Royale Chenang Resort merupakan sebuah resort yang terletak
di Pantai Tengah, Langkawi. Ha, walaupun namanya Royale Chenang, tapi dia bukan
berada di Pantai Chenang Langkawi ye, ramai yang terkeliru.
Sekitar bulan lepas, aku berpeluang lah ikut satu FAMTrip
yang dianjurkan oleh LADA sempena penilaian semula Langkawi Geopark oleh
UNESCO.
Berbalik pada Royale Chenang Resort ni, nak ceritalah sikit
pengalaman menginap di sini. Walaupun banyak habiskan masa di luar, pada aku,
kalau korang ke sini dengan keluarga mahupun kawan – kawan, memang best dan
berbaloi.
Untuk review kali ni, aku nak ciduk kriteria yang digunakan
oleh satu rancangan reality berkenaan hotel ni iaitu Hotel, Lokasi dan Tarikan,
Tidur dan ‘Value For Money’ atau bahasa mudahnya, berbaloi tak harga yang
dibayar. Dan setiap kategori markah penuh adalah 10.
Hotel – 10/10
Tak dapat dinafikan, hotel ni memang menepati citarasa yang
aku cari pada sebuah hotel. Walaupun biasanya aku akan pilih untuk tinggal di
backpackers hostel, tapi pada aku, aku pernah tinggal di hotel yang namanya
gah, tapi keadaannya teruk.
Dari segi konsep, ia boleh dikatakan hotel butik dan konsep
yang dibawakan sangat berlainan dari resort dan hotel yang ada di Langkawi.
Kalau ikutkan, kau boleh rasakan ‘mewah’ di resort ni.
Lobi Hotel |
Untuk bilik, difahamkan ada 7 jenis pilihan bilik bermula
dari Standard Twin, Deluxe Queen, Double Room dengan balkoni, Standard Queen,
Junior Suite dengan private pool, Queen Suite dan Deluxe Queen Suite.
Jadi, korang boleh pilih bilik bermula untuk 2 orang,
sehinggalah bilik yang boleh muatkan 6 orang. Harga untuk bilik standard
bermula daripada RM250 +/- untuk satu malam dan ini termasuk sarapan pagi.
Kalau untuk keluarga, kitorang syorkan korang ambil Junior
Suite yang mempunyai 2 bilik, satu bilik dengan katil queen dan satu bilik
dengan dua katil single. Maksimum boleh masuk kalau ikutkan, 4 oranglah.
Kelengkapan bilik, aku boleh cakap sangat berpuas hati,
segala benda ada. Tandas dia pun menarik, open air concept dan macam – macam lagi.
Untuk aku haritu, sebab pergi sebagai group, dapat bermalam
di Junior Suite with Private Pool. Memang berendam ajelah ceritanya. Selain
private pool dekat depan bilik engkorang, ada jugak public pool yang besar tapi
tak adelah dalam mana. Jadi sesuai untuk kanak – kanak.
Kalau ikutkan rating, resort ini mempunyai rating terbaik di
kawasan tersebut dan dari segi lokasi, ia mendapat rating sebanyak 8.9 di
Booking.com.
Korang boleh tengok jenis bilik dan harga bilik di Royale
Chenang Resort Dekat Sini.
Lokasi / Tarikan – 9 /
10
Dari segi lokasi, aku bagi 9 sebab jauh dari pantai. Sorry!
Hehe. Sebenarnya, lokasi hotel atau resort ni taka da masalah. Dia terletak di
tepi jalan, untuk ke pantai tengah kena jalan sikit baru jumpa pantai, untuk ke
Pantai Cenang, kalau ambil Grab sekitar 5 hingga 6 ringgit.
Selain tu, kemudahan lain yang aku nampak berdekatan dengan
hotel ini adalah tempat untuk sewa motor
dan kereta, hanya selang beberapa buah rumah sahaja.
Spa. Ada beberapa
spa yang jaraknya tak sampai 100 meter atau 200 meter dari hotel. Jadi, kalau
korang nak manjakan diri di spa, tak susah pun.
Kedai serbaneka.
Ada sebuah kedai serbaneka 24 jam berdekatan hotel. Ini dalam 100 meter jugak
dari hotel. Tapi bukan 7 eleven atau KK Mart lah, kedai serbaneka biasa. Dari
segi pilihan barang, agak banyak jugak pilihan sebenarnnya. Harga pun, tak
semahal di kedai serbaneka yang ‘ada nama’.
Restoran. Selang beberapa blok / lot dari resort terdapat banyak kedai makan. Kalau korang nak makan, senang nak cari makan kawasan ni. Kalau bosan, naik ajelah Grab untuk ke kawasan Pantai Chenang, macam aku cakap tadi harga Grab sekitar RM5 hingga RM6 ringgit. Ini mungkin berbeza mengikut waktu dan permintaan.
Tarikan menarik sekitar Royale Chenang Resort ni adalah pantai tengah, cuma aku tak pasti keadaan di pantai tu cantik atau tidak, open to public atau tidak, sebab dengar – dengar kebanyakkannya private beach.
Selain pantai, Under Water World Langkawi terletak sekitar
4.5 kilometer, ini kalau ikut jalan kereta sebab jalan depan Under Water World
tu sehala, kalau jalan kaki, 1.5 kilometer je. Hehe~ Dissebelah Under Water
World dan dihadapan dia ada Duty Free, The Zon.
Tidur – 10 / 10
Macam aku cakap tadi, untuk aturan tidur, hotel ni sesuai
kalau korang datang dengan pasangan, kawan atau keluarga sebab dia ada banyak
pilihan bilik. Untuk dua orang sehinggalah 6 orang. Sebenarnya, untuk 6 orang
tu pun luas je. Boleh masuk lagi, korang request tilam, tidur dekat ruang tamu.
Hehe.
Macam unit Junior Suite tu dia konsep macam rumah. Korang
masuk, ada ruang tamu, ada sofa, peti sejuk, televisyen, ada bar table (aku tak
tahu nama dia apa). Tapi dia meja tinggi panjang, melekat dekat dinding. Hehe.
Kendian, dia ada 2 bilik. Satu bilik katil Queen, satu bilik
lagi ada 2 katil single. Bilik air ada satu dalam setiap bilik. Satu bilik
menghadap pool, satu bilik menghadap belakang da nada ruang lepak sikit kat
luar, memang diletakkan kerusi dan meja.
Value For Money – 9/10
Aku bahasakan sebagai balkoni lah ye ke patio tah orang panggil. |
Harga per malam untuk disini bermula daripada RM 250 untuk
bilik standard dan untuk suite yang aku stay ni RM700 +/-. Jadi Kalau difikirkan
logik akal, seorang jatuh pada RM125 seorang kalau korang amik bilik standard
dua katil atau datang ramai, amik suite jatuh RM 116 lebih kurang.
Dari segi servis, aku tak boleh nak cerita banyak sebab
macam aku cakap tadi, masa dihabiakan luar hotel, tapi dari pemerhatian aku,
housekeepingnya, kebersihannya dan servis waktu breakfastnya, memang berpadanan
sangat dengan harga yang korang bayar tu.
Aku bagi 9 sebab walaupun breakfast disediakan, ianya tak
macam resort lain. Konsep dia ala-carte, dan dia berdasarkan order. Kalau
ramai, maknanya lambat lah makanan. Tapi yang bagusnya, dia ada sediakan banyak
makanan sampingan yang berubah –ubah, contohnya ada roti jala, roti canai,
muffin dan lain – lain.
Kalau ikut rate, ini rate standard di kebanyakan hotel di
Langkawi, kalau nak murah lagi, korang stay je backpackers hostel.
Secara keseluruhan; aku bagi hotel ni 38 / 40. Agak tinggi jugak markah tu. Tapi ini
berdasarkan pengalaman 3 malam aku disini lah. Jangan pulak marah aku kalau
korang pegi, hotel ni buat hal. Hikhik.
0 Comments