Advertisement

4 Etika Sebelum 'Check-Out' Yang Ramai Tak Tahu



Setiap kali travel, pastinya kita akan menempah penginapan tak kiralah di hotel berbintang, homestay ataupun airbnb.

Seperti kebiasaaan, setiap penginapan ini mempunyai peraturan check-in dan juga check-out yang tersendiri. Walaupun ianya berbeza mengikut management penginapan, biasanya ada 'rule of thumb' yang biasa diamalkan dari segi waktu check-in dan check-out.

Biasanya, pendaftaran masuk hanya dibenarkan selepas jam 2 petang dan daftar keluar perlu dilakukan sebelum jam 12 tengah hari. Biasanya, kebanyakkan tempat penginapan akan membenarkan check-out lewat, namun ia bergantung kepada ketersediaan bilik dan selalunya perlu diberitahu awal.

Tapi, tahukah korang yang sebenarnya sebelum check-out pun ada 'undang-undang' atau kita sebut sebagai etika?


Etika Sebelum Check-Out Hotel

1. Tuala & Kain



Sebelum meninggalkan bilik hotel, sebaiknya korang kumpulkan semua tuala, kain kecil atau jubah mandi yang dah dipakai pada suatu tempat atau di atas lantai yang kering. Ada tempat penginapan akan minta dikumpulkan dalam sinki atau tub mandi.

Cara ini akan memudahkan pelayan hotel untuk mengutip kain-kain tersebut sebelum mencucinya. Jangan longgokkan kain atau tuala basah yang telah digunakan di atas kerusi atau katil.



2. Pembersihan Secukupnya

Lakukan beberapa langkah pembersihan ringan, misalnya lap meja bar jika ada teh atau kopi yang tumpah.

Begitu juga jika anda perempuan yang mempunyai rambut gugur ketika mandi di bilik air, pastikan gumpalan rambut yang gugur dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah.




Selain itu, kalau ada sisa makanan dan sebagainya, pastikan ianya dibuang ke dalam tong sampah, kalau boleh, satukan atau kumpulkan sampah di suatu tempat, terutamanya kalau tempat penginapan tu ada sediakan beberapa tong sampah seperti di toilet, dalam bilik dan sebagainya.


3. Tanda 'Do-Not-Disturb'



Sebelum meninggalkan bilik hotel terutamanya, pastikan tanda DND tidak diletakkan di pintu atau pusingkan supaya ia menunjukkan bilik tersebut perlu dikemas. 

Cara ini juga membantu pelayan hotel untuk mengetahui bahawa bilik yang anda huni itu masih ada tetamu atau sebaliknya.

4. Susun Semula Perabot Ke Kedudukan Asal

Sekiranya korang ada alihkan kerusi, katil atau apa sahaja perabot di bilik, pastikan ianya disusun semula sama seperti keadaan bilik tersebut sewaktu korang mendaftar masuk. 


Selain memudahkan tugas petugas pembersih bilik, ada sesetengah hotel atau tempat penginapan memang ada tetapkan peraturan tentang pengalihan perabot ini. Silap-silap, wang pendahuluan korang tidak akan dipulangkan gara-gara tidak menyusun semula perabot. 

Lama jugak tak travel ni kan? Tapi dengar cerita (khabar angin) katanya Langkawi akan dibuka September nanti, betul ke? 


Post a Comment

0 Comments