Kebiasaannya, kalau orang sebut Padang, perkara pertama yang
terlintas, mesti Bukit Tinggi. Tapi, ada ke tempat-tempat menarik selain Bukit
Tinggi Di Padang? Jawapan dia, ADA!
Disebabkan tak selalu orang Malaysia berkunjung ke Padang,
jadi kita jarang sangat dengar pasal tempat-tempat menarik yang ada di Padang.
Kalau ada yang pergi pun, ke Bukit Tinggi, sebab tu Bukit Tinggi agak popular
daripada destinasi lain.
Meh sini, aku nak ceritakan tempat menarik di Padang, selain
Bukit Tinggi.
Sebelum aku cerita lebih jauh, kebanyakan tempat yang aku
pergi ni percuma, kecuali masuk ke pulau-pulau. Nanti aku ceritakan pasal
Island Hopping di Padang ni ye.
Nak dijadikan cerita, aku berkesempatan ke Padang,
Indonesia. Tak lama, Cuma 3 hari 2 malam, tapi Iteneri 3 hari 2 malam di Padang
ni pun dah cukup puas pada aku.
Meh aku ceritakan Iteneri
3 Hari 2 Malam Di Padang, Indonesia.
Hari 1 :
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, Padang
sekitar jam 11.25 pagi, waktu Indonesia. Gedebak gedebuk dalam airport,
imigresen dan sebagainya, lebih kurang pukul 12.30 dah keluar. Kami (sebab
sebenarnya trip ni ber 6 termasuk aku) dijemput dengan Van yang sangat selesa
oleh Dinas Pariwisata Padang.
Diorang ni tourism Padang lah senang cerita. Nanti
aku bagi link Instagram diorang dekat akhir post. Terus, dibawa ke masjid untuk
solat Jumaat. Cuma masa ni, aku belum keluarkan kamera, malas nak unpack.
Ini sebenarnya aku rasa kalau tak silap, pertama kali aku
makan masakan Padang, baru aku tahu yang lauk memang diorang akan letak
banyak-banyak atas meja, mana kita tak usik, dia tak akan kira. Tapi, memang
kalau korang datang ke sini, aku recommend makan dekat sini.
Tengoklah makanan-makanan ni; punyalah banyak, tapi murah.
Seorang lebih kurang RM20, tapi memang puas hati makanan dia.
Rumah Makan Sederhana
Alamat : Jalan Rasuna Said, No 81A, Padang, dia memang tepi
jalan je. Besar restorannya, senang nampak.
Lepas dah makan, dibawak pulak melawat Monumen Korban Gempa. Monumen ni, didirikan sempena memperingati
peristiwa gempa yang mengorbankan banyak nyawa di padang pada tahun 2009.
Dia terletak berdepan dengan hotel Grand Inna Padang, dan
kalau nak kesini, korang boleh naik bas percuma yang disediakan khas untuk
bawak korang melawat tempat-tempat menarik dekat sekitar Padang. BIS City Tour
namanya. Ada 6 trip setiap hari, dan bas percuma ni disediakan setiap hari
minggu dan cuti umum.
Kemudian, korang boleh melawat Kelenteng See Hin Kiong, kelenteng (tokong) ni kalau nak ikutkan dah ada sejak
tahun 1841, dan tapak asal kelenteng ni lebih kurang 100 meter dari tempat
sekarang. Kelenteng See Hin Kiong ni dipindahkan pada tahun 2010 setelah
bangunan asalnya terkesan akibat gempa dan siap sepenuhnya pada tahun 2013.
Dari
maklumat aku dapat borak dengan penjaga tempat ni, semua perhiasan dalaman kuil
ni diimport dari China, sebab tu dia ambil masa 3 tahun nak lengkap sepenuhnya.
Dekat sini aku belajar benda baru pasal agama dan
kepercayaan orang lain. Satu, setiap patung atau tuhan ni ada tujuan dia
tersendiri, sama ada untuk kuasa, kekayaan, nak dapatkan zuriat dan sebagainya.
Nak masuk ke sini, sama je, korang kena sopan dan
bersesuaian lah dengan nak masuk tempat ibadat yang lain. Cuma, kalau tengah
datang bulan, korang tak dibenarkan masuk.
Sejujurnya, nama Siti Nubaya ni aku pernah
dengar, aku ingat Dewa 19 ada lagu yang ada nama Siti Nurbaya. Rupanya, Siti
Nubaya ni adalah cerita terkenal tentang cinta yang tak kesampaian antara Siti
Nurbaya dan juga kekasihnya iaitu Samsul Bahri.
Nanti aku korek lagi pasal cerita Siti Nurbaya ni, tapi
berkenaan jambatan ni, dibangunkan pada tahun 2002 untuk menghubungkan Kota Tua
dan Gunung Padang.
Jembatan ni, yang special pada aku selain sejarah Siti
Nurbaya tu sendiri adalah pemandangannya. Terletak betul-betul di muara sungai,
jadi memang banyak sampan dan kapal yang diparking bawah jambatan sepanjang
Sungai Batang Arau ni. Sekali tengok, macam Venice pun ada.
Pantai Air Manis
Pantai Air Manis ni, kalau sekali tengok, tak ubah macam
pantai-pantai lain. Cumanya, dekat sini ada peninggalan atau tapak kapal dan
bentuk orang bersujud atau popular disebut sebagai Lagenda Malin Kundang.
Bukan
cerita sinetron tu, tapi ceritanya ala-ala Si Tanggang. Derhaka dekat ibu,
lalu disumpah jadi batu. Dekat sini, memang jelas nampak bentuk orang tengah
bersujud, bangkai kapal, tali dan barang-barang yang dah jadi batu.
Selain tu, korang boleh cuba naik ATV untuk explore kawasan
pantai. Harga IDR 100,000 untuk sejam. Memang puas hati.
Kendian, sebab hari dah malam, barulah check in di De’ Oxville Hotel, Padang. Aku
diberikan bilik Deluxe, rate bilik ni adalah IDR 950,000 satu malam iaitu
bersamaan RM272. Nanti aku sediakan link untuk book hotel ni ye.
Memang menarik hotel dia, design dalam pun cantik. Untuk
single room dekat sini IDR550,000 (RM160) lebih kurang.
Dah check in, mandi, kitorang dibawa untuk melihat
persembahan tradisional dekat Kampung Budaya Limau Manis. Sambil makan,
kitorang dipersembahkan beberapa persembahan tarian, kebudaayaan yang asal dari
Minang sendiri
Antaranya persembahan Gendang Tambua, Persembahan Galatiak Anak Nagari, Tari Buai-Buai dan tarian Sampan. Sangat menarik. Sebabnya selain persembahan tarian, dekat kampong budaya ni, korang boleh datang untuk stay dan belajar seni persembahan dan sebagainya.
Selesai sini, balik, tidur dan rehat.
De' Oxville Hotel, Padang :
Iteneri Ringkas Hari Pertama :
Airport > Masjid > Restoran Sederhana > Monumen
Gempa > Kelenteng See Hin Kiong > Jembatan Siti Nurbaya > Pantai Air
Manis > Kampung Budaya Limau Manis
Hari Ke- 2 : Island
Hopping!
Hari ke-dua, kami dibawa untuk Island hopping! Boleh
dikatakan, inilah highlight trip kali ni. Tak sangka dekat Padang ni, pantai,
pulau dia sangat cantik!
Dari Hotel, kitorang dibawa ke kawasan Bungus. Lebih
spesifik, di Pantai Alvino. Sini adalah jeti untuk ke Pulau. So, sememangnya
kalau korang amik pakej, dia akan bawa ke 3 pulau. Iaitu, Sirandah, Pulau
Pagang, dan Suwarnadwipa.
Pakej island hopping ni IDR 200,000 termasuk
- makan tengah hari / sekali makan
- island hopping 3 pulau (Sirandah, Pagang, Suwarnadwipa)
- aktiviti seperti banana boat, snorkeling
- makan tengah hari / sekali makan
- island hopping 3 pulau (Sirandah, Pagang, Suwarnadwipa)
- aktiviti seperti banana boat, snorkeling
Salah satu tarikan Pulau di Padang ni. Macam biasa, aktiviti yang korang boleh buat adalah snorkeling, main banana boat dan aku rasa,
korang puas lah bergambar dekat sini. Nak cerita lebih pun, aku boleh gambarkan
aje. Cantik. Memang cantik.
Disini, ada jugak resort, cumanya aku rasa tak ramai yang
pilih untuk bermalam dekat sini.
Tapi, apa yang special pasal Suwarnadwipa ni, dia ada ayun bawah air, ataupun buaian yang ditanam bawah air..
Korang kena menyelam, tahan napas, dan dapatlah gambar macam ni :
Tapi, apa yang special pasal Suwarnadwipa ni, dia ada ayun bawah air, ataupun buaian yang ditanam bawah air..
Korang kena menyelam, tahan napas, dan dapatlah gambar macam ni :
Cumanya, bawaklah GoPro atau kamera yang boleh masuk air ye.
Seharian jugak kitorang duduk di pulau. Masuk dalam pukul 9,
perjalanan untuk sampai ke pulau Sirandah dari jeti adalah 40-50 minit.
Kemudian duduk di satu pulau dalam 3 hingga 4 jam. By pukul 4.30 dah bertolak
dari Suwarnadwipa.
Nasihat aku, bawaklah plastic atau telan ubat mabuk laut
dulu. Sebab masa pegi, ombak tak berapa kuat, waktu balik, lain macam ombak
dia. Hehe…
Hari kedua, habis dengan island hopping je. Malam, rehat
dekat bilik.
Aku macam biasa, lepas mandi-mandi, kena pulak ada game
Malaysia lawan Myanmar, menang pulak, jadi hilang penat. Aku keluar lepak kedai
kopi sebelah hotel tu. Nama dia Opa
Mahmud!
Aku memang minat kopi, masa travel, memang aku suka cuba
kedai-kedai kopi local macam ni. Menariknya, menu dia sini fusion beb. Aku cuba
indomee cheese dengan kopi ais special dekat sini, diorang bekukan kopi dia
bentuk cube.
Memang rasa dia best.
Sempat jugak sembang dengan owner dia yang aku lupa tanya
nama, tapi dia asal dari Bandung, dah 5 tahun kalau tak silap bukak warung ni
dekat Padang. Dia jugak selalu datang KL katanya. Banyak la bercerita pasal
kopi, dan aku cuba kopi tetes diorang. Pure kopi, tak ada gula, tak ada susu.
Kopi sebenar kata orang! Memang power!
Oh telupa, sepatutnya kitorang keluar ke Masjid Raya
Sumatera Barat (Sumbar), tapi sebab semua dah flat, penat, kitorang cancel.
Tapi Masjid ni memang menarik binaan dia. Dibina olek arkitek Rizal Muslimin
dan kalau nak ikutkan sumber, boleh muat sehingga 20,000 orang.
Hari kedua :
Bungus > Pantai Alvino > Pulau Sirandah > Pulau Pagang >Pulau Suwarnadwipa > Masjid Sumbar
Extra : Lepak Kedai Opa Mahmud
Hari Ke-3
Hari ke-3, pagi tu breakfast dekat hotel.
Kendian dibawa ke Padang City Tour, yang aku cakap naik bas percuma awal tadi tu.
Kitorang start naik dekat Pantai Padang;
Kendian dibawa ke Padang City Tour, yang aku cakap naik bas percuma awal tadi tu.
Kitorang start naik dekat Pantai Padang;
Bas percuma ni, dah ada route dia, jadi tempat yang aku
cakap macam Monumen Gempa, Kelenteng tu ada dalam route bas percuma Padang ni.
Asalnya, kitorang nak cancel naik ke Gunung Padang, sebab
cuaca pagi tu hujan lebat.Tapi, lepas naik Bas Percuma untuk Padang City Tour
tu, kitorang decide singgah jugak. Agak mendaki lah nak naik ke puncak, tapi
pendakian guna anak tangga.
Cuma nak ingatkan, pakai kasut yang tapak dia kasar
kalau naik lepas hujan. Tangga agak berlumut dan licin.
Kalau nak diikutkan, dulu inilah bekas kubu yang dibina masa
penjajahan Belanda ke atas Indonesia. Jadi, dekat lereng-lereng bukit ni, ada
tapak peninggalan meriam, kubu dan sebagainya.
Sebelum ke puncak, korang kena turun sikit, untuk sampai ke
Makan Siti Nurbaya, beliau dimakamkan atas Gunung Padang ni. Kenapa dimakankan
atas gunung, ada beberapa teori. Pada aku, mungkin ini simbolik, untuk mengangkat
martabat dia.
Kedua, teori aku, ketika diserang Belanda dulu, dia larikan diri ke sini dan meninggal disini. TAPI, ini hanyalah teori aku. Aku tak dapat lagi cerita sebenar.
Ni view dari kawasan bertulis Padang, dekat gambar sebelum ni (refer gambar dekat Pantai Padang). Dari situ aku ambik gambar ni...
Kedua, teori aku, ketika diserang Belanda dulu, dia larikan diri ke sini dan meninggal disini. TAPI, ini hanyalah teori aku. Aku tak dapat lagi cerita sebenar.
View Dari Atas Gunung Padang |
Sebelum berangkat ke airport, kitorang singgah ke pusat beli
oleh-oleh ni di pekan Padang. Dekat sini, ada macam-macam oleh-oleh yang korang
boleh bawak balik ke Malaysia,
daripada kerepek, rendang, perencah, kopi, baju, telekung, SEMUA ada. One Stop Centre gittu.
daripada kerepek, rendang, perencah, kopi, baju, telekung, SEMUA ada. One Stop Centre gittu.
Sebelum ke Airport, singgah dulu makan last sebelum balik ke
Malaysia. Sama jugak menu dekat sini, Nasi padang. Konsep sama jugak, apa yang
dihantar, kalau tak berusik, dia tak kira. Memang sedap, dan berbaloi.
Lepas tu, ke Airport, dan berangkat ke KL.
SO itenery hari last :
Padang City Tour > Pantai Padang > Gunung Padang > Makam Siti Nurbaya > Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim > Rumah Makan Lamun Ombak > Airport
Lebih kurang macam tu lah Iteneri 3 Hari 2 Malam di Padang.
Memang banyak aktiviti menarik di Padang, selain daripada Bukit Tinggi.
Kalau
nak disimpulkan, Padang ni lengkap, nak liburan ke kota boleh, nak cari nature
boleh, nak ke pulau pun boleh. All-In-One.
So, kalau nak kesini, memang berbaloi. Tak lupa jugak
terimakasih kepada Dinas Pariwisata Padang yang dah jemput aku untuk kesini
menikmati tempat menarik di Padang.
Nak dapatkan pakej dan info, boleh cari Dinas PariwisataPadang di Instagram.
Tak lupa jugak, masa ke sini haritu, aku guna Roamingman
punya pocket wifi. Memang senang, satu device, boleh guna 6 orang, klik sini untuk sewa pocket wifi ye.
3 Comments
Rindu Padang..eh rindu nak travel lagi hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum... Thanks for sharing dik. Memang tengah mencari sangat part detail snorkeling kt Padang.
ReplyDeleteWasalam, maaf kak lambat reply; baru jumpa macam mana nak enable comment reply. Harap dapat membantu =D
DeleteLeave a comment...