Advertisement

Resepi Loaded Potato Bowl Ala KFC Mudah & Ringkas

Sebagai salah seorang peminat tegar 'Loaded Potato Bowl' di KFC, aku agak kecewa jugak la masa dapat tahu menu tu tak available sekejap. Lepas pada ramai dah mintak KFC adakan semula menu tersebut, barulah dia comeback. 




Jadi, aku cuba - cuba cari alternatif. Kot - kot ada resepi mudah Loaded Potato Bowl ni. 

Aku dah cuba semalam, hasilnya boleh kata almost perfect dan nak buat pun mudah dan ringkas. Biasalah, aku ni kekadang, malas nak buat benda yang renyah. Tapi aku gigihkan jugak. 


Jadi hari ini, aku nak kongsikan cara mudah buat Loaded Potato Bowl


Bahan - Bahan Yang Diperlukan :

1. Mashed Potato Mix 

2. Cheezy Wedges Mix

3. Popcorn Chicken

4. Frozen Sweet Corn

5. Garam

6. Serbuk lada hitam

7. Butter

8. Susu Full Cream

9. Mayonis


Sebelum aku ceritakan berapa nak guna, aku explain satu per satu bahan yang aku guna ni. 

Mashed Potato Mix : Jadi, original dia, guna kentang bijik. Disebabkan aku malas, aku pergi bakery, cari mashed potato mix. Kebetulan, tak ada paket kecik, aku beli sekilo. Macam ni rupa dia : 

RM15.80


Cheezy Wedges Mix : Serbuk nak buat cheese ni ada banyak jenis kalau ke bakery. Jadi ikut yang mana korang suka. Aku ambik yang untuk buat cheezy wedges. Sebab itulah jugak yang digunakan di KFC. Dan ia sangat mudah, campur air panas je.  

Paling kecik, ada 200g. Macam ni:



RM10


Popcorn Chicken : Ini macam biasa, korang boleh cari dekat pasaraya. Untuk kes aku, disebabkan popcorn chicken habis, aku gantikan dengan nugget ayam tempura Ayamas. Not bad jugak hasil dia bila dicampurkan dalam mashed tadi. 

RM14.50


Frozen Sweet Corn : Aku beli brand Talleys. Cara penyediaan pun mudah, didihkan air. Masukkan jagung lebih kurang 2 hingga 3 minit. Agak agak dah lembut tu, toskan. 



RM3.30


Garam : Secukup rasa, ditambah dalam adunan potato tu nanti. Kalau tak tambah, potato tu rasa kosong sangat. 


Serbuk lada hitam & lada putih : Aku agak agak je guna dua dua serbuk ni, tapi tak banyak. Nak naikkan rasa potato tu je. Nanti aku explain lebih lanjut bahagian cara menyediakan nanti. 


Butter : Sama macam fungsi garam, butter akan menambahkan lemak dan rasa kentang tadi. Jadi, guna brand apa pun tak kisah. Aku gunakan buttercup, sebab memang ada dekat rumah. 


Susu Full Cream : Aku tak cuba lagi dengan susu jenis lain. Tapi, aku gunakan susu full cream. Ini untuk ditambah pada adunan kentang nanti. 

RM6.20


Cara - Cara Membuat Loaded Potato Bowl  (Mudah & Ringkas)

Aku senaraikan sukatan bahan dulu. 

Untuk buat mash potato : 

Mash mix : 200g

Air : 250ml

Susu : 150ml


1. Didihkan air  dalam periuk. 

2. Dah mendidih angkat dari api dan tambahkan susu. 

3. Kacau sehingga sebati. 

4. Masukkan potato mix tadi sedikit - sedikit sampai jadi macam mana texture kita nak. 

5. Tambahkan butter secukup rasa. Aku gunakan dalam dua sudu.

6. Tambahkan serbuk lada hitam dan lada putih. 


Nota : Sambil tambah tu, sambil adun okay. Gunakan 'whisk' untuk lebih mudah. 

Korang rasa dulu potato mix tu, kena tak dengan selera. Kalau kurang masin tak apa, sebab nanti cheese tu akan cover balik. Adjust ikut selera. Kalau cair sangat adunan tu, tambah sikit demi sikit potato mix. Kalau berketul, tambah air panas. 


Cara membuat sos cheese :

Perlukan air panas - dari mesin coway pun boleh. 

dan Serbuk cheese. 

Caranya:

1. Sukat air panas sebanyak mana cheese yang korang nak. 

2. Masukkan serbuk cheezy wedges tu sedikit - sedikit, sehingga dia jadi likat macam texture cheese di KFC. Kalau korang suka cair, silakan. 

Macam potato mix jugak, kalau cair, tambahkan serbuk sedikit - sedikit.  Kalau berketul atau pekat sangat, tambahkan air. 


Nugget ayam atau popcorn chicken tu, macam biasa lah. Goreng sehingga perang. 

Kalau nugget, potong ikut selera. Tapi jangan letak seketul, tak feel. Hehe. 

Siap goreng dan potong, letak ketepi. 


Untuk jagung manis pulak, mudah je. 

1. Masukkan dalam air, tunggu sampai mendidih. 

2. Biarkan 2 hingga 3 minit selepas air mendidih.

3. Toskan jagung - letak ketepi dahulu. 


Cara menyediakan :

Letakkan potato mashed tadi , tambah nugget sikit, mayonis dan cheese. 

Kendian, letakkan lagi potato untuk tutup semua tu. 

Sama jugak macam tadi, tambah nugget, mayonis dan cheese. 

Taburkan jagung manis ikut selesa korang. 



Sebab mash ni panas - panas baru best, aku sarankan. 

1. Goreng ayam / nugget

2. Rebus jagung

3. Buat cheese

4. Buat mash

Kendian baru plating. 


Selamat mencuba! 


Post a Comment

0 Comments