Advertisement

Menurut Airbnb, Ini Tempat Yang Korang Kena Pegi Kalau Masih 'Single'


Selalunya, bila tanya soalan “kenapa kau taknak travel” mesti ramai yang akan jawab, “tak ada geng/kawan”. Sebenarnya kan, kalau korang tergolong dalam kalangan ni, jangan risau. Ini sebenarnya masalah biasa yang kita temui bila sembang pasal travel ni.
Ada beberapa sebab kenapa ramai yang memilih nak travel sekurang-kurangnya berdua. Satu, faktor keselamatan. Lagi satu, nak save bajet. Yelah, setidaknya perbelanjaan pengangkutan, penginapan ape semua boleh dikongsi.


Tapi, yang paling penting, korang tak terikat. Tak payah nak tunggu 'masa' free orang lain, tak payah pening nak fikir kawan korang tak suka itu ini. Korang rasa nak pegi, book tiket, travel. Mudah! 
Kalau korang nak cuba travel seorang diri, atau cuba solo travelling, sebenarnya ada banyak tempat yang korang boleh pegi dan untuk korang yang single dan nak cuba travel secara berseorangan; ini ada beberapa destinasi yang korang patut tuju menurut Airbnb :
#1. Sydney, Australia


House, korang boleh lepak di Bondi Beach. Bondi Beach ni antara pantai yang popular jugak seluruh dunia. Selain pada tu, kawasan Sydney sendiri ada banyak perkara yang korang boleh explore.
Perjalanan di bandar Sydney jugak senang. Dengan pengangkutan awam yang lengkap dan efisien, korang tak perlu risau sesat atau susah nak berkomunikasi.

#2. Bali, Indonesia


Kebiasaannya, bila sebut Bali je, orang akan fikir berbulan madu, tempat romantik. Tapi, sebenarnya Bali ni boleh dikatakan destinasi yang ‘serba-boleh’. Macam aku sendiri, solo trip pertama aku, aku pilih Bali. Baca pengalaman aku di Bali kat sini.


Kalau nak nature, boleh ke kawasan Ubud. Kalau nak pantai, boleh ke Kuta. Itu belum masuk dengan bangunan dan tempat-tempat bersejarah yang korang boleh pegi.
Paling best, sewa motorsikal macam aku buat, pusinglah kepulauan Bali tu.

#3. Ho Chi Minh City, Vietnam


Orang yang single ni, biasanya jiwa dia berseni sikit. Kalau korang minat pasal kebudayaan, selain daripada ke Bali, korang boleh ke Ho Chi Minh City.


Singgah ke pasar Ben Thanh, atau korang boleh melawat Terowong Cu Chi. Terowong ni digunakan masa perang dulu.


#4. Bangkok, Thailand



Walaupun makanan Thai dah banyak dekat Malaysia, tapi setidaknya korang kena ke sana untuk rasa yang original. Kalau ke Bangkok, ada banyak tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati di Bangkok sebenarnya.



Paling best, korang lepak lah dekat Chatuchak Market. Antara pasar malam yang terbesar dunia jugak tu.

#5. Phnom Penh, Cambodia


Phnom Penh, dia adalah ibu negara Cambodia. Bandar Phnom Penh ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Sungai Mekong dan Tonle Sap. Dekat Phnom Penh sendiri, memang banyak pasar-pasar, muzium dan sebagainya. Kalau korang minat sejarah dan kebudayaan, boleh ke sini.


Kalau nak ikutkan, memang banyak tempat dan aktiviti menarik dekat Phnom Penh yang korang boleh buat, Cuma korang larat tak larat, sanggup tak sanggup je. Sebabnya, kalau korang nak tahu, korang boleh naik bas dari Phnom Penh untuk ke Siem Riep. Boleh tengok Angkor Wat. Hehe…

Baca pengalaman dan aktiviti menarik di Phnom Penh Cambodia

Post a Comment

0 Comments