Advertisement

Berbasikal vs Berlari | Hobi Mana Yang Patut Anda Cuba Sekarang?

Sejak MCO pertama hingga sekarang, kebanyakan sukan yang sering dimainkan seperti bola sepak, futsal dan badminton tidak dibenarkan atas sebab boleh menyebarkan virus dan mengekalkan syarat  'aktiviti tanpa sentuhan'.


Kalau perasan mungkin sebahagian atau sebahagian besar kalangan kawan-kawan korang dah mulai memulakan hobi baru untuk melepaskan stress mereka dan tentu saja, trend sekarang ialah mereka memilih berbasikal atau berlari - sekurang-kurangnya itulah yang dilakukan oleh kebanyakan kawan-kawan aku.

Sekiranya korang masih mempertimbangkan antara keduanya tetapi tengah menilai dan memikirkan mana yang lebih baik untuk korang, korang berada di tempat yang betul, aku akan cuba senaraikan apa yang best dan tak best tentang dua aktiviti atau hobi ni untuk korang pertimbangkan.

Berbasikal vs Berlari

#1. Tujuan / Matlamat



Pertamanya, korang kena set kan apa tujuan dan matlamat korang untuk memulakan aktiviti ni. Adakah sebab trend? Adakah sekadar isi masa lapang dan sebagainya.

Tidak kira mana satu pilihan korang antara berbasikal atau berlari, tujuannya kena jelas dan dapat dicapai. Pilihan yang lebih baik adalah aktiviti yang selalu dapat berikan apa yang korang mahukan.

#2. Intensiti



Intensiti kat sini boleh aku rungkaikan sebagai kekerapan, seberapa kerap korang akan lakukan satu-satu aktiviti tu. Seminggu sekali? Sehari dua kali?

Pastinya, ini perlu disesuaikan dengan matlamat korang tadi. Dan apa yang perlu dipertimbangkan korang jugak adalah kemampuan badan korang tu. Korang kena 'mendengar' dan memahami badan sendiri agar dapat memberikan kepuasan dan hasil yang korang nak tanpa menyebabkan kecederaan.

Satu perkara yang pasti, kelajuan dan jangka masa aktiviti yang korang pilih tu pasti menjadi faktornya juga.

#3. Masa


Selain intensiti aktiviti tadi, korang betul-betul kena pertimbangkan masa yang ada untuk berlari atau berbasikal.

Sebagai contoh; korang hanya ada satu jam untuk melakukan aktiviti ni setiap malam dan korang nak aktiviti yang dapat membakar lebih banyak kalori. Untuk kes ini, kornag mungkin mahu memilih berlari, kerana berlari akan membakar lebih banyak kalori daripada berbasikal dalam tempoh yang sama.

Selain itu, pertimbangkan juga kawasan sekitar. Ada atau tidak tempat selamat untuk berlari atau berbasikal? Adakah akan ada cahaya jika korang nak berlari atau berbasikal pada waktu malam? Atau keadaan lebih buruk, cuaca tidak menyebelahi anda. Nasib baik, berlari dan berbasikal boleh dilakukan di dalam rumah sekarang ni.

Cuma, macam aku cakap kat atas tadi, kalau keadaan gelap, pastikan korang beli lampu untuk digunakan semasa berlari atau berbasikal. Dekat Lazada ada banyak.

#4. Kecederaan


Inilah masalah yang paling biasa antara kedua-duanya, kecederaan. Kerana pengulangan hentakan kaki yang berterusan ke tanah, semasa berlari. Ini akan membawa impak yang tinggi kerana berat badan akan ditanggung oleh kaki korang.

Berbasikal sebaliknya, ia mengurangkan hentakan atau tekanan pada kaki sebab kita hanya berpusing dalam bulatan dan tidak ada hentaman langsung ke tanah. Walau bagaimanapun, korang kena pulak mempertimbangkan risiko kemalangan atau terlibat dalam kemalangan.

Lebih daripada separuh daripada semua penunggang basikal bersetuju atau mengaku bahawa mereka mengalami kecederaan akibat kemalangan sepanjang tempoh diorang berbasikal semumur hidup.

#5. Kos


Kita kena akui yang tak ada sukan tidak memerlukan kos. Cuma ianya tinggi atau tidak.

Contohnyalah, korang akan perlukan kasut khusus untuk bola sepak, perlu membeli raket dan bulu tangkis untuk main badminton dan sama juga kesnya dengan aktiviti berbasikal atau berlari.

Tak percaya, cubalah tanya kawan-kawan yang berbasikal tu, diorang mungkin akan menjelaskan jumlah berapa banyak yang dah diorang belanjakan untuk aktiviti berbasikal tersebut. Sebagai permulaan, sudah tentu, anda memerlukan basikal. Dan di pasaran semasa, basikal tahap permulaan harganya sekitar RM700 ++ dan pastinya, ia bergantung pulak pada jenis basikal yang korang nak tu.

Berlari sebaliknya, perlu anda memiliki sepasang kasut yang selesa dan sesuai untuk berlari. Sudah tentu, korang boleh berlari menggunakan mana-mana kasut yang sesuai tetapi korang akan rasa kelainan dia dan akan berlari dengan lebih baik dengan kasut khas untuk larian. Kalau tak salah untuk kasut running yang entry level, harganya sekitar kurang dari RM200 untuk yang berjenama.

Kesimpulannya, tidak kira anda memilih untuk berlari atau berbasikal, ingatlah bahawa kedua-duanya bermanfaat untuk kesihatan dan pastikan ia pilihan korang, bukan sebab terikut trend.

p/s : Kalau nak berlari atau berbasikal ni kan, sebenarnya ada ramai kawan pun jadi best tau!

Post a Comment

0 Comments