Daripada situ, aku buka
blog dan silapnya, aku tak utilize betul-betul. Almaklumlah, masa tu pun,
perkongsian lebih kepada cerita-cerita peribadi yang bila baca balik hari ini,
rasa geli lah pulak. Tapi, aku bersyukur, disebabkan itu jugak, aku mula kenal
dunia blogging dan mula dari 2018, aku fokuskan kepada travel dan gaya hidup.
Sebut pasal 2018, seingat
aku itulah kali pertama aku mula kenal dengan rokok. Mula dengan sebatang,
sekotak dan kemudian tak boleh nak tinggal langsung.
Faktor Ketagihan Rokok
Bila cerita pasal tak boleh
tinggal rokok ni, maknanya dah ketagihanlah dan kalau ikut pembacaan dan
pemahaman aku, puncanya adalah kandungan nikotin yang ada dalam tembakau itu
sendiri.
Selain itu, apa yang membuatkan rokok ini berbahaya adalah cara penggunaan tembakau tu iaitu pembakaran selain kandungan-kandungan bahan kimia yang ada pada asap yang menyebabkan bau busuk.
Menurut American Cancer Society, asap tembakau terdiri
daripada ribuan bahan kimia, termasuk sekurang-kurangnya
70 yang diketahui menyebabkan barah. Bahan kimia penyebab kanser inilah
disebut sebagai karsinogen.
Sebilangan bahan kimia
yang terdapat dalam asap tembakau termasuk:
● Hidrogen sianida
● Formaldehid
● Amonia
● Karbon monoksida
● Nitrosamin khusus tembakau (TSNA)
● Hidrokarbon aromatik polisiklik (PAH)
Pembakaran,
Nikotin dan TAR
Apabila rokok konvensional terbakar, hujung pembakaran mencapai suhu
sekitar 900 darjah Celsius! Kenapa
tinggi macam tu? Sebab pada suhu tersebutlah baru nikotin dapat dilepaskan
selain aroma dan ‘rasa’ pada rokok tu sendiri.
Secara logiknya, nikotin tu tak salah. Sebab
ia memang unsur semula jadi yang terkandung dalam tembakau. Yang salahnya
apabila ia dibakar dengan suhu tertentu yang menyebabkan terbebasnya
unsur-unsur yang berbahaya.
TAR pulak selama ini ramai yang salah sangka dan
beranggapan ia merupakan tar sama yang digunakan dalam membuat jalan tu. Tapi
hakikatnya TAR yang selalu ditulis pada kotak rokok itu adalah pengiraan untuk
mengukur kandungan zarah dalam asap setelah rokok dibakar.
Berat sisa pepejal dan cecair dalam asap rokok adalah setelah berat nikotin dan air yang telah dikeluarkan akan diambil kira, pengiraan inilah yang dipanggil TAR.
Aku akhirnya berhenti…
Sebenarnya ia merupakan perkara yang aku akui, agak susah. Lebih-lebih lagi bila dah lepak beramai-ramai dengan kawan, bila ada yang menghulur, masa itulah rasa nak merokok tu kembali membuak. Selain sedar tentang bahaya rokok ini untuk jangkamasa panjang, aku nekad untuk berhenti. Faktor lain adalah disebabkan oleh orang rumah aku memang tak tahan bau asap rokok.
Kedua-duanya sama,
masih ada nikotin, tapi beberapa kajian ada mengatakan ianya jauh lebih selamat
dari rokok tradisional sebab dua-dua konsepnya ialah memanaskan nikotin
(diekstrak dari tembakau), perasa dan bahan kimia lain untuk menghasilkan aerosol yang kemudiannya disedut.
Rokok tembakau biasa pulak mengandungi 7.000 bahan kimia, yang kebanyakannya
beracun.
Sambung pasal berhenti tadi, sekarang ni aku masih vaping, cuma perlahan-lahan untuk turunkan kandungan nikotin dalam flavour aku beli. Tapi, tak mustahil, aku akan behenti sepenuhnya. Sebab itulah yang terbaik dan disarankan oleh banyak pihak.
0 Comments