarnya aku rasa kalau tak silap, pertama kali aku makan masakan Padang, baru aku tahu yang lauk memang diorang akan letak banyak-banyak atas meja, mana kita tak usik, dia tak akan kira. Tapi, memang kalau korang datang ke sini, aku recommend makan dekat sini.







Tengoklah makanan-makanan ni; punyalah banyak, tapi murah. Seorang lebih kurang RM20, tapi memang puas hati makanan dia.




Rumah Makan Sederhana
Alamat : Jalan Rasuna Said, No 81A, Padang, dia memang tepi jalan je. Besar restorannya, senang nampak.

Lepas dah makan, dibawak pulak melawat Monumen Korban Gempa. Monumen ni, didirikan sempena memperingati peristiwa gempa yang mengorbankan banyak nyawa di padang pada tahun 2009.




Dia terletak berdepan dengan hotel Grand Inna Padang, dan kalau nak kesini, korang boleh naik bas percuma yang disediakan khas untuk bawak korang melawat tempat-tempat menarik dekat sekitar Padang. BIS City Tour namanya. Ada 6 trip setiap hari, dan bas percuma ni disediakan setiap hari minggu dan cuti umum.




Kemudian, korang boleh melawat Kelenteng See Hin Kiong, kelenteng (tokong) ni kalau nak ikutkan dah ada sejak tahun 1841, dan tapak asal kelenteng ni lebih kurang 100 meter dari tempat sekarang. Kelenteng See Hin Kiong ni dipindahkan pada tahun 2010 setelah bangunan asalnya terkesan akibat gempa dan siap sepenuhnya pada tahun 2013.




Dari maklumat aku dapat borak dengan penjaga tempat ni, semua perhiasan dalaman kuil ni diimport dari China, sebab tu dia ambil masa 3 tahun nak lengkap sepenuhnya.

Dekat sini aku belajar benda baru pasal agama dan kepercayaan orang lain. Satu, setiap patung atau tuhan ni ada tujuan dia tersendiri, sama ada untuk kuasa, kekayaan, nak dapatkan zuriat dan sebagainya.





Nak masuk ke sini, sama je, korang kena sopan dan bersesuaian lah dengan nak masuk tempat ibadat yang lain. Cuma, kalau tengah datang bulan, korang tak dibenarkan masuk.

Dari sini, kitorang dibawak pula ke, Jembatan Siti Nurbaya. 



Sejujurnya, nama Siti Nubaya ni aku pernah dengar, aku ingat Dewa 19 ada lagu yang ada nama Siti Nurbaya. Rupanya, Siti Nubaya ni adalah cerita terkenal tentang cinta yang tak kesampaian antara Siti Nurbaya dan juga kekasihnya iaitu Samsul Bahri.



Nanti aku korek lagi pasal cerita Siti Nurbaya ni, tapi berkenaan jambatan ni, dibangunkan pada tahun 2002 untuk menghubungkan Kota Tua dan Gunung Padang.

Jembatan ni, yang special pada aku selain sejarah Siti Nurbaya tu sendiri adalah pemandangannya. Terletak betul-betul di muara sungai, jadi memang banyak sampan dan kapal yang diparking bawah jambatan sepanjang Sungai Batang Arau ni. Sekali tengok, macam Venice pun ada.




Pantai Air Manis
Pantai Air Manis ni, kalau sekali tengok, tak ubah macam pantai-pantai lain. Cumanya, dekat sini ada peninggalan atau tapak kapal dan bentuk orang bersujud atau popular disebut sebagai Lagenda Malin Kundang. 




Bukan cerita sinetron tu, tapi ceritanya ala-ala Si Tanggang. Derhaka dekat ibu, lalu disumpah jadi batu. Dekat sini, memang jelas nampak bentuk orang tengah bersujud, bangkai kapal, tali dan barang-barang yang dah jadi batu.





Selain tu, korang boleh cuba naik ATV untuk explore kawasan pantai. Harga IDR 100,000 untuk sejam. Memang puas hati.


Kendian, sebab hari dah malam, barulah check in di De’ Oxville Hotel, Padang. Aku diberikan bilik Deluxe, rate bilik ni adalah IDR 950,000 satu malam iaitu bersamaan RM272. Nanti aku sediakan link untuk book hotel ni ye.






Memang menarik hotel dia, design dalam pun cantik. Untuk single room dekat sini IDR550,000 (RM160) lebih kurang.








Dah check in, mandi, kitorang dibawa untuk melihat persembahan tradisional dekat Kampung Budaya Limau Manis. Sambil makan, kitorang dipersembahkan beberapa persembahan tarian, kebudaayaan yang asal dari Minang sendiri





Antaranya persembahan Gendang Tambua, Persembahan Galatiak Anak Nagari, Tari Buai-Buai dan tarian Sampan. Sangat menarik. Sebabnya selain persembahan tarian, dekat kampong budaya ni, korang boleh datang untuk stay dan belajar seni persembahan dan sebagainya. 




Jadi, ini jugak tempat anak-anak muda sekitar sini berkumpul untuk belajar budaya. Kan best kalau dekat Malaysia pun ada.
Selesai sini, balik, tidur dan rehat.

De' Oxville Hotel, Padang :



Iteneri Ringkas Hari Pertama :
Airport > Masjid > Restoran Sederhana > Monumen Gempa > Kelenteng See Hin Kiong > Jembatan Siti Nurbaya > Pantai Air Manis > Kampung Budaya Limau Manis

Hari Ke- 2 : Island Hopping!
Hari ke-dua, kami dibawa untuk Island hopping! Boleh dikatakan, inilah highlight trip kali ni. Tak sangka dekat Padang ni, pantai, pulau dia sangat cantik!





Dari Hotel, kitorang dibawa ke kawasan Bungus. Lebih spesifik, di Pantai Alvino. Sini adalah jeti untuk ke Pulau. So, sememangnya kalau korang amik pakej, dia akan bawa ke 3 pulau. Iaitu, Sirandah, Pulau Pagang, dan Suwarnadwipa.




Pakej island hopping ni  IDR 200,000 termasuk
- makan tengah hari / sekali makan
- island hopping 3 pulau (Sirandah, Pagang, Suwarnadwipa)
- aktiviti seperti banana boat, snorkeling

Macam haritu, Pulau Sirandah tu kitorang hanya lalu dan tak singgah.





Pulau Pagang



Tak perasan lense ada air. Cis!



Salah satu tarikan Pulau di Padang ni. Macam biasa, aktiviti yang korang boleh buat adalah snorkeling, main banana boat dan aku rasa, korang puas lah bergambar dekat sini. Nak cerita lebih pun, aku boleh gambarkan aje. Cantik. Memang cantik.






Pulau Suwarnadwipa





Disini, ada jugak resort, cumanya aku rasa tak ramai yang pilih untuk bermalam dekat sini. 




Tapi, apa yang special pasal Suwarnadwipa ni, dia ada ayun bawah air, ataupun buaian yang ditanam bawah air.. 

Korang kena menyelam, tahan napas, dan dapatlah gambar macam ni :



Cumanya, bawaklah GoPro atau kamera yang boleh masuk air ye.

Seharian jugak kitorang duduk di pulau. Masuk dalam pukul 9, perjalanan untuk sampai ke pulau Sirandah dari jeti adalah 40-50 minit. Kemudian duduk di satu pulau dalam 3 hingga 4 jam. By pukul 4.30 dah bertolak dari Suwarnadwipa. 






Nasihat aku, bawaklah plastic atau telan ubat mabuk laut dulu. Sebab masa pegi, ombak tak berapa kuat, waktu balik, lain macam ombak dia. Hehe…




Hari kedua, habis dengan island hopping je. Malam, rehat dekat bilik.
Aku macam biasa, lepas mandi-mandi, kena pulak ada game Malaysia lawan Myanmar, menang pulak, jadi hilang penat. Aku keluar lepak kedai kopi sebelah hotel tu. Nama dia Opa Mahmud!




Aku memang minat kopi, masa travel, memang aku suka cuba kedai-kedai kopi local macam ni. Menariknya, menu dia sini fusion beb. Aku cuba indomee cheese dengan kopi ais special dekat sini, diorang bekukan kopi dia bentuk cube. 





Memang rasa dia best.
Sempat jugak sembang dengan owner dia yang aku lupa tanya nama, tapi dia asal dari Bandung, dah 5 tahun kalau tak silap bukak warung ni dekat Padang. Dia jugak selalu datang KL katanya. Banyak la bercerita pasal kopi, dan aku cuba kopi tetes diorang. Pure kopi, tak ada gula, tak ada susu. Kopi sebenar kata orang! Memang power!




Oh telupa, sepatutnya kitorang keluar ke Masjid Raya Sumatera Barat (Sumbar), tapi sebab semua dah flat, penat, kitorang cancel. Tapi Masjid ni memang menarik binaan dia. Dibina olek arkitek Rizal Muslimin dan kalau nak ikutkan sumber, boleh muat sehingga 20,000 orang.





Hari kedua :
Bungus > Pantai Alvino > Pulau Sirandah > Pulau Pagang >Pulau Suwarnadwipa Masjid Sumbar 

Extra : Lepak Kedai Opa Mahmud

Hari Ke-3

Hari ke-3, pagi tu breakfast dekat hotel. 




Kendian dibawa ke Padang City Tour, yang aku cakap naik bas percuma awal tadi tu.

Kitorang start naik dekat Pantai Padang





Bas percuma ni, dah ada route dia, jadi tempat yang aku cakap macam Monumen Gempa, Kelenteng tu ada dalam route bas percuma Padang ni.




Gunung Padang






Asalnya, kitorang nak cancel naik ke Gunung Padang, sebab cuaca pagi tu hujan lebat.Tapi, lepas naik Bas Percuma untuk Padang City Tour tu, kitorang decide singgah jugak. Agak mendaki lah nak naik ke puncak, tapi pendakian guna anak tangga. 






Cuma nak ingatkan, pakai kasut yang tapak dia kasar kalau naik lepas hujan. Tangga agak berlumut dan licin.




Kalau nak diikutkan, dulu inilah bekas kubu yang dibina masa penjajahan Belanda ke atas Indonesia. Jadi, dekat lereng-lereng bukit ni, ada tapak peninggalan meriam, kubu dan sebagainya.

Makam Siti Nurbaya



Sebelum ke puncak, korang kena turun sikit, untuk sampai ke Makan Siti Nurbaya, beliau dimakamkan atas Gunung Padang ni. Kenapa dimakankan atas gunung, ada beberapa teori. Pada aku, mungkin ini simbolik, untuk mengangkat martabat dia. 

Kedua, teori aku, ketika diserang Belanda dulu, dia larikan diri ke sini dan meninggal disini. TAPI, ini hanyalah teori aku. Aku tak dapat lagi cerita sebenar.



View Dari Atas Gunung Padang
Ni view dari kawasan bertulis Padang, dekat gambar sebelum ni (refer gambar dekat Pantai Padang). Dari situ aku ambik gambar ni... 

Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim


Sebelum berangkat ke airport, kitorang singgah ke pusat beli oleh-oleh ni di pekan Padang. Dekat sini, ada macam-macam oleh-oleh yang korang boleh bawak balik ke Malaysia, 





daripada kerepek, rendang, perencah, kopi, baju, telekung, SEMUA ada. One Stop Centre gittu.

Rumah Makan Lamun Ombak





Sebelum ke Airport, singgah dulu makan last sebelum balik ke Malaysia. Sama jugak menu dekat sini, Nasi padang. Konsep sama jugak, apa yang dihantar, kalau tak berusik, dia tak kira. Memang sedap, dan berbaloi.

Lepas tu, ke Airport, dan berangkat ke KL.

SO itenery hari last :
Padang City Tour > Pantai Padang > Gunung Padang > Makam Siti Nurbaya > Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim > Rumah Makan Lamun Ombak > Airport

Lebih kurang macam tu lah Iteneri 3 Hari 2 Malam di Padang. Memang banyak aktiviti menarik di Padang, selain daripada Bukit Tinggi. 

Kalau nak disimpulkan, Padang ni lengkap, nak liburan ke kota boleh, nak cari nature boleh, nak ke pulau pun boleh. All-In-One.

So, kalau nak kesini, memang berbaloi. Tak lupa jugak terimakasih kepada Dinas Pariwisata Padang yang dah jemput aku untuk kesini menikmati tempat menarik di Padang.

Nak dapatkan pakej dan info, boleh cari Dinas PariwisataPadang di Instagram.

Tak lupa jugak, masa ke sini haritu, aku guna Roamingman punya pocket wifi. Memang senang, satu device, boleh guna 6 orang, klik sini untuk sewa pocket wifi ye.