Advertisement

5 Buku Panduan Travel Terbaik Untuk Travel Planning

Sebelum travel ke sesuatu destinasi, lebih - lebih lagi destinasi yang asing untuk aku, perkara pertama yang aku akan lakukan adalah merancang perjalanan atau travel planning. Walaupun ada sesetengah yang akan anggap travel planning ni tak mencabar, pada aku, itu terpulang pada diri masing - masing. 

Kebiasaannya, sejak mula minat menulis dan berkongsi pengalaman travel ni, apa yang aku akan lakukan sebelum kemana - mana adalah dengan mengumpul dan membaca laman web berkenaan travel macam contoh Lonely Planet, blog traveloka dan apa sahaja jenis penulisan tentang panduan travel atau travel guides. 


Biasanya, sebelum merancang itinerary dan perjalanan, aku akan rujuk beberapa sumber untuk dapatkan tempat - tempat menarik, lokasi tempat berkenaan (kalau bukan alamat, nama betul) untuk memudahkan perjalanan, waktu operasi, harga dan lain - lain maklumat yang akan membantu. 

Sementara tempoh tidak boleh travel keluar negara kerana Covid-19 ini, apa kata anda buat sedikit research atau rancang pengembaraan anda selepas pintu antarabangsa dibuka untuk pelancongan nanti. Aku yakin, walaupun ada ribuan, mungkin jutaan bahan bacaan atas talian, pastinya ramai lagi yang memilih untuk membeli dan membaca buku fizikal, lebih – lebih lagi buku panduan untuk travel.

Dipasaran sekarang ini, ada banyak buku panduan yang ditulis oleh pakar, ‘orang dalam’ sesuatu bidang dan juga perkongsian warga tempatan bagi menghasilkan sebuah buku panduan yang boleh dijadikan rujukan semua orang. 




Pastinya, buku – buku panduan ini boleh dibaca oleh semua jenis traveler dengan pelbagai jenis minat dan destinasi. Mahukan pantai, bandar, nature, apa sahaja; pasti ada.

Berikut adalah 5 Siri Buku Panduan Travel Terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia :


#1. DK Eyewitness


DK telah berada di pasaran sejak tahun 1993 lagi dan ia sudah menerbitkan lebih daripada 200 naskah panduan perjalanan. Apa yang membuatkan siri mereka menyerlah adalah penggunaan visual dan ilustrasi yang sangat memberikan inspirasi.

DK ini juga mendapat anugerah buku panduan terbaik di Wanderlust Reader Travel Awards tahun 2020 tau.

Harga; satu naskah antara RM60 dan keatas. 

Antara tempat yang aku tahu ada jual di Book Depository, Kinokuniya dan MPH


#2. Lonely Planet


Jenama ‘Lonely Planet’ ini boleh dikatakan antara yang popular dalam kalangan traveler dan benda ni sebenarnya tidak menghairankan sebab Lonely Planet boleh dikatakan antara yang terawal menghasilkan bahan bacaan berbentuk panduan travel sejak tahun 70-an lagi. 

Sehingga hari ini, difahamkan mereka telah mencetak lebih daripada 100 juta naskah panduan perjalanan yang mana ia sangat terperinci, informative serta menyuntik idea baru tentang industri pelancongan.

Jika ditanya edisi ‘wajib’ ada, pastilah edisi tahun 2006 bertajuk The Travel Book, sebuah edisi yang mempunyai kesemua negara yang disahkah oleh UN.

Harga; satu naskah antara RM19.90 dan keatas. 

Antara tempat yang aku tahu ada jual di MPH atau BookXcess


#3. Rough Guides

Jika anda mencari buku panduan yang ringkas dan mudah difahami, Rough Guides adalah yang terbaik. Terkenal kerana ia menceritakan tentang destinasi tersebut tanpa ada unsur tokok tambah. Apa yang ada, itulah yang ditulis.


Anda boleh cuba dapatkan edisi terbaik mereka iaitu Rough Guide to Tokyo. Pastinya ia menjanjikan liputan menyeluruh tentang semua yang anda patut tahu tentang Jepun.

Harga; satu naskah antara RM17.90 dan keatas. 

Antara tempat yang aku tahu ada jual di BookXcess (tak banyak pilihan sangat) , Book Depository atau MPH lah. 


#4. Insight Guides



Lebih 45 tahun pengalaman dalam industri, rasanya kredibiliti penerbitan atau jenama ini tidak perlu disangkal lagi.

Apa yang menjadikan mereka lain daripada yang lain adalah mereka akan menyediakan peta terperinci, maklumat yang tepat serta dilengkapi dengan foto – foto yang cantik dan menarik untuk menghubungkan pembaca melalui sejarah dan kebudayaan setempat.

Harga; satu naskah antara RM19.90 dan keatas. 

Antara tempat yang aku tahu ada jual di BookXcess dan ada sangat banyak pilihan.


#5. Time Out

Antara senarai ni diorang ni adalah yang ‘paling muda’ antara penerbitan lain, Time Out mendapat perhatian terutama kepada mereka yang ingin mengembara ke bandar terutamanya Eropah.


Bermula dari tahun 2016, Time Out semakin mendapat tempat dalam kalangan penggembara yang mahu menemukan trend terbaru tentang kesenian, kebudayaan, reka bentuk, makanan serta hotel.

Time Out juga ada menyediakan peta lengkap dan terperinci sesebuah bandar. Jadi, jika telefon anda kehabisan bateri, hanya buka helaian peta yang ada dalam majalah atau buku mereka ini.

Harga; satu naskah antara RM50 dan keatas. 

Antara tempat yang aku tahu ada jual di Book Depository dan aku rasa website diorang pun ada maklumat yang lengkap. 

p/s : Kalau tak salah, kesemua ini ada laman web mereka tersendiri (kalau malas nak pergi beli buku) cuma, akses terhad, tapi, masih banyak maklumat yang boleh anda jumpa dan dapatkan... 


Alang - alang cerita pasal buku ni kan, aku mintak ruang nak selitkan Jogjakartrip boleh? 



Jogjakartrip ni adalah buku penulisan aku sendiri dan mengikut tajuk, semestinya aku kongsikan cerita - cerita yang berlaku pada aku ketika ke Jogja tempoh hari. 

Buku ni, tidaklah selengkap guidebook yang ada tapi masih ada perkongsian pengalaman ke tempat - tempat menarik di Jogjakarta dan kesemua halaman adalah bewarna. 


Aku juga ada selitkan itinerary, perbelanjaan lengkap dan mukasurat untuk korang tuliskan itinerary korang sendiri. Jadi, kalau nak dapatkan dan support aku untuk teruskan kelangsungan blog ini dan sebagainya, boleh DM di insta aku. Sekian. 



Post a Comment

0 Comments