Advertisement

Pastikan Tak Terkena! Ini 6 Jenis 'Travel Scam' Popular Yang Korang Kena Tahu


Scam atau penipuan ni merupakan topik yang sangat sinonim dengan mereka yang dah biasa travel, dan ianya ada tak kiralah dalam negara mahupun luar negara dengan pelbagai helah yang licik dan sebagainya. 

Aku sendiri ada pengalaman ditipu atau di scam, dan adan juga pengalaman hampir nak di scam. 

Para pelaku scam ni boleh jadi individu, boleh jadi jugak diorang bergerak dalam kumpulan dan ianya selalu berlaku di tempat tumpuan pelancong, lebih-lebih lagi yang sibuk. 

Satu tips yang aku boleh bagi adalah, sentiasa alert dengan persekitaran. Pastikan korang tak tunjukkan sangat duit yang korang pegang dan lagi satu, jangan letak duit setempat. Asing-asingkan dia. 

Ini aku nak senaraikan 6 jenis 'scam' yang ada semasa travel. 

WIFI Awam Percuma 


Biasanya bila kita travel, pastinya perkara pertama yang kita akan cari selepas mendarat di mana-mana negara adalah simcard sebab nak dapatkan liputan internet. 

Kalau urgent, aku yakin ramai akan mula mencari wifi percuma dan dekat sini korang kena berhati-hati sebab sekarang ada satu scam yang mana hacker ni akan target korang melalui hotspot percuma diorang ni. 

Bila korang sambungkan ke wifi tersebut, habislah segala data terutamanya melibatkan perbankan dan sebagainya jatuh ke tangan diorang. 

Sebaliknya, korang kena berhati-hati. Jangan terus sambung ke wifi percuma yang korang jumpa, tetapi cari cafe berdekatan atau sambung ke wifi airport je. Sebelum tu, korang dapatkan dulu details dengan tanyakan kepada petugas yang ada. 

Skimmer ATM

Walaupun jarang-jarang berlaku, tapi ianya merupakan teknik penipuan yang sangat meluas. Para scammer ini akan memasang alat skimming yang bertindak untuk mencuri data dan memalsukan kad debit yang korang gunakan untuk mengeluarkan wang di mesin ATM. 

Caranya kadang-kadang ia melibatkan dua atau lebih orang, diorang akan menumpukan kawasan yang kurang orang dan akan memberitahu mangsa yang kononnya mesin tersebut rosak, dan minta mangsa gunakan mesin lain yang dah dipasang alat skimming tersebut. 

Cara nak atasi atau pastikan korang tak terkena adalah dengan periksa dahulu mesin atm sebelum digunakan. Pastikan tak ada alat yang mencurigakan di slot untuk masukkan kad tersebut. 

Kedua, korang gunakan mesim atm yang berada dalam bank, stesen minyak atau tempat yang susah untuk scammer ni 'buat kerja'. 

Penyeluk Saku

Korang kena tahu yang ada banyak cara dan taktik digunakan oleh penyeluk saku sekarang. Yang paling terkenal adalah : 

Bumb and Grab : Ni macam kita tengok dalam movie, dia akan buat-buat terlanggar dan dalam masa yang sama, akan ambil dompet kita. Biasanya diorang akan lakukan di tempat yang sesak. 

Spilled Drinks: Ni pulak, dia akan gunakan taktik tumpahkan air atau kotoran pada pakaian kita. Dalam masa yang sama, diorang akan cuba mendekati mangsa dan tanpa sedar, diorang akan ambil apa sahaja yang sempat diambil. 

Friendly Local : Ni susah sikit nak detect sebab biasanya kita akan happy bila orang tempatan suka berbual dan friendly. Tapi biasanya teknik ni akan dilakukan dalam kumpulan yang besar dan kita susah nak cam mereka, diorang akan target mereka yang bersendirian. Datang, berbual-bual dan dalam amsa yang sama, kawan mereka akan mula 'buat kerja'. 

Korang sebenarnya dinasihatkan tinggalkan barang berharga dekat hotel, tapi pastikan ada safebox lah. Atau, gunakan sling bag. Setidaknya, korang boleh pastikan barangan berada depan korang, bukannya belakang. 

Scam Gelang, Rantai

Biasa dilakukan dekat tempat sesak atau tumpuan pelancong. Scammer ni akan datang tawarkan gelang atau rantai yang dikatakan ada macam-macam kegunaan dan sebagainya. Ada yang akan bagi free, pakaikan terus dan sebagainya. 

Nampak macam takde pape, tapi akhirnya nanti dia mintak bayaran atau lebih teruk, dia cop korang pencuri. 

Apa yang korang perlu buat? Cakap taknak, tunjukkan yang korang tak berminat dan jangan layan. Seeloknya korang beredar lah. 

Teksi Meter Rosak

Paling popular ialah bila korang gunakan perkhidmatan teksi untuk point A ke point B. Diorang akan gunakan pelbagai helah untuk kenakan cas lebih tinggi daripada sepatutnya. Alasan biasa, meter rosak. 

Walaupun kekadang teksi luar airport dan hotel tu nampak macam boleh dipercayai, tapi percayalah, akan ada yang akan ambil kesempatan. 

Aku nasihatkan, korang gunalah aplikasi yang ada sebaiknya. Kalau negara korang pergi tu ada apps untuk tempah TukTuk, teksi dan sebagainya, gunakan. Kalau ada Grab atau Uber, lagi elok. 

Setidaknya, pembayaran korang boleh gunakan kad yang dah memang diset pada akaun korang atau paling tidak, korang dah tahu amaun yang perlu dibayar masa booking. 

Jet Ski, Motor Rosak

Kalau korang nak menyewa jetski ke, motor ke, waima kereta sekalipun, pastikan ianya daripada sumber atau tempat yang dipercayai. Cara nak tahu, korang buat research pasal syarikat yang tawarkan perkhidmatan tersebut, baca review. 

Ada sesetengah tu, siap nak pegang passport dan sebagainya, sampailah korang bayar 'kerosakan' yang dia claim korang buat. Walhal, masa korang pakai tu tak ada masalah apa pun. 

Sebelum sewa atau naik kenderaan korang sewa tu, pastikan periksa keseluruhan kenderaan. Pertama, keadaan luar, ambil gambar kalau ada calar ke, kerosakan kecil dan sebagainya. Kalau nak lagi selamat, ambil video sebagai bukti. 

Kalau korang sewa untuk tempoh yang lama pula, pastikan kenderaan diletakkan di kawasan yang selamat, jangan parking sembarangan. Ada kalanya scammer ni akan upah orang untuk 'pedajal' korang waktu malam. Sudahnya, korang akan kena tanggung kerugian yang bukan korang buat pun. 

Secara kesimpulan, scam dan penipuan ni boleh terjadi pada sesiapa sahaja waima mereka yang dah selalu travel. Sebab scammer ni dia pun akan berevolusi, ada macam-macam taktik akan digunakan. Paling penting, korang kena alert dengan persekitaran, kalau ada rasa semacam tu, cepat-cepat beredar atau cari tempat lain. 

Moga korang dijauhkan dari jadi mangsa scam. Sekian. 


Post a Comment

0 Comments