Advertisement

SOP Percutian Ke Langkawi, Ini Yang Korang Perlu Tahu...


Umum ketahui, mulai 16 September nanti, pulau peranginan Langkawi akan mula dibuka untuk pelancongan menggunakan konsep gelembung pelancongan namun hanya untuk mereka yang memenuhi kriteria SOP, termasuk dari negeri yang berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

Walaupun begitu, perlu diingatkan kebenaran ini tidak terpakai kepada mereka yang sedang berada di kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Berikut beberapa SOP yang perlu dipatuhi mereka yang bercadang bercuti ke Langkawi:
i. Terhad kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksinasi;
ii. Jenis percutian yang dibenarkan ialah secara harian (pergi dan pulang pada hari yang sama), bermalam, percutian dengan tempahan penginapan/tiket masuk yang telah dibuat terlebih dahulu, percutian pakej pelancongan melalui syarikat pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan MOTAC;
iii. Bilangan penumpang setiap kenderaan semasa dalam perjalanan adalah tertakluk kepada kapasiti sebenar kenderaan tersebut;
iv. Pengunjung yang perlu menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan feri ke Langkawi dibenarkan bermalam di premis penginapan berdaftar di Kedah/Perlis;
v. Pengunjung perlu menunjukkan bukti dokumen pembelian produk pelancongan seperti tiket penerbangan, tiket feri, resit hotel atau resit pakej pelancongan semasa memohon kebenaran dengan PDRM dan ketika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP;
vi. Aktiviti-Aktiviti Gelembung Pelancongan Langkawi yang dibenarkan termasuk:
  • Penginapan di hotel dan homestay termasuk fasiliti dalam premis hotel dan homestay seperti surau, kolam renang, gymnasium, lounge, dewan, Business Events (MICE), Acara Pelancongan dan Kebudayaan tertakluk kepada SOP Am Fasa 4 dikeluarkan oleh MKN serta SOP Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan;

  • Aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta sosial;

  • Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing, scuba diving, cycling, angling, yatching dan sebagainya);

  • Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching, caving, mountain climbing, white water rafting, hiking, jungle trekking, camping dan sebagainya);

  • Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya, pementasan persembahan budaya dan lain-lain;

  • Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan

  • Lawatan Bersifat Akademik seperti Geopark Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Kerajaan Khamis lalu bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program gelembung perjalanan dalam masa terdekat, dengan Langkawi dipilih sebagai projek rintis bermula 16 September.

Sumber : MOTAC



Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun pembukaan sektor itu berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
Layari maklumat Gelembung Perjalanan dan SOP terkini di  www.motac.gov.my atau www.mkn.gov.my

Post a Comment

0 Comments