Advertisement

Itinerary 5H 4M Kuching (2020) : Pengalaman Travel Semasa PKPP Ke Kuching

Entry kali ini, aku akan kongsikan itinerary aku selama 4 hari 3 malam ke Kuching, Sarawak dan trip ini, aku buat awal Julai. Jadi, aku dapat jugak merasakan suasana travel semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni. 

Minggu aku masuk Sarawak tu, semua yang masuk tak perlu lakukan ujian Covid, cuma korang kena ke laman web Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC).

Ada dua perkara yang korang kena buat iaitu; mohon kebenaran masuk Sarawak iaitu enterSarawak dan kedua, perlu isi boring pengisytiharan kesihatan kemasukan ke Sarawak atau e-declaration form. Untuk e-declaration ni, pastikan korang isi 12 JAM SEBELUM PELEPASAN sebab ia sah untuk 12 jam je. Aku ada sediakan link untuk dua dua ni :

Isi Borang enterSarawak

Isi Borang Pengisytiharan Kesihatan Kemasukan Ke Sarawak

 Selepas isi, korang akan dapat confirmation melalui email, lebih kurang macam ni :

 

Oh, untuk memudahkan korang jugak di Sarawak nanti, aku cadangkan korang download sesiap aplikasi mySejahtera dan Qmunity. Dua-dua lebih kurang, cuma banyak kedai atau tempat di Sarawak, gunakan Qmunity ni.

Download aplikasi mySejahtera

Download aplikasi Qmunity

Perlu diingatkan, korang kena patuh SOP travel semasa PKPP ni; antaranya mask perlu dipakai terutamanya kalau korang berada di tempat awam, dan di KLIA sendiri; korang dah kena pakai sebelum masuk pintu airport lagi, dalam flight pun sama. Kena pakai. Tempoh hari, agak tak selesa lah jugak, tapi kita kena ikut lah SOP yang disediakan.

Aku rasa cukup lah kot cerita pasal prosedur travel ke Sarawak semasa tempoh PKPP ni. Aku nak cerita berkenaan itinerary 4 hari 3 malam ke Kuching, Sarawak ni pulak.

Hari Pertama

Perjalanan yang sangat smooth, walaupun dalam tempoh PKPP. Adalah beberapa SOP yang diperkenalkan AirAsia untuk travel semasa PKPP ni, antaranya haritu, satu beg sahaja dibenarkan untuk dibawa naik. Walaupun tak lebih 7kg, kena check-in jugak kalau ada beg lebih-lebih. Cuma, waktu balik, SOP ni dah dibatalkan. Cuma, aku nasihatkan, korang kena ambil tahu SOP terkini ni. Tengok laman web AirAsia, ataupun Facebook.

Sampai di Kuching, terus check-in ke hotel. Aku stay di Ariva Gateway Kuching, hotel ni dia share bangunan dengan unit office kalau tak salah aku. 


Korang kena naik tingkat 4 untuk sampai ke lobi, lepas tu baru lah ada lif sendiri untuk ke bilik. Jangan risau dari segi keselamatan, sebab sebelum sampai ke lif hotel ni, ada pintu yang perlukan kad akses. Jadi, selain tetamu hotel, tak boleh masuk.

Aku share unit tu 3 orang, dan kitorang amik unit apartment deluxe kalau tak salah. Ada dua bilik, satu queen size bed, satu lagi king size. Ada dapur dan pekakas-pekakas yang lengkap untuk korang memasak sebenarnya. Kira dia macam fully fuctional kitchen. 

Ruang tamu dia pun agak luas, dan sebenarnya korang nak masuk sampai 5 atau 6 orang dewasa pun tak ada masalah. Sebab ruang dia luas dan besar. Itu belum aku cerita pasal ada mesin basuh dalam toilet lagi. Hehe. So, kalau untuk long stay, korang boleh sangat basuh baju sendiri kat sini.

Lepas pada check-in, rest sekejap, un-pack dan turun makan. Oh, aku tak amik breakfast dekat hotel sebab macam rugilah. Sekarang ni hotel tak dibenarkan buat buffet, baik aku keluar cari tempat breakfast best di Kuching kan? 

Aku keluar berjalan kaki untuk ke bangunan sebelah untuk makan. Ada satu restoran nama dia Rosmizan Cafeteria. Ada banyak makanan yang best-best untuk korang cuba. Semestinya ada Laksa Sarawak, ada Mee Kolok dan sebagainya, tapi aku makan Nasi Aruk Terubuk! Korang kena cuba masakan ni kalau ke Kuching. 

Ni nama dia Nasi Aruk Terubuk


Murah pun murah, sedap pun sedap. Aku rasa, lagi berbaloi korang makan dekat sini dari makan makanan dekat hotel. hehe. 

Ini lokasinya kalau korang nak pegi :


Lepas makan tengah hari (hampir petang dah sebenarnya), aku berjalan - jalan sekitar Kuching Waterfront. Ini salah satu antara tempat menarik di Kuching yang korang boleh pergi. Lepak waktu malam best, waktu petang best, waktu pagi best. Ada kelebihan masing - masing, nak meriah, malam. Nak tenang, datang pagi. Nak ambik gambar, datang waktu sunset! 
Kalau korang nak lepak-lepak lagi, dekat area waterfront ini ada satu kedai kecik, berhadapan dengan Old Courthouse, dia ada jual Ice Cream Gula Apong. Tapi, aku tak dapat nak beli sampai ke sudah sebab beratur panjang, tak sanggup nak tunggu. hehe. 

Sementara nak tunggu sunset tadi, sebenarnya aku lepak dekat Commons. Ada satu kafe yang cantik dan menarik untuk korang lepak dekat Old Courthouse. Ada banyak pilihan makanan jugak aku tengok menu dia, harga... standard harga kafe lah. 
Untuk malam hari pertama ni, aku habiskan masa dekat hotel. Makan malam, seingat aku, aku skip. Sebab gambar ke, video aku makan malam tak ada. hahaha. 

Ringkasan hari pertama : Hotel > Cafe Rosnizam > Waterfront > Old Courthouse > Commons > Hotel

Hari Ke Dua

Pagi hari ke-2, aku amik grab untuk ke area Petra Jaya, lebih tepat; ke Mom's Laksa, Jalan Astana. Korang amik je grab untuk ke sini. 

Sebab utama, pastinya nak cuba Laksa Sarawak yang orang kata 'the best Sarawak Laksa'. Mom's ni antara yang terawal dan dia ada banyak cawangan jugak kalau aku tak salah lah. Selain laksa, ada jugak menu-menu lain. 

Bihun Belacan dia pun best jugak! 
Lepas pada makan laksa ni, aku ke kawasan Taman Supreme pulak untuk ke salah satu daripada Kafe yang best dan instagram-able di Kuching iaitu Earthlings Coffee Workshop. 

Selain kopi dia yang pelbagai jenis, dekat sini jugak ada disediakan macam kelas untuk korang yang minat kopi. Daripada kelas pengenalan, sampailah ke advance yang membolehkan korang dapat sijil sebagai barista. 


Ini kawasan workshop dia, dalam kafe ni jugak

Aku lepak kat sini agak lama jugak sebab nak susun tempat-tempat menarik Kuching yang aku patut pegi dan buat write-up sikit. Nama pun travel blogger, masa travel pun kena bekerja lah sikit. Kan.

Selepas pada mengopi ni, aku ke Sunny Hill Ice Cream pulak, antara kedai ice cream famous dekat Kuching. 



Kedai ni menurut kisahnya antara yang terawal di Kuching dan dah beroperasi berpuluh tahun. Ice cream dia biasa je, cuma mungkin sebab murah. Jadi, ramai sangat orang yang beratur untuk dapatkan ice cream dekat sini.  

Harga dia pun, memang murah eh. 
Ni menu Sunny Hill Ice Cream :
Dah dapat penyejuk tekak, aku teruskan pulak perjalanan untuk ke satu lagi kedai famous iaitu Swee Kang Ice Kacang. 

Tapi, dekat sini... selain ice kacang dia, korang patut try dia punya Char Kueh atau Sotong Kangkung. Memang best! Terangkat beb!




Jujur aku cakap, dah masuk kedai ke berapa ni, perut pun dah full. Terus balik hotel ajelah. 
Jadi, tema hari ke-2, boleh aku katakan food hunting ajelah. 

Tempat yang aku pergi hari ke-2:
Mom's Laksa > Earlings Coffee Workshop > Sunny Hill Ice Cream > Swee Kang Ice Kacang

Oh, malam. Aku ke waterfront untuk makan malam. Tapi, gambar dalam phone dan phone aku hilang. Alahai. Tapi, tak ape pun korang skip kedai makan malam tu, sebab ada banyak je lagi kedai best. 

Hari ke-3

Disebabkan aku ke Kuching ni sebenarnya untuk urusan kerja dan jalan-jalan, pagi hari ke-3, aku ada meeting sikit dengan pihak travel agensi Smart Leisure & Travel, kendian aku ke Cafe Tok Janggut di Chonglin Park. 




Menu special dekat sini adalah Briyani Lamb Shank! Dah tentu aku cuba yang itu kan. Hehe. Menariknya pasal kedai ni, dia buka seawal 8 pagi, dan dia tutup bila Briyani dia habis. Kalau habis pukul 2, pukul 2 lah dia tutup. 

Ada aku cerita pasal Lamb Shank ni dekat vlog aku di Youtube
Harga, RM28 seingat aku lah. Kalau tak 28, RM38. Serious aku lupa harga Briyani Lamb Shank ni sebab dia power sangat! 

Lepas pekena Lamb Shank ni, aku ke Ariva Gateway untuk room inspection. Manager hotel ni bawak aku tengok range bilik yang diorang ada dekat sini. Rupanya, dia ada dua jenis bilik, service apartment, yang macam aku stay tu, dan ada jugak hotel room. 

Ini gaya hotel room dia; ini room Superior, rate satu malam RM90 (tengah offer dekat website Ariva Gateway). 


Pilihan lain, adalah jugak jenis apartment macam aku stay tu, ada 2 bilik atau apartment 3 bilik. Apartment dua bilik RM150 satu malam atau yang 3 bilik RM 180 seorang. Tapi ini harga masa promosi Ogos 2020, tak tahu sampai bila. 


Dekat hotel ni jugak ada swimming pool di tingat atas sekali, dan dari segi lokasi, sangat dekat dengan pusat bandar, dalam 10 minit berjalan kaki, tingkat bawah ada bank, sebelah UTC dan lain - lain. 

Selepas pada inspection ini, aku rehat dekat bilik, menunggu petang untuk jalan-jalan sekitar Main Bazaar, Waterfront dan sekitar. Jujur cakap, suasana waterfront je agak meriah, tempat - tempat lain agak sunyi sebab banyak kedai sama ada dah tutup, atau belum mula meniaga sebab PKPP ni. 

Untuk makan malam, aku ke UTC. Korang naik tingkat atas sekali, jumpalah tempat makan Seafood Paling Famous dekat Kuching iaitu Topspot Seafood Food Court. Memang konsep dia dekat sini, ada deretan kedai makan yang kebanyakkannya ada sijil halal. 

Contohnya kedai ini; 


Memang banyak hidupan laut fresh yang korang boleh pilih. Ada macam - macam jenis. Aku memang suka lah konsep pilih-pilih masak ni. Haha. 

Kalau tak salah, bil malam tu dalam RM120 je. Ada 5 jenis lauk; sekor ikan siakap, sekor ikan pari bakar, midin goreng belacan, ayam goreng dengan udang butter tu. Kitorang makan ber-3, jadi sorang dalam rm40 dan makan memang puas hati sesangat! 
Kejadian sebelum ikan siakap masak thai tu sampai. 


Lepas dah melantak, balik hotel, buat report sikit. Aku menidurkan diri. 

Hari Ke-4

Hari ke-4, aku ke Bako National Park. 
Untuk ke Bako ni, korang kena ke Muara Sungai Tebas dan dekat situ korang cari jeti untuk ke Bako. 

Bayaran masuk ke Taman Negara Bako ni, seingat aku RM 10 untuk dewasa, RM 6 untuk warga emas dan RM3 untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. 






Untuk ke Bako, korang perlu menaiki bot sekitar 20 - 30 minit, bergantung keadaan air dan cuaca.  Harga bot adalam RM160 untuk sebuah bot dan dia boleh masuk 5 orang. Kalau korang pergi kurang 5 orang pun takpe, nanti dia akan kumpulkan dengan orang lain. Korang juga boleh cari guide untuk ke Bako ni, cuma aku tak pasti guide ni korang amik masa di jeti atau guide dah ready di HQ Bako National Park. 

Bayaran untuk guide pulak aku tak ingat, tapi sekitar RM120 kot. Sebab total aku kira dan bahagi, untuk ke bako, seorang perlu keluar RM 70+/- lebih kurang, sekali guide. Aku sangat syorkan korang ambil khidmat guide ni ye, sebabnya diorang akan jelaskan dan ceritakan sekian-sekian yang ada di Bako. 

Antara aktiviti yang boleh korang buat di Bako adalah hiking, walaupun ada 16 buah track, yang boleh digunakan hanya ada 2 sahaja iaitu ke Teluk Paku dan ke mana tah aku tak pasti. Trek lain tengah renovate. 



Trek dia agak mencabar, kena memanjat dan sebagainya. Aku sarankan korang pakai kasut yang bersesuaian. Jangan pakai yang tapak licin, tergolek nanti. Hehe. 


Kalau taknak amik, korang rasa bosan lah, mungkin korang tak akan jumpa pun hidupan liar macam Probosics Monkey, Babi Berjanggut, Ular dan macam - macam lagi. 

Lepas hiking dalam sejam setengah, korang akan jumpa pantai dan trek tu berakhir di pantai. Memang sehala je. So, korang inform boatman, dia akan pickup dekat sana. Masa aku sampai lepas hike tu, dia dah menunggu. 

Untuk ke 'Sea Stack' ada penambahan RM14 seorang kalau tak salah, aku tak ingat sangat sebab aku amik pakej 'ALL IN'. 

Dia tak adalah special apa pun, cuma kalau korang perasan, dekat poster Bako national park, mesti ada yang guna gambar Sea Stack ni. Dia adalah batuan pelbagai bentuk yang terjadi akibat hakisan sebab ombak dan angin. Berapa ratus, mungkin ribuan tahun dah ni. 

Lepas ke Bako, balik ke hotel untuk bersihkan diri dan rehat. Penat beb. 

Sesi petang, aku menaiki Sarawak River Cruise dan ia merupakan pengalaman yang menarik sebab korang boleh tengok Kuching ni dari sudut pandang yang lain. 



Cruise selama sejam setengah ini akan bawa korang menyusuri sungai dan bila sampai dekat bangunan-bangunan yang berkaitan, akan ada penerangan yang diberikan macam contoh Masjid Terapung, Brooke Dockyard, Astana, Bangunan DUN dan pelbagai lagi lah. 

Aku amik sunset cruise, harga RM65 dan korang akan dapat jamuan ringan lah, kek lapis dan air kordial. 
Sambil-sambil tu, korang boleh melayan perasaan ke, ambil gambar ke dan sebagainya. Macam aku, aku habiskan dengan ambil gambar lah, gambar sunset cun! Selain itu, dekat-dekat dengan penghujung nanti, korang akan dipersembahkan dengan tarian tradisional oleh suku-suku yang ada di Sarawak. 
Selesai dari River Cruise ni, aku cari makan di sekitar Waterfront, terjumpa sebuah kedai nama dia Sapiah Cafe / Pak Amit Cafe. 


Kalau korang cari makanan murah dan sedap, sinilah tempatnya! Dia berdekatan dengan masjid terapung. Kalau korang jalan di Waterfront, korang jalan sampai ke masjid terapung, korang tengok seberang jalan. Mesti jumpa. 



Antara yang special dekat sini selain makanan popular Sarawak macam Laksa dan Mee Kolok adalah ayam penyet madu dia. Selain itu, aku syorkan sangat korang cuba dia punya sate daging dan untuk minuman... korang kena ambil Teh C special. Teh C ni dia gunakan Gula Apong tau! 


Selepas pada tu, kalau korang nak sejukkan tekak, boleh lah nak cuba DP Ice Cream Gula Apong. Ada satu outlet dekat Lebuh Wayang, dekat situ serious tak ramai orang. Tenang pun tenang je. 

Hari ke-5

Hari ke-5, aku sempat cuba Laksa Sarawak dekat Choon Hui Cafe. Cafe ni kalau nak ikutkan dalam 10 minit berjalan kali jugaklah. So, aku ke sini untuk breakfast, cuba sendiri Laksa Sarawak yang pernah dimakan oleh Mendiang Anthony Bordain, seorang chef selebriti yang melabelkan Laksa Sarawak ni sebagai makanan untuk dewa-dewa. 


Walaupun menu sama, kuah laksa Sarawak dekat cafe ni lain dari yang aku dah rasa sepanjang aku di Kuching. Dia kalau nak cerita aku tak reti, mungkin istilah dia lebih 'ringan' dari Mom's Laksa. Tapi sini best sebab ada roti bakar dan ada popiah yang power! 

Lepas dan sarapan, barulah aku ke Airport dan gerak balik ke KL. 

Sebelum aku terlupa; trip aku ke Kuching ni, aku deal dengan Smart Leisure & Travels dan buat masa ni, sebenarnya ada offer untuk Ariva Gateway Kuching tu, iaitu korang hanya bayar RM9.99 untuk malam pertama, malam kedua onwards baru bayar harga yang sebenar...

Ini offernya:
Selain pakej hotel, diorang ada jugak sediakan pakej lain untuk ke pulau macam contoh Pulau Redang, Pulau Langkawi, Lang Tengah dan untuk keluar negara pun ada sebenarnya, cuma tempoh PKPP ni tak ada lah ditawarkan lagi...

Check outlah website diorang di www.smartleisuretravels.com , korang mesti puas hati. 

Post a Comment

0 Comments