Advertisement

Elak Kehilangan Bagasi Di Airport Maklumat Wajib Yang Perlu Ada Di Tag Keselamatan Bagasi

Meskipun setiap lapangan terbang mempunyai tahap perkhidmatan pengurusan bagasi yang berlainan, namun sebagai penumpang kita selalu disyorkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kes kehilangan bagasi tidak berlaku kepada diri sendiri.


Mereka yang pernah ada pengalaman kehilangan bagasi selepas mendarat di lapangan terbang lagi - lagi di negara luar mesti berasa panik. Masa itu mesti ada rasa risau dan bimbang memandangkan segala pakaian, peralatan serta dokumen-dokumen penting semuanya berada di dalam beg tersebut, kan.

Kes kehilangan bagasi ni jugak jadi pada kawan - kawan aku ketika perjalanan ke Dhaka beberapa tahun sudah. Tuan sampai, bagasi berjalan ke tempat lain. Pening! 

Antara langkah yang boleh kita ambil untuk mudah dihubungi kalau bagasi kita hilang adalah dengan menyediakan tag keselamatan dengan segala maklumat diri dan pastinya ia dipasang di bagasi masing-masing.

Tetapi apa sebenarnya jenis maklumat yang perlu kita disediakan di tag keselamatan tu?


Ha, jom kita ambil tahu...


1) Tag harus dilengkapi dengan nama pemilik, alamat e-mel dan nombor telefon.




Ini adalah maklumat penting dan basic perlu kita letak iaitu nama, email dan nombor telefon. Kalau tak letak, macam mana pihak berwajib nak hubungi kita misal kata beg kita dijumpai kan?

2) Letakkan alamat hotel di mana anda akan tinggal agar pihak kakitangan terlibat dapat membuat serahan bagasi yang hilang selamat ke tangan anda.

Jika tiada keperluan, tidak perlu meletakkan alamat lengkap rumah anda kerana ia hanya meningkatan risiko juga untuk kes-kes jenayah seperti rompakan sekiranya anda sedang tiada di rumah.



3) Sekiranya risau bagasi akan hilang ketika dalam penerbangan pulang ke tanah air, boleh berikan alamat tempat kerja anda




4) Pastikan juga segala maklumat yang dinyatakan di tag keselamatan ditutup dengan cover supaya tidak mudah untuk dilihat dengan jelas oleh orang lain. 

No.4 ni lebih kepada pelindungan data peribadi korang korang jugak sebenarnya. Kalau terpampang macam tu, risau pulak ada yang ambil kesempatan untuk scam dan sebagainya. 




5) Sebagai langkah keselamatan tambahan, anda juga boleh mengambil gambar bagasi dan mencatatkan segala maklumat khusus beg berkenaan seperti saiz, warna dan jenama untuk dihantar kepada syarikat penerbangan sekiranya hilang.



Sumber: Travel and Leisure

Post a Comment

0 Comments