Advertisement

5 Destinasi Terbaik Di Asia Untuk Backpacking Tahun 2020


Memasuki hari - hari terakhir tahun 2019 ni, confirm ada antara korang yang sudah berkira – kira dan setidaknya mula planning untuk travel tahun 2020 nanti. Selain mudah mendapatkan tiket murah, sekurang – kurangnya dah boleh merancang dan mengumpulkan duit secukupnya untuk menampung perbelanjaan travel nanti. 

Untuk backpackers kat luar sana, sekiranya korang tengah merancang untuk travel tahun hadapan, ini ada 5 destinasi pilihan dan juga terbaik untuk pengembaraan korang pada tahun 2020.
#1. Sendai, Jepun
Tahun 2020 merupakan tahun penting buat Jepun kerana tahun hadapan, Tokyo akan menjadi tuan rumah untuk temasya sukan Olimpik. Jadi, boleh dijangkakan Tokyo akan sesak dengan para atlet, pegawai pengiring dan semestinya pelancong.
Jika nak mengelak crowd di Tokyo, korang boleh ke Sendai, sebuah bandar yang berada di wilayah Tohoku. Waktu terbaik adalah pada bulan Ogos yang mana mereka akan mengadakan festival Tanabata Matsuri pada 6 hingga 8 Ogos. 

#2. Ha Giang, Vietnam
Wilayah yang terletak paling utara di Vietnam dan besrbelahan dengan China. Ha Giang ini boleh dikatakan jarang – jarang didengari dan biasanya tak ramai backpackers ke sini disebabkan lokasinya yang agak berjauhan dari destinasi – destinasi pilihan lain di Vietnam.
Ha Giang boleh dikunjungi menaiki bas  dan menjanjikan pemandangan gunung ganang yang mengasyikkan. Korang juga boleh menyewa motorsikal dan explore kecantikan alam semula jadi di sini.

#3. Pulau Siargao – Filipina
Siargao boleh disebut sebagai ‘syurga’ para peluncur air selain mempunyai banyak lokasi dan destinasi keindahan alam seperti air terjun, lagun, gua, hutan dan semestinya pantai. Memang lokasi terbaik untuk backpackers yang suka nature.
Satu destinasi yang patut korang lawati ialah pantai Cloud 9 terutamanya untuk menikmati pemandangan matahari terbenam.

#4. Surat Thani, Thailand
Sekiranya ingin ‘merasai’ pengalaman Thailand yang lain daripada yang lain, korang bolehlah tuju ke Surat Thani, Thailand.
Seperti kebiasaan, Thailand amat terkenal dengan seni bina yang cantik termasuk binaan binaan tempat beribadat mereka. Selain itu, korang boleh menaiki bot panjang. 
Jangan tak tahu, Surat Thani juga berdekatan dengan Taman Laut Ang Thong yang terkenal dengan pulau seperti Ko Samui, Ko Pha Ngan dan Ko Tao.
#5. Nusa Penida, Indonesia
Tahun 2020 boleh dikatakan tahun kita biarkan Bali ‘berehat’. Mana tidaknya, disebabkan masalah over-tourism, Bali sekarang ini berdepan dengan krisis kekurangan sumber air.
Disebabkan itu, ayuhlah kita ke Nusa Penida. Boleh dikatakan syurga backpackers juga ni!
Ada banyak destinasi menarik di Nusa Penida yang boleh korang tuju, terutamanya Pantai Kelingking yang terkenal dengan tebing curam melengkung dan pantai yang tidak tercemar.
Selain itu, Nusa Penida juga dikatakan ‘rumah’ kepada Manta Ray yang sering didapati berenang -renang di sekitar kawasan ini.
Jadi, 2020 nanti, nak kemana kita?

Post a Comment

0 Comments