Advertisement

Tips Packing : Aksesori dan Gajet Yang Selalu Dibawa Semasa Travel

Jangan travel tanpa aksesori travel penting ini! 


Bila sebut tentang travel, pastinya kita akan mengembara ke suatu tempat baru (atau lama) dan pastinya sepanjang perjalanan tersebut, kita akan berjumpa kenalan baru, lihat tempat baru dan paling penting, menimba atau berdepan dengan pengalaman yang baru. 

Sebelum kita travel, pastinya kita akan lalui proses mengemas beg untuk travel, bahasa mudahnya packing. Waktu inilah kita akan buat kira - kira berapa helai baju nak dibawa, baju basahan, seluar basahan, kalau ada aktiviti lasak pula, kita pastinya akan sediakan kasut khas untuk dilenjan. 

Kalau ditanya aku, apa yang aku akan buat adalah aku akan senaraikan segala apa yang aku nak bawa dan letakkan semua atas lantai atau katil sebelum masuk dalam beg, supaya tak ada tertinggal apa - apa. Biasanya, aku akan teliti dulu perancangan aku dan dari situ baru plan berapa banyak pakaian yang perlu aku bawa dan sebagainya. 



Untuk aksesori dan gajet travel pula, ada beberapa yang penting untuk aku dan sentiasa aku bawa semasa trip. 

1. Laptop 

Mungkin disebabkan faktor kerja aku yang kadang - kadang perlukan aku menggunakan laptop untuk menghantar report dan sebagainya, aku sentiasa membawa laptop setiap kali aku travel. Tidak kira sama ada dalam negara atau luar negara. 


Selain aku gunakan untuk buat kerja, kadang - kadang laptop boleh juga dijadikan penaman. Tengok movie, Youtube dan sebagainya.

Paling penting, aku suka bawa laptop masa travel sebab boleh terus transfer gambar untuk kosongkan memori card. Dengan cara ini, setidaknya dah ada 'back-up' sekiranya apa - apa terjadi pada kamera, memori kad bermasalah dan sebagainya. 


2. Bantal Leher

Selalunya, aku tak bawa bantal leher sebab dia makan ruang yang agak besar dalam beg dan aku selalu travel menggunakan backpack yang kecik. Jadi, untuk bawa bantal khas untuk leher atau travel pillow ni agak renyah pada aku. 

Tapi, aku sarankan korang bawa kalau korang akan habiskan masa yang banyak dalam bas atau akan ada perjalanan yang panjang. Setidaknya, selesa sikit perjalanan korang nanti. 


3. Travel Adaptor

Ini merupakan aksesori travel yang sangat penting! Lebih - lebih lagi kalau korang ke negara yang plugnya tidak sama dengan Malaysia. Contoh - Indonesia. 



Sebelum korang ke sesebuah negara, pastikan korang tahu jenis plug yang digunakan mereka dan sebagainya. Travel adapter ni, kalau boleh carilah yang berkualiti sikit, tahan lama. 

Macam aku dulu, aku beli dekat Mr.Diy je. Tapi sekarang ni, kalau korang masuk kedai aksesori telefon pun banyak dah jual travel adapter ni. 


4. Jaket

Jaket merupakan aksesori yang agak memudahkan jika kena gaya korang gunakan. Selain boleh dipakai dalam penerbangan, jaket juga korang boleh gunakan untuk simpan barangan - barangan kecil seperti jam, earphone, wallet dan lain - lain ketika pemeriksaan keselamatan. 

Masukkan semuanya dalam poket jaket dan zipkan. Kemudian, baru letak dalam bekas yang disediakan di lorong pemeriksaan tersebut. Ini selain mengelakkan ada barangan yang tertinggal, ia juga akan mempercepatkan proses pemeriksaan keselamatan. 


5. Kamera 

Walaupun telefon pintar sekarang mempunyai kamera yang berteknologi tinggi, aku lebih prefer untuk bawa kamera digital yang kompak. Lebih memudahkan pergerakan aku dan sememangnya fungsi kamera untuk mengambil gambar atau video kan. 


Sekarang, aku gunakan kamera mirrorless Sony. Aku beli second-hand je di Jogja. 


6. Powerbank

Powerbank yang aku bawa selalu bersaiz 10,000 mAH. Cukup untuk mengecas telefon untuk dua kali dan kadang - kadang boleh juga digunakan untuk caskan kamera aku.


Biasanya, setiap malam sebelum tidur, aku akan pastikan semua gajet aku dicas supaya keesokannya aku tak ada sebarang masalah untuk guna. 


7. Multi USB Plug / Adapter

Bergantung kepada keperluan atau bilangan gajet yang korang bawa, aku syorkan korang bawa juga adapter atau plug USB yang boleh mengecas banyak barang dalam satu masa. 


Kadangkala, kita tak tahu di hotel atau tempat penginapan kita ni ada berapa banyak plug yang available. Jadi, penyelesaian mudahnya adalah dengan membawa satu adapter atau plug yang support pengecasan USB yang banyak. 

Aku selalu bawa yang ada 4 port pengecasan sekali. Satu untuk cas bateri kamera, satu untuk phone, satu untuk powerbank dan satu untuk cas jam. 

Selain dari 7 aksesori diatas, korang jangan tertinggal kabel untuk phone dan sebagainya. Macam aku, akau akan gunakan satu beg khas (toileteries bag) untuk letakkan semua perkakas untuk gajet. Aku akan pack beg ini paling last supaya ia terletak paling atas. Mudah untuk tarik keluar sekiranya nak digunakan dan sebagainya. 


Post a Comment

0 Comments