Pulau Boracay di Filipina secara rasminya telah dibuka
semula pada 26 Oktober lepas selepas ia ditutup untuk 6 bulan untuk tujuan pemuliharaan.
Apa yang tak bestnya, sehari selepas pembukaan semula
pulau Boracay, ia kembali kotor dan dicemari oleh sampah yang dibuang oleh
pelancong yang tak bertanggungjawab.
Menerusi perkongsian gambar oleh Jabatan
Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR), mereka menemukan sampah dan ini
menyebabkan mereka bertanyakan dengan sinis kepada pelancong yang kesana adakah ini #responsibletourism?
Dengan kesal, posting yang boleh didapati di Twitter
tersebut meminta dan berharap bahawa pelancong mempunyai rasa tanggungjawab
untuk membuang sampah sendiri dan mengamalkan sikap tersebut sehari-hari.
Sebenarnya, sebelum dibuka semula; pihak berkuasa Filipina
ada menggariskan beberapa panduan ataupun Do
and Don’t untuk kesemua pihak baik pelancong mahupun pengusaha resort dan
penduduk asal Filipina di Boracay.
Langkah ini adalah penting supaya penutupan pulau berkenaan
selama 6 bulan itu tidak menjadi sia-sia.
Untuk korang yang berhajat ke Boracay; ini adalah apa yang
anda boleh dan tak boleh lakukan :
#1. Segala Aktiviti Melibatkan Air Adalah Tidak Dibenarkan!
Walaupun mungkin ada pengusaha yang berdegil, tapi sebagai
pelancong yang bertanggungjawab, sila jangan sokong atau buat sebarang aktiviti
yang melibatkan air. Macam contoh, berkayak, snorkelling dan juga diving.
Aktiviti-aktiviti ini diharamkan buat sementara waktu.
#2. Hanya 19,000 Pelancong Dibenarkan Pada Satu-Satu Masa
Untuk hal ini, korang kena amik tahu yang quota pelawat
untuk ke Boracay telah dihadkan kepada hanya 19 ribu sehari.
#3. Makan, Minum dan Merokok Di Pantai Adalah DILARANG
Ini untuk mengelakkan pelancong membuang sampah ke pantai.
Jadi, diorang dah cantas awal-awal dengan mengharamkan makanan, minuman dijual
di kawasan pantai.
#4. Hotel Perlu Di Tempah SEBELUM Masuk Ke Pulau
Tempat penginapan ataupun bukti yang korang dah book tempat
penginapan haruslah ditunjuk sebelum dibenarkan masuk ke pulau berkenaan. Jadi
dah tak boleh masuk pulau dulu, baru nak cari tempat tinggal.
Jadi, korang kena book hotel di Boracay dulu ye...
#5. Larangan Penggunaan Plastik Sekali Guna
Ini mungkin lebih kepada pengusaha atau peniaga. Cumanya,
plastik yang untuk sekali penggunaan adalah diharamkan. Macam contoh, beg
plastik, straw dan juga styrofoam.
Sebenarnya ada banyak lagi syarat-syarat yang dikeluarkan,
dan ada daripadanya bukan untuk pelancong tetapi lebih kepada pengusaha dan peniaga
di Boracay. Untuk senarai penuh, boleh rujuk di inforgrafik ini :
Lagi satu, kalau nak ke Boracay, korang boleh SEWA POCKET WIFI tau... Mudah kerja korang nanti...
0 Comments