Advertisement

Tingkatkan Produktiviti Dan Fokus Dengan Teknik Pomodoro

Sebagai seorang penulis dan editor, setiap hari aku perlu menyiapkan tugasan - tugasan seperti brainstorming, merangka ayat, mencari sumber cerita dan lain - lain tugasan yang berkaitan dengan kerja hakiki aku. 



Memang kadangkala, aku juga tak lari daripada terleka dan hilang fokus. Lebih - lebih lagi kalau kerja bersendirian atau macam kes aku, aku freelancing. Kadangkala aku curi masa untuk amik upah menulis artikel atau dipanggil ghostwriting. 

Dalam sehari, adakalanya aku sangat produktif, aku boleh pergi sampai 3 hingga 4 artikel yang jumlah perkataannya sekitar 800 hingga 1000. Ada kalanya, aku terjemah artikel yang ada dan susun menggunakan ayat aku sendiri, sesuai dengan audience aku. Dan, bila datang terleka dan hilang fokus, ini menjadi masalah pada aku dan aku yakin masalah kurang produktiviti dan hilang fokus ni berlaku kepada semua, lebih lebih lagi yang melibatkan industri penulisan kreatif dan pembelajaran. 



Aku terjumpa satu teknik pembahagian masa atau teknik meningkatkan fokus ini untuk mengatasi masalah - masalah yang aku sebutkan tadi iaitu teknik pomodoro

Kalau korang rajin, cubalah buat pencarian lanjut tentang teknik pembahagian masa ni. Menggunakan teknik pomodoro ni, dia akan mengurangkan gangguan semasa bekerja, lebih - lebih lagi kalau kerja korang menggunakan internet. Dia akan meningkatkan fokus 100% dan menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang singkat. 

Walaupun baru menjumpai teknik ini, aku dah gunakan dan berhasil tingkatkan kualiti dan fokus kerja aku. Setiap hari, aku tak berasa terlalu penat at the end of the day. Santai je. 

Teknik ni sangat mudah untuk dipraktikkan untuk pekerjaan mahupun pembelajaran. Jom kita tengok macam mana ia boleh digunapakai.

Apa Itu Teknik Pomodoro? 

Teknik Pomodoro ini diperkenalkan pada tahun 1990-an oleh Francesco Cirillo yang mana beliau ini adalah seorang penulis dan usahawan. Nama 'Pomodoro' ni diambil sempena nama pencatat masa berbentuk buah tomato yang digunakannya di zaman universitinya dulu.



Kaedah yang digunakan agak mudah iaitu; sekiranya anda mendapat satu tugasan, bahagikan perkerjaan tersebut kepada beberapa bahagian yang akan diselesaikan satu per satu dalam satu tempoh yang singkat yang dipanggil pomodoro. Dan diselang-selikan dengan rehat pendek antara satu pomodoro ke pomodoro seterusnya. 

Ini secara tak langsung akan membantu korang melatih otak untuk lebih memberikan tumpuan dalam tempoh yang singkat dan seterusnya menyiapkan task atau pekerjaan yang ada dengan lebih cekap. 

Dengan menggunakan timer atau pencatat masa, ini akan meningkatkan tumpuan serta attention span korang sendiri. 


Dalam bahasa mudahnya : Pomodoro ini ibarat kita buat larian 100 meter banyak kali dan berehat (untuk tingkatkan motivasi diri dan kreativiti) supaya dapat habiskan larian 1000 meter. 


Macam Mana Teknik Pomodoro Berfungsi?

Dalam banyak - banyak teknik pengurusan masa dan produktiviti yang ada, ini merupakan yang paling mudah untuk dilakukan dan dipraktikkan. 

Korang hanya perlukan pencatat masa (timer). Tidak kiralah di handphone atau jam tangan, yang penting ia boleh mencatat masa. Gunakan google pun boleh. Typekan "timer". 

Korang boleh mula menggunakan Teknik Pomodoro ini dengan 5 langkah sahaja :

1. Pilih atau tetapkan pekerjaan yang mahu disiapkan. 

2. Setkan Pomodoro (timer) kepada 25 minit. 

3. Siapkan sebanyak mungkin pekerjaan yang korang telah pilih tadi sehingga Pomodoro berbunyi. 

4. Rehat. 5 minit mencukupi. 

5. Setiap 4 pomodoro, rehat panjang. (15 - 30 minit). 

Kemudian, ulang. 



Rehat panjang yang dimaksudkan (langkah 5) ni adalah waktu dimana korang rehat supaya dapat meneruskan 25 minit kerja selepas itu. 

Jadi, disarankan rehat lebih lama, tapi tidaklah sampai berjam - jam. Contohnya buat air, isi botol air dan apa sahaja yang boleh merehatkan minda. Macam aku, aku akan tengok pemandangan luar bangunan. 


Contoh penggunaan teknik pomodoro :

Aku dapat task untuk siapkan satu artikel. Macam contoh, artikel yang korang tengah baca ini. Aku setkan pomodoro aku ke 25 minit. 

Jadi, aku mulakan cari maklumat dan sebagainya, sehingga timer aku berbunyi. 

Selepas itu, aku rehat 5 minit. Aku berjalan keliling rumah, buat air, dan bila aku nak sambung menulis, aku set lagi timer kepada 25 minit. 

Aku ulang sampai kali ke-4 pomodoro berbunyi, aku rehat selama 20 minit. Aku keluar rumah, ambil angin, borak dengan parents aku, aku sambung siapkan artikel. 

Kalau susah nak faham, ini aku 'lukis' : 


Sebelum aku terlupa, teknik ini hanya akan berjaya sekiranya kitaran ini tidak terganggu. Sekiranya ada gangguan, korang digalakkan menggunakan langkah inform (maklumkan), negociate (runding) dam call back (hubungi semula). 
  • Inform/ Maklumkan kepada sesiapa (pihak menganggu) yang anda sedang sibuk atau sedang melakukan tugasan.
  • Negotiate/ Runding waktu yang sesuai bila boleh anda hubungi semula mereka (runding ketika waktu rehat)
  • Call back/ Hubungi Semula pihak berkenaan selepas selesai satu pomodoro semasa rehat pendek atau apabila anda bersedia nak berhadapan dengan mereka
Sebagai penutup, Teknik Pomodoro ini hanyalah pemudah cara untuk korang membahagikan masa dan ia hanyalah sebuah sistem dan panduan, bukannya undang - undang atau kemestian untuk dipatuhi. Tidak mengapa sekiranya belum sampai waktunya, anda dah selesai, boleh berhentikan pomodoro tersebut. 



Perlu diingatkan, matlamat disini adalah untuk meningkatkan daya tumpuan dan melatih diri supaya berada dalam 'zon'. Rehat dalam jangkamasa yang pendek juga diperlukan bagi meningkatkan produktiviti. 

Selamat mencuba! 

Pesanan : Ia mungkin menjadi, ia juga mungkin tidak menjadi, bergantung kepada cara kerja individu atau cara belajar individu (kalau nak gunakan ia sebagai teknik pembelajaran). 

Post a Comment

0 Comments