Visondata

Visondata pocket WiFi

Mula diperkenalkan kira - kira 30 tahun yang lalu, hotel ais di Stockholm, Sweden ini menerima sekitar 50,000 orang pengunjung setiap tahun dan tahun ini merupakan ulangtahun ke-30 hotel ini yang mana ia merupakan tahun ke-30 hotel berkenaan dibina semula dan ia hanya beroperasi dari bulan Disember hingga April setiap tahun. 

Ice Hotel Sweden yang terletak di sebuah perkampungan kecil Jukkasjarvi, 200 kilometer dari Bulatan Artik ini akan mula dibina pada bulan Oktober setiap tahun menggunakan air beku sungai Thorne. Hotel yang hanya wujud pada musim sejuk ini ternyata berjaya menarik ramai pelancong ke kawasan kecil di utara Sweden ini.



Setiap tahun, bermula pada bulan Februari, pengunjung akan mengunjungi hotel ini bukan sahaja untuk mengagumi binaan tersebut tetapi ada juga yang sanggup bermalam di hotel yang suhunya boleh mencapai dibawah -5 darjah Celsius ini.

Mempunyai 35 buah bilik, ia juga dilengkapi dengan pelbagai dekorasi yang dibuat menggunakan ais dan harga untuk satu malam disini dikatakan lebih mahal dari harga purata hotel tiga bintang di Stockholm.

Jika tetamu memesan bilik jenis suite, ia semestinya lebih mahal tetapi setiap suite akan mempamerkan ukiran serta rekaan artis terkemuka seluruh dunia.
Salah satu bilik di Ice Hotel Sweden ini diinspirasikan oleh fenomena aurora borealis – cahaya utara yang sering berada dalam bucketlist para traveller seluruh dunia. Menariknya tentang bilik ini, ia dilengkapi dengan lampu yang boleh berubah warna selain mempunyai ukiran pelbagai bentuk binatang yang diperbuat dari salji. 

Bermula pada 2016, hotel ini menjana tenaga menggunakan panel solar dan ini membantu menyejukkan lagi bilik dan mengekalkan ia dalam keadaan beku dan walaupun mempunyai hanya 35 buah bilik, secara purata 20,000 orang tetamu akan bermalam di hotel ais ini setiap tahun!

Namun, setibanya musim bunga, bilik – bilik serta keseluruhan hotel akan cair menjadi sungai dan hotel ini akan ditutup sehinggalah Oktober, apabila ia dibina semua nanti.


Menarik kan? 

1 Comments

Leave a comment...

Post a comment

Leave a comment...

Previous Post Next Post
Save on your hotel - hotelscombined.com