Ipoh, 200 kilometer dari Kuala Lumpur, kalau nak diikutkan kira - kira 2 jam 30 minit perjalanan menaiki kereta melalui highway PLUS. Kalau nak diikutkan, aku ada 'sejarah hitam' dengan Ipoh. Tiga ke empat tahun sudah, aku accident dekat Terowong Menora, motor aku total lost. Itulah memori yang aku rasa paling susah nak lupakan.
Kali ini, trip ke Ipoh 3 hari 2 malam meninggalkan memori manis! Mana taknya, aku rasakan Ipoh ni sangat unik, vibe dia lain macam.
Nak share itinerary roadtrip 3 hari 2 malam ke Ipoh. Pada asalnya, aku nak pergi sorang. Tapi last sekali, aku bawak adik aku dan dalam masa yang sama gunakan kereta dia lah untuk roadtrip kali ni.
Sebelum ke itinerary, perlu aku nyatakan aku ke sana atas jemputan untuk review WEIL HOTEL untuk 3 hari 2 malam. Jadi, aku ke sana pada Sabtu, Ahad dan Isnin. Kalau nak diikutkan, bajet roadtrip ke Ipoh ni RM93.50. Kos ini merangkumi minyak, tol dan bayaran masuk tempat – tempat menarik di Ipoh yang aku pegi. Tak termasuk makan, tak termasuk hotel.
Itinerary Roadtrip 3 Hari 2 Malam Ke Ipoh
Jenis Kereta : Axia
Minyak : RM40 – isi waktu pergi dan balik ada tinggal baki minyak
Tol : RM 40.50 – Pergi RM23.20 (Rawang – Ipoh ), Balik RM20.30 (Gopeng – Rawang). Balik aku gunakan exit Gopeng sebab singgah Kellie's Castle.
Hari Pertama
Rawang – Ipoh
Tiba di Ipoh sekitar waktu makan tengah hari, kami singgah di Ipoh Parade (ini disebabkan hotel sebelah Ipoh Parade) untuk makan tengah hari. Nasi Ayam + Air RM7.
Kendian aku check - in dan berehat di bilik sebelum turun untuk Hi-Tea di Tea Lounge WEIL Hotel. Hi Tea ni memang untuk dua orang, disediakan dari pukul 12 tengah hari sampai 3 petang. Ada 3 tingkat makanan, harga; seingat aku ialah RM64.
Selepas itu, naik bilik, rehat dan ready untuk dinner pulak.
Makan malam, disediakan oleh pihak hotel. Malam pertama, makan sedap sikit di The Deck, salah sebuah restoran yang ada di WEIL Hotel.
Kalau nak tahu, dekat WEIL ini ada 3 tempat makan utama iaitu The Deck, Yuk Sou Hin (Restoran Cina tapi tak serve pork) dan TIFFIN.
Kalau nak tahu, dekat WEIL ini ada 3 tempat makan utama iaitu The Deck, Yuk Sou Hin (Restoran Cina tapi tak serve pork) dan TIFFIN.
Selepas pada makan malam, seingat aku, kitorang habiskan masa dekat mall sebelah dan rehat.
Hari Kedua
Pagi tu, kami breakfast di Yuk Sou Hin. Dijamu Dimsum! Mula - mula takut nak masuk, tapi pihak hotel jelaskan yang ia adalah pork-free.
Hari Ahad di Ipoh ada weekend market atau disebut LOKEN. Loken ni adalah pasar pagi yang menjual barangan terpakai dan ada juga menjual barangan baru. Cuma menariknya, macam - macam barangan antik, barang lama yang korang boleh dapatkan disini.
LOKEN ni, memang panjang dan macam tiada penghujung. Korang boleh jumpa macam - macam barang daripaka sekecil skru, paku, tali kasut sehinggalah radio, luggage dan lain - lain.
Lepas pada Loken, kami gerak ke Yasmin @ KongHeng. Dari Loken ke sini dalam 1 kilometer jugak tak silap, jalan kaki!
Sebelum nak sampai ke Kong Heng, kitorang terjumpa Miniature Art Museum. Dekat sini ada model miniature bandar yang diukir menggunakan kayu.
Memang terperinci cara pembuatan dia. Masuk percuma di tingkat bawah. Muzium ini ada dua tingkat, tingkat atas dikenakan bayaran RM5. Jadi kami tak naik atas, cuma sekadar ambil gambar ditingkat bawah.
Memang terperinci cara pembuatan dia. Masuk percuma di tingkat bawah. Muzium ini ada dua tingkat, tingkat atas dikenakan bayaran RM5. Jadi kami tak naik atas, cuma sekadar ambil gambar ditingkat bawah.
Lepas pada itu, sambung perjalanan menuju Concubine Lane dan Kong Heng Square. Dua tempat ni terletak dalam satu kawasan. Concubine lane ni lebih kepada deretan kedai lama yang sekarang ni kebanyakkannya dah dijadikan kafe. Dekat sini ada macam – macam barang yang korang boleh cari terutamanya untuk dibuat oleh – oleh. Street food jugak ada banyak.
Kong Heng Square ni pulak tempat bergambar dan melepak. Ada dua tiga kedai dan café disini. Selain itu ada juga kedai – kedai kecil yang jual aksesori seperti gelang, rantai dan lain – lain. Apa yang menarik disini adalah korang kena pergi ke BookXcess yang ada di Kong Heng Square ni.
BookXcess @ Kong Heng Square ni sangat menarik dan ada ceritanya tersendiri iaitu bahagian bawah kedai buku ini adalah peti besi sebuah bank. Jadi, untuk mengekalkan nilai ‘rare’ dia, peti besi tu dijadikan tempat letak dan susun buku. Lantai, pintu dan peti besi dikekalkan seperti asal.
Selepas itu, kami singgah di May Wong Galleri yang mana ia juga merupakan muzium fotografi sejarah Malaysia serta kedai print vintaj yang paling besar di dunia.
Kalau nak ikutkan, dalam dia ada koleksi gambar – gambar lama bangunan dan tempat di Malaysia selain dia juga ada poster – poster vintaj iklan lama – lama. Masuk adalah percuma.
Kalau nak ikutkan, dalam dia ada koleksi gambar – gambar lama bangunan dan tempat di Malaysia selain dia juga ada poster – poster vintaj iklan lama – lama. Masuk adalah percuma.
Dah penat berjalan, kitorang balik, rehat di bilik sementara menunggu dinner. Dinner hari kedua di TIFFIN. Dinner buffet. Ada seafood bakar dan masa kami disana memang ada Fish Market, buffet seafood. Harga RM56 untuk dewasa, RM28 untuk kanak - kanak.
Lepas pada dinner, kami keluar jalan - jalan ambil angin. Sempat lah lepak di Dataran Ipoh, tengok bangunan - bangunan lama macam Stesen Keretapi Ipoh dan last sekali sebelum balik ke hotel, kami singgah lepak makan di Konda - Kondi.
Konda - Kondi ni adalah salah satu kafe yang ada di sekitar bandar Ipoh ni.
Hari Ketiga
Hari terakhir, kami sarapan di TIFFIN jugak. Pilihan menu agak banyak dan menarik, satu je aku nak cakap, korang kena try roti dia. Freshly baked tau!
Kemudian, kami check-out. Terus menuju ke Batu Gajah untuk singgah ke Kellie's Castle.
Kellie's Castle, bayaran masuk RM5. Korang boleh habiskan masa baca sejarah tempat ini dari satu bilik ke bilik yang lain.
Kitorang sampai disini sekitar jam 11 kalau tak silap. Ambil gambar sikit, kendian terus balik ke rumah.
Kellie's Castle, bayaran masuk RM5. Korang boleh habiskan masa baca sejarah tempat ini dari satu bilik ke bilik yang lain.
Ini replika ruang tamu berdasarkan lukisan yang ditemui |
Dari bilik salah seorang anak Kellie , dengar cerita pokok besar ni penuh misteri, betul ke? |
Kitorang sampai disini sekitar jam 11 kalau tak silap. Ambil gambar sikit, kendian terus balik ke rumah.
Secara rumusan;
Hari Pertama : Rawang > Ipoh - habiskan masa di Ipoh Parade dan Hotel
Hari Kedua : Hotel - Loken - Miniature Art Museum - Concubine Lane - Kong Heng Square - May Wong Gallery - Hotel -Konda - Kondi
Hari Ketiga : Hotel - Kellie's Castle - Rawang.
0 Comments